Persediaan yang perlu diuruskan untuk ke Macau-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou-Macau - Part 2 (Permohonan visa ke China)
2:46 pmAssalamualaikum...
Sambung lagi cerita tentang persediaan aku untuk ke China ni ye. Tapi sebelum tu harus baca dulu Part 1 (Booking Hotel) dulu ye. Ok. Lepas dah settle semua urusan booking hotel, aku terus kena uruskan hal visa pulak. Eh nak pegi China kena pakai visa ke? Kepada yang belum tau tu, iye, memang kena pakai visa.
Masa mula-mula nak buat visa tuh aku memang cemas habis. Dah la tak pernah buat, lepas tuh macam tak reti je nak buat. Rasa macam susah je nak buat. Tapi disebabkan visa adalah salah satu perkara yang wajib ada untuk pergi ke China, aku gagahkan jugak lah ambik tau pasal hal visa ni. Google dekat internet tok sah cakap lah. Pagi petang siang malam dok carik je entry dari orang lain yang pernah buat visa. Ada yang bagi simple gile. Sekali aku baca macam tak sampai maksud cerita visa tuh. Tapi nasib lah ada 2-3 blog yang cerita agak details pasal permohonan visa untuk ke China ni. Tapi aku takde lah buat research sorang-sorang. Mudme, Butet & Wan pon masing-masing carik info jugak.
Disebabkan aku tau agak sukar untuk orang yang baru pertama kali nak buat visa untuk ke China ni, aku berbesar hati nak share pulak dengan korang apa yang aku tau. Sebab aku sendiri masa mula-mula langsung tak tau macam mana nak buat. Jadi lepas aku dah tau cara nak buat visa untuk ke China ni, boleh la aku share sekarang. Rupanya senang aje ye uolsss. Hahaha.
Apa korang rasa langkah pertama yang perlu di buat kalau nak buat permohonan visa ni? Tak pasti? Masih blur? Ok. Yang paling penting sekali kalau nak apply mesti lah kena ada borang ye dak? Hahaha. Kat mana nak ambik borang ni? Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Kalau korang nak tau, ada 2 cara nak dapatkan borang. Yang pertama boleh download di website Chinese Visa Application Service Center. Just taip je " china visa malaysia" nanti dia akan keluar terus link website tuh. Link Website tuh adalah Visa For China
Main page website |
Di bahagian dalam link downloads |
Setakat tahun 2014 yang aku isi form, kertas borang tak banyak pon. Ada 4 helai sahaja. So takde lah berjela-jela korang nak isi borang tuh nanti ye. Tapi aku rasa, time to time memang akan ada perubahan mengikut kehendak negara China. Sebab bila aku compare dengan orang yang pernah share pasal isi borang visa China ni, ada beberapa perubahan juga. Dan ada juga dari visa center kata borang lama dah tak boleh pakai. Lebih kurang macam tuh la. Tapi apapun, kena tengok website diorang ni untuk update terkini tentang visa ke China ni.
Borang dah siap download? Ok! Now time to isi borang pulak. Tak perlu lah aku cerita kan secara details pasal borang tu, sebab untuk isi borang sama je dengan borang-borang yang lain. Untuk borang visa china ni ada 4 tajuk sahaja. Tajuk (1), korang kena isi pasal personal details. Perkara ni semua orang sure pandai kan. Dah lama isi borang macam-macam kan. Hahaha. Tajuk (2), korang kena isi pasal travel details. Dekat bahagian ni dia akan tanya korang bercuti ke china untuk apa? Kalau pegi kerana melancong, just tick aje bahagian tourism. Lepas tuh dia akan tanya juga berapa lama korang akan tinggal di china tu. Ok bahagian ni kena isi betul-betul tau. Kalau korang stay kat china tuh 7 hari, kena tulis 7 hari ye. Jangan tulis tak cukup pulak. Nanti akan jadi masalah pada korang. Biar berlebih hari, jangan terkurang tulisnya. Ingat tu.
Contoh borang untuk memohon visa ke China |
Untuk pengetahuan korang yang pertama kali nak pegi ke China. Korang kena ambil tahu pasal hal ni. Dalam borang akan tanya samada kita nak masuk "one entries" atau "two entries" atau "multiple entries". Jangan pening-pening. Mari aku cerita kan secara teliti apa itu maksud semua perkara di atas ye.
Kalau "one entries" maknanya kita masuk negara China sekali sahaja. (3 bulan dari tarikh buat visa)
Kalau "two entries" maknanya kita masuk negara China dua kali. (3 - 6 bulan dari tarikh buat visa)
Kalau "multiple entries" maknanya kita masuk negara China banyak kali. (banyak kali dalam tempoh 1 tahun dari tarikh buat visa)
Kita ambil contoh perjalanan yang aku pilih:-
KL - Macau - Hong Kong - Shenzhen - Guangzhou - Macau -KL
Ok macam route yang aku pilih ni korang rasa jatuh dalam kategori apa? Taktau? Takpe. Mari ahkak explain kan. Hahaha. Untuk route yang aku pilih ni jatuh dalam kategori "one entries" sahaja. Kenapa? Sebabnya untuk masuk ke Macau dan Hong Kong tidak memerlukan visa. Haaa... paham tak ni? Hanya mainland sahaja ya memerlukan visa. Jadi sebelum nak buat visa, korang kena susun dulu jadual perjalanan supaya mudah nak pastikan visa korang jatuh di kategori yang mana satu. Ok.
Dari KL - Macau tidak perlu visa. Jadi tak perlu lah kira kan untuk itu. Then dari Macau - Hong Kong pon tidak perlu visa. Tetap tak perlu kira di situ. Tapi dari Hong Kong - Shenzhen (Mainland) harus visa. Jadi dekat sini lah visa kami start di kira. Paham? Dari Shenzhen (Mainland) - Guangzhou (Mainland) tak perlu visa sebab kita memang dah masuk mainland dari Shenzhen tadi. Jadi kami free untuk menjelajah tanah besar cina dalam masa 1 bulan tempoh untuk "one entries".
Kita tengok pulak contoh route satu lagi yang menjadikan kita kena buat "two entries" :-
KL - Macau - Hong Kong - Shenzhen - Hong Kong- Guangzhou - Macau - KL
Contoh yang dekat atas ni pulak untuk visa kita secara automatik menjadi "two entries". Kenapa? Sebab kalau perhatikan dari Hong Kong - Shenzhen ( Mainland), kita dah kena serah kan visa. Betul kan? Jadi automatik dah jadi "one entries". Tapi dari Shenzhen (mainland) tuh masuk semula ke Hong Kong. Dan dari Hong Kong nak terus ke Guangzhou (Mainland) pulak, dan dekat situ lah yang dipanggil "two entries". Sebab dari Hong Kong & Macau untuk ke sebarang mainland wajib visa, tetapi dari mana-mana mainlaind tak perlu visa jika nak masuk ke Macau & Hong Kong. Dan aku assume korang paham la macam mana pulak caranya kalau multiple entry tuh kan. Hahaha.
Sebelum pergi ke visa center, pastikan korang sediakan sekeping gambar berukuran pasport yang berlatar belakang cerah. Warna putih ye. Lepas tuh salinan flight itinerary korang, dan juga kalau ada salinan penginapan pon bagus jugak untuk standby. Tapi kalau dah tau semua details nye, lebih baik terus tulis dalam borang, dan tak perlu bawak salinan penginapan itu. Last sekali harus bawak adalah pasport.
Dan, seorang sahaja yang pergi buat visa pon dah ok. Tak perlu pegi ramai-ramai. Nanti di ruangan sign tuh dekat Tajuk (4) - Declaration & Signature. Korang boleh signkan untuk kawan atau ahli keluarga. Mengatakan korang yang akan buatkan untuk orang lain. Memang ada disediakan ruangan itu. Yelah kan ada ramai agent yang buatkan visa untuk customer. So sama je concept nye ok.
Bila borang korang semua dah ready, boleh terus pegi ke:-
Map untuk ke Chinese Visa Application Center |
Address:
Hampshire Residences Level 5, 114-116,
Jalan Mayang, Hampshire Park,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Business Hours: Monday-Friday,
Closed on Saturdays, Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Contact information
Call: 603 2176 0888
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org
Kerja dorang memang teliti. Tapi laju. Dekat sini nanti dia akan tanya berapa entry kita nak buat untuk visa. Dan dia akan terangkan pada korang details pasal entries ni. Bila semua borang dah settle, nanti dia akan serahkan 1 slip, itu untuk kita collect bila dah siap nanti. Kalau macam aku, buat yang secara normal, siap dalam 3-4 hari waktu bekerja. Kita hanya akan bayar duit visa bila collect sahaja. Untuk pegetahuna korang, borang permohonan diserahkan di tingkat 5, dan untuk kutipan visa di tingkat 6. Dekat situ jugak akan bayar duit sekali. Slip kena bawak untuk pegesahan bayaran tuh ye. Sila semak dulu document korang sebelum beredar dari situ. Kalau ada apa-apa yang salah boleh la serahkan balik untuk pembetulan. Jangan sampai dah dekat airport baru nak tau salah cetak dan sebagainya.
Berapa nak kena bayar? Ok harga untuk "one enrtries" adalah RM85. Itu adalah yang normal, siap dalam 3-4 hari waktu bekerja. Kalau express harga dia RM230. Kalau "two entries" pulak RM105 yang normal dan RM250 yang express. So korang boleh la sediakan bajet untuk bayaran buat visa untuk ke China ni.
Diharap, dengan perkongsian aku tentang pemohonan visa ke China ini, sedikit sebanyak dapat membantu korang yang sedang pening untuk paham pasal nak menguruskan visa ke China ini. Dan kalau korang rasa pening jugak setelah panjang lebar aku menulis dekat sini, dan malas nak buat kerja remeh temeh ni. Jangan risau, korang upanh je aku ni hah. Kompem aku boleh buatkan. Sila bagitau yang berminat. Hahaha.
p/s: Apakah persediaan seterusnya untuk ke China ni? Tunggu aku share di dalam next entry ye.
5 comments
SALAM KAKK. saya nak tanya, if sy nak travel KL-Hongkong-Macau-Hongkong- kl perlu visa tak?
ReplyDeleteSalam,
DeleteKalau perjalanan macam ni tak perlu visa. Selagi tak masuk tanah besar china, selagi tu tak perlu visa. Dan masa akak pegi tu pon takde cop pon untuk macau dengan hong kong. Masa masuk ke tanah besar (shenzhen) baru dapat cop. Kemudian cop di guangzhou. Dari guangzhou terus balik ke macau, naik flight balik kl. Harap membantu.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam akak..akak boleh tlg settlekan hal visa nie utk saya dan 3 org lg utk ke Guangzhou pada 21/10/16..plz respond msg asap..
ReplyDeletesorry tak perasan lansung msg ni. harap perjalanan lancar dan Allah permudahkan percutian.
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..