Sambal Lonte - Resepi Mudah & Mesti Jadi

5:08 am

Assalamualaikum

15 May 2020

Harini aku nak share kan resepi sambal yang mudah gila. Kalau suruh anak dara korang yang tingkatan 1 buat pon sure jadi punya. Sebab simple sangat.

Sambal ni ramai kadang orang konfius. Kadang ada yang tanya macam mana sambal lonte ni? Sama ke dengan sambal gesek? sambal ayam penyet? Haaa... jom aku share kan untuk korang rupa sambal lonte ni dan macam mana cara nak buat dia ok.
Bahan-bahan untuk Sambal Lonte
Bahan-bahan:
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
5 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 sudu belacan
3 biji limau kasturi

Cara-caranya:
1. Panaskan satu sudu minyak masak
2. Cili dipotong kecil. Dan gorengkan belacan, bawang merah dan semu cili sehingga layu
3. Masukkan bahan yang sudah digoreng ke dalam lesung dan tumbukkan sedikit kasar
4. Tambahkan sedikit garam dan masukkan perahan limau kasturi
5. Sedia dihidangkan
Sambal Lonte
Taraaa... mudahkan resepi Sambal Lonte ni? Aku dah cakap anak dara korang pon boleh buat. Dah boleh start ajar diorang masuk dapur try resepi simple-simple macam ni. Esok senang dah besar tak kekok masuk ke dapur kan. Haaa gituuu...

Sambal Lonte ni memang sedap kalau dibuat colek dengan timun yang ranggup. Sekali kunyah krap krup dengan pedas-pedas cili nya... aduiiihaiii. Lagi sedap kalau dapat makan dengan ikan rebus goreng garing atau ikan goreng pon boleh dan juga nasi panas. Aduu duu duu duu duu duu duu..

Ok lah. Esok aku share resepi lain pula ye. Kita try la buat menu resepi yang simple-simple takut nanti pening pulak kepala orang nak memahamkan cara masak satu per satu. kah!

Jadi marilah aku bagi sekali video supaya lebih teranggggg lagi bersuluh cara nak buat Sambal Lonte semudah ABC. Selamat menonton.


You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook