Huawei Watch GT 2 42mm Refined Gold - Hadiah Istimewa Dari Hubby Sempena Hari Ibu

10:02 am

Assalamualaikum...

11 may 2020

Hari Jumaat lepas, kami pegi Puchong nak beli carseat booster untuk Inara, on the way nak pegi tu Mudme banyak kali buat pitsop. Dok terfikir la  kenapa yang rajin berhenti banyak sangat tempat ni. Tapi takpelah tak fikir apa pon. Aktiviti diteruskan seperti biasa.

Dah sampai Puchong, pilih carseat booster untuk Inara, dan terus pasang dalam kereta. Elok settle pasang terus balik ke rumah since bulan puasa and takde apa pon nak dibuat time PKP ni.

Tak abis di situ, Mudme buat lagi satu pitstop. Kali ni dia lama sikit. Kami anak beranak tunggu dalam kereta je. Sambil-sambil layan Hayder menangis sebab duduk dalam carseat dan kereta pulak tak bergerak. 

Tiba-tiba Mudme pon masuk kereta. Nampak la dia bawak barang tapi tak sure lah time tu apa. Maybe gadget dia lah kot. Dah nak sampai rumah tu, ada berhenti dekat mana ntah tak ingat, sekali dia bagi bungkusan sambil cakap "selamat hari Ibu". Hahaha kejut Makkkk

Alhamdulillah jam cantik sangat. Aku memang pengemar warna Rose Gold. Jam Casio yang pakai sekarang ni pon warna sama Rose Gold jugak. Seronok gila bila dapat hadiah jam baru. Lagi pulak jam ni memang dah lama minat and tak terbeli je. Tak sangka pulak Mudme nak buat surprise bagi jam yang memang dah lama kita nak sangat kan.

Malam, bila dah free sikit sempat lah buat Unboxing pasal jam Huawei Watch GT2 42MM Refined Gold ni. Memang terasa cantik je bila pakai jam baru kegemaran hati ni. Hahaha. 

So korang boleh lah tengok video unboxing dekat bawah ni ye. Mana tau kot korang pon dah lama nak cari jam yang boleh guna untuk sport, jam ni antara salah satu yang memang sangat menarik lah bagi aku dan berjaya dimiliki akhirnya. Ok byeeee...
 

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook