Restoran Selera Tambun @ Penang

1:52 pm

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita pasal tempat makan satu lagi. Yang ni aku pergi time bercuti ke Cameron Higlands dan masa on the way ke Kulim.

Perut dah lapar. Tak makan apa2 dari turun Cameron. So last2 kitorang decide nak pegi Bukit Tambun, Penang. Pegi makan dekat situ je lah. Actually tempat ni Wan yang pegi dengan kawan2 kerja TNB dia. Masa dia ada kursus dekat Penang tuh dia try. Nampak macam menarik. So aku pon call dia mintak location tempat makan tu and so on. Dah dapat location terus shoot ke sana.

Nak pegi sana  kitorang ikut jambatan baru. Rupanya jalan nak ke kedai makan tuh jalan sama yang kitorang penah lalu masa first time nak try guna jambatan tuh. Masuk sampai ke dalam laluan yang sama. Cuma tak masuk sampai area kedai makan ni. Nasib baik bukak. Kalau tak memang aku sound Mudme sambil cakap "Ini last aku travel dengan kau". Hahaha. Kididing je. Just teringat je ayat tuh ada orang kena. Tuh pasal saja guna balik.

Dah tu terus duduk. And order je terus. Actually aku memang order sebijik dengan apa yang Wan order before. Tau kenapa? Sebab langkah selamat. Kitorang tengah lapar time tu. So terasa nak makan sedap2 skit. Since Wan dia dah pernah makan dekat situ, and dia rekemen all the food yang dia makan sedap2 belaka, so marilah kita cuba sama jugak dengan apa yang dia order ok.

Mee Udang
Yang ni aku makan udang yang saiz biasa je. Dia ada dua jenis samada nak yang besar atau yang biasa. Walaupon saiz biasa pon tetap besar jugak ye. Puas makan mee udang ni. Sedap ok. Sampai licin aku makan. Biasanya aku tak makan sangat mee kuning ni. Kecuali kalau dia memang dah specialty masakan dia macam tuh

Sotong Goreng Tepung
 Even sotong dia pon sedap and ranggup. Sedap habis la. Yang ni memang lah licin kitorang dua makan.

Nasi Goreng Udang
Nasi goreng udang ni Mudme yang makan. Tak payah la tanya dia macam biasa kalau kau nak tau sedap ke tidak baik kau rasa sendiri je. Terus terang cakap. Nasi dia sedap ok. Cukup rasa bahan dia. Ntah aku tak tau kenapa sebab rasa dia lain betul lah. Mungkin kerana faktor lapar. Iye aku paham. Tapi aku takde lah sampai bongok sangat sampai tak leh nak rasa masakan tuh yang sedap dengan tak sedap kan.

Ketam Goreng Tepung
 Yang ini  mak hencik kasik A! Serius wehhh.. ni bukan nak bodek or nak promote kedai ni sebab sedara mara ke atau kena bayar ke ye. Aku langsung takde kena mengena dengan owner kedai makan ni. Tengok je la tepung ranggup yang menyalut ketam tuh.. Aduiiii...power sey. Masa first nak makan tuh aku expect kulit dia keras lah Kan. Ye lah ketam, kompom lah kulit keras woiii. Pastuh aku just gigit2 je tepung ranggup yang salut ketam tuh.

Tengok tu. Isi dalam ketam tebal ok. Siap dengan telur ketam pon ada sekali. Perghh lap air lior
Tapi aku try lah jugak kunyah kulit sekali. Sekali lembut ok. Lembut dia macam soft-shell crab. Huiii terus aku bgtau Mudme yang ketam ni lembut. Boleh terus kunyah je. Dia pon terus try. Mengadap lah kami makan ketam ni. Orang kiri kanan yang dah lama datang and yang baru datang asik lah tengok kami mengunyah ketam. Aku syak dorang pon terliur jugak tengok kami makan ketam goreng tepung ni. Mesti next time dorang datang nanti aim nak order sama macam aku order jugak. Hahaha. Ketam ni aku order 3 ekor. Saiz besar, Jadi bila dia dah potong2 tuh memang banyak lah. Tapi tak dapat nak abiskan. Tapau bawak balik je yang ini.


Burrrp! Opss "akusme" terlajak sudah. Aku siap tapaukan mak mertua aku Nasi Goreng Udang lagi. Nak bagi dia rasa. And since kitorang sampai situ petang. So dah kenyang malas dah nak makan malam. Tuh pasal aku tapau siap2 untuk MIL. Jom aku share korang tempat makan ni. Mana tau satu hari nanti korang nak pegi Penang and dah bosan nak makan makanan yang sama je, boleh la try makanan kat kedai makan ni pulak kan.

Restoran Selera Tambun, Penang
Menu makanan di Selera Tambun, Penang
Cuba korang perati bebetul menu makanan tuh. Apa yang korang nampak? Haaa... meh la aku bgtau. Tengok pada harga dia. Korang rasa murah ke mahal? Nak tau berapa harga yang kitorang bayar masa makan berdua kat sini? tak lebih dari RM40. Korang nilai lah sendiri harga dia murah atau mahal. And one more thing, bila aku sebut restoran tuh jangan lah korang expect makan dalam kedai ye. Ni kedai makan biasa je. ada tiang seri je. dia buat macam style gerai je. Makan angin dekat luar. Lagipun kalau aku tak silap kedai ni dah dekat hujung2. Dekat dalam skit dari kedai makan ni orang selalu keluar masuk bawak hasil tangkapa laut. So aku rasa yang dekat hujung tuh dia macam kuala. Maybe dekat situ orang duk punggah segala ikan, ketam, sotong udang. Next time kalau balik Kulim aku pastikan akan singgah ke sini dulu kalau ada masa. Nah aku share untuk korang maps and coordinate Restoran Selera Tambun, Penang ni. All picture credit to Wan. Sebab henpon Mudme arituh semua format. So gambar makan  dekat sini ter effect sekali. Hahaha.

Coordinate untuk ke Restoran Selera Tambun, Penang
Lepas je habis makan terus gerak balik ke Kulim. Kitorang sampai kampung dalam pukul 7.30pm. Sampai pon dah maghrib. Perut pon dah kenyang. Yeay. Tidur lena la i malam tuuu..

p/s: Banyak lagi tempat menarik yang aku pegi.. nanti aku cerita dekat next entry ok.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalam isma,
    tambun tu kat belah mainland kan3????he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sha,

      betol.. betol.. betol.. hehehe

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook