Chili's Grill & Bar @ Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur

9:13 am

Assalamualaikum...

Siapa dekat sini suka makan Chili's? Kalau suka kita boleh jadi geng. Malam kelmarin (Selasa) aku dengan Mudme berkesempatan makan Chili's dekat Bangsar Shopping Centre (BSC). Kami pilih cawangan BSC sebab dekat sini senang nak parking berbanding dengan Chili's Mid Valley dan yang lain-lain. Lebih kurang pukul 8mlm kami keluar rumah menuju ke area bangsar untuk makan Chili's ni. Trafik dari Wangsa Maju ke Bangsar lancar. Sampai je ke BSC, carik parking terus pegi Chili's. Sebab dah lapar sangat.
Menu book at Chili's
Teman tapi mesra
Go through menu. Banyak sangat pilihan
Dekat Chili's ada menyediakan pelbagai jenis makanan. Kalau first time datang mesti pening nak pilih makanan apa. Boleh pilih dari Starter sampai ke desserts. Kalau yang jenis suka duduk berbual dengan pasangan atau kawan-kawan, boleh la cuba datang dekat sini dan rasakan sendiri kelainan makanan dari Chili's ni.
Banyak pilihan. Tak tau nak order yang mana
Ada beberapa menu baru yang Chili's dah tambah. Disebabkan aku dah lama tak datang makan dekat Chili's, so saja je ambil masa baca menu dan nak tau apa yang terbaru dekat Chili's. Jom kita tengok menu yang kami order dekat Chili's.
Ice lemon Tea (RM 9++) & Mango Juice (RM 10++)
Untuk drinks dekat sini, dua jenis air yang kami order dekat atas ni adalah REFILLABLE. Iye korang boleh refill seberapa banyak air yang korang larat nak minum. Antara drinks yang boleh refill adalah air bicarbonate, fruit juices, air panas seperti hot coffee or tea, Milo, espresso & cappuccino. Just tukar-tukar je air apa yang korang nak mengikut kategori yang korang pilih mula-mula. Kalau order ice lemon tea, memang tak boleh tukar dengan fruit juices ye. Kena tukar dengan air gas yang lain macam grapes, cokes dan lain-lain. Tapi yang paling penting, walaupon boleh refill banyak kali, tapi setiap orang mesti order satu gelas. Tak boleh share ye. Bankrupt tokey macam tuh.

Dekat Chili's ni aku suka datang makan sebab portion dia sangat banyak. So kalau korang order satu jenis makanan still boleh share dengan pasangan or family korang. Dekat bahagian starter je pon dah boleh buat korang kenyang.
Bottomless Tostada Chips (RM 15.95++)
Tostada chips ni kalau korang order, kalau dah habis, boleh refill seberapa banyak kali yang korang suka. Selagi mampu nak makan. Tiada had. Jadi starter ni memang sesuai untuk di makan secara beramai-ramai. Chips dia sangat sedap dan ranggup. Dia punya house-made salsa memang tak pernah mengecewakan. Biasanya kalau aku pegi beramai-ramai dengan kawan atau family, aku memang akan order Tostada Chips ni. Kalau yang gemarkan sedikit pedas dan masin, boleh tambahkan garam, cili sos dan black pepper yang disediakan di setiap meja.


Tips kalau nak makan pilihan yang di bahagian starter / appertizer, aku sarankan ambil menu Tripple Dipper. Sebab apa? Untuk menu yang ni, dia mix dengan beberapa menu yang lain di dalam satu dish yang ada di menu starter tu. So kalau yang jenis tengok dekat menu starter tu semua nya kalau boleh nak makan, baik order menu ini.
Tripple Dipper (RM 32.95++)
Tripple Dipper ni memang puas kalau makan seorang diri. Menu ni adalah combination antara 3 jenis makanan yang menjadi kegemaran orang kalau datang ke Chili's. Portion memang banyak. Kalau order yang ni memang tak habis. So elok lah di kongsi bersama. Yang dekat hujung sekali tuh adalah Chicken Crispers,  dan yang sebelah kiri ni adalah Wings Over Buffalo (RM 22.95++) dan yang kanan tuh adalah Southwestern Eggrolls (RM 18.95++). Harga yang aku beri ni adalah harga untuk order tanpa combo. Nampak tak? Jimat kan. Dapat rasa 3 jenis menu yang berlainan dalam satu pinggan. Ada tiga jenis sos untuk menu dekat atas ni. Antara nya adalah Jalapeno-Ranch dressing, Tartar sos dan satu lagi yang kaler kuning tu adalah Honey-Mustard dressing. Batang saderi tuh pon enak di makan begitu saja.
Sedapnya Wings Over Buffalo yang dicicah bersama tartar sos. Nyummm!
Big Mouth Bites (RM 27.95++)
Kepada yang gemarkan burger, ini adalah salah satu menu yang wajib korang cuba. Nampak aje kecik ye, tapi portion sangat lah banyak. Yang ni pon boleh share bersama pasangan dan ahli keluarga. Untuk menu yang ini, ada 4 mini burger yang sangat sedap. Big Mouth Bites ni dilapisi dengan beef bacon, cheddar cheese dengan bawang yang dah  ditumis. Untuk daging dia pulak, korang boleh request mahu daging tu dimasak macam mana. Samada nak yang raw, undercooked atau well done. Walaupon bersaiz mini tapi memang padat dengan bahan-bahan yang dekat atas ni. Big Mouth Bites ni didatangkan sekali dengan Onion Rings dan Jalapeno-Ranch dressing. Puas makan burger mini ni. Kalau time lapar memang lah tak ingat orang kiri kanan menghadap burger ni.
Ini lah dinner kami. Jemput Makan semua
Muka happy makanan dah depan mata
Ada banyah lagi makanan lain dekat Chili's ni. Antaranya ada Salads & Soups, Sandwich, Pasta, Ribs, Fajitas, Tacos, Steak, dan juga Desserts. Kalau yang bawak anak-anak kecik tuh pulak, dengan setiap order dari Main Course, seorang anak dapat makan dengan percuma dekat Chili's. Nampak kan berbaloi sangat. Jadi kalau yang datang satu keluarga empat orang, Parents dengan 2 anak kecil, jangan risau. Anak-anak boleh makan dengan percuma dengan memilih menu dari kids menu yang terpilih. Bagus kan.
Teman bicara. Kongsi isu semasa dan bertukar-tukar idea dan pendapat untuk majukan diri dan juga maju dalam bidang perniagaan
Sebab portion yang besar dan banyak, yang mana tak dapat habiskan haruslah tapau bawak balik. Sila jangan membazir ye
So, kalau ada yang masih tercari-cari tempat untuk buat majlis surprise pasangan, kawan or family tuh, inilah salah satu tempat yang patut korang pilih. Sebab utama adalah kerana portion makanan yang sangat banyak. Dan sangat sesuai untuk bersantai-santai. Harga pon mungkin agak mahal untuk sesetengah orang, dan di Chili's dikenakan 6% tax serta 10% service cas. Tapi kalau sekali sekala nak cuba apa salah nya kan. Setahun sekali pon boleh. Hahaha. Dekat mana Chili's BSC ni? Jom aku share info dengan korang ye.

Adress:

Chili's Grill & Bar
Bangsar Shopping Centre,
285, Jalan Maarof, Bangsar,
59000, Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur

Phone: +603-2092 2023

Map Bangsar Shopping Centre
Jom aku kongsi timelapse time makan. Hahaha. Saja nak happy-happy.

video

p/s: Lepas makan dekat Chili's kena excercise banyak-banyak lah nampak nya.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalam isma,
    betapa besor nyer each serving tu kan3
    he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Ha ah.. besar sangat sampai boleh tapau lagi bawak balik walaupon dah makan berjam-jam. huhuhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook