Telur Masak Kicap - Resepi Mudah & Mesti Jadi
12:32 am
Assalamualaikum
13 May 2020
Apa khabar korang di musim PKP ni? Aku macam biasa, hari-hari melayan Inara & Hayder dekat rumah. Mudme dah start kerja harini, so dia punya penat tu bakal kembali kepada double lah ye.
Hari ni, aku nak share satu menu yang paling simple lah sangat, sesuai dengan waktu-waktu bulan puasa ni, lagi-lagi time sahur. So menu dia tak lain dah tak bukan adalah.. taraaaaaaa... Telur Masak Kicap.
Apa? Korang gelak ke sebab menu ni just Telur masak kicap je? Hello jangan memain okay.. time bulan puasa ni, aku jamin sure ada family yang akan masak lauk ni time sahur berulang kali. Hahaha. Jangan tipu lah wehhh...
Jadi tanpa membuang masa lagi marilah kita tengok cara yang paling simple / mudah nak sediakan resepi ni.
Telur Masak Kicap
Apa? Korang gelak ke sebab menu ni just Telur masak kicap je? Hello jangan memain okay.. time bulan puasa ni, aku jamin sure ada family yang akan masak lauk ni time sahur berulang kali. Hahaha. Jangan tipu lah wehhh...
Jadi tanpa membuang masa lagi marilah kita tengok cara yang paling simple / mudah nak sediakan resepi ni.
Telur Masak Kicap
Telur Masak Kicap |
Bahan-bahan yang diperlukan untuk Telur Masak Kicap |
Bahan-bahan:
5 Biji Telur
1 Labu Bawang Besar (dihiris gelang)
1 Biji Cili Merah
4 Biji Cili Padi
1/2 Cawan Kicap
1/2 Cawan Minyak Masak
3 Sudu Sos Tomato
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan gorengkan telur satu per satu. Angkat dan ketepikan telur yang telah siap digoreng
2. Tumiskan bawang besar dan cili merah. Masukkan kicap dan sos tomato dan kacau rata
3. Jika suka pedas, tambahkan cili padi mengikut tahap kepedasan anda
4. Masukkan telur, kacau rata dan tutupkan api. Sedia dihidangkan
So, kepada yang masih lagi blur-blur tak tau nak masak Telur masak kicap ni macam mana, jangan risau. Aku sediakan sekali video untuk korang tengok satu per satu cara nak buat menu simple ni ok.
Takpe jangan malu kalau umur dah 40 tahun tapi baru nak belajar masak Telur Masak Kicap. Ramai lagi kat luar sana yang masih belajar dan mencari teknik masak yang betul. Termasuk la aku. Tapi aku belum umur 40 tahun ok. Hahaha. Ok selamat menonton semua.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..