Empat Kaler & Kad Kahwin Malaysia

10:35 am

Assalamualaikum...

Fuh! Lap peluh. Baru sekarang ni dapat nak bersiaran dekat sini. Setelah beberapa tahun, kini kembali membusy kan diri. Kali ni memang maksima tahap busy nya. Sampai nak makan pon tak sempat. Tapi kenapa sampai tak sempat nak makan? Sebab sekarang ni, alhamdulillah, bisnes printing dah semakin ramai yang nak buat dengan kami. Jadi, segala urusan aku dan Mudme yang buat sendiri. Bahagi-bahagi tugas.

Semalam pon lepas je Mudme balik dari kerja half day, terus duduk mengadap workstation sebab nak siapkan design order untuk customer. Pukul 2.30ptg pulak terkejar-kejar pegi ke Cafe Lapis nak jumpa client untuk final check design untuk proceed printing dan tambah satu lagi design artwork. Nasi ayam terhidang atas meja makan,  kami hanya sempat ambik bau aje. Hahaha. Jadiklah.

Balik kampung minggu lepas pon tak sempat nak berehat sangat sebab still kena siapkan jugak kerja-kerja lain juga. Actually entry yang lepas aku ada bagitau pasal 4 Kaler nak melebarkan sayap ke satu lagi bidang printing kan. Sebab tuh lah dekat kampung pon balik bercuti macam tak sempat nak rehat-rehat sangat. Dah la sekarang ni musim panas. Memang mandi sauna memanjang dekat Kulim.


Ok. Apa penambahan yang 4 Kaler buat? Tak lain dan tak bukan adalah printing untuk kerja KAHWIN. Kenapa aku cakap printing untuk kerja KAHWIN? Sebab semua yang melibatkan printing untuk orang kahwin contohnya, kad kahwin, banner, bunting, sign age, tq tag, gift box, sticker, guest book dan sewaktu dengan nye.

Masa dekat Kulim, Mudme hanya sempat siapkan kad kahwin dalam 12 sample je. Sebab tak larat ingat balik kampung nak rehat kan, dapat siap dalam 12 jenis sample pon dah ok. Aku pon terus upload dekat instagram/kadkahwinmalaysia. Alhamdulillah dah ada customer yang tanyakan pasal kad kahwin pulak.

Mudme baru berangan nak berehat lepas siapkan sample kad kahwin, alih-alih kena design pulak untuk sample customer. Dan alhamdulillah semalam customer dah setuju dengan salah satu sample yang Mudme design dan closed deal. Pagi ni je dah macam-macam nak kena buat. Habis tido pagi ku dicuri. Hahaha. Tapi takpe, demi masa depan yang lebih cerah kan.

Terima kasih boss Mudme sebab mengerakkan kami dengan lebih rajin diatas kemelut yang telah berlaku. Walaupon dah buat bisnes printing lebih 2 tahun, tapi tak serius sangat. Sekarang dah lebih rajin dan harap terus kekal rajin.

Jom aku nak share dengan korang sikit sample kad kahwin yang sempat Mudme sediakan.













Ada jugak beberapa sample yang jenis lain untuk customer semalam.
Kad Kahwin Poskad - Depan & Belakang
Kad Kahwin Poskad - Depan & Belakang
Kad Kahwin Poskad - Depan & Belakang
Marilah aku nak share sikit details Kad Kahwin Malaysia ni.

Instagram: kadkahwinmalaysia
Facebook: Kad Kahwin Malaysia
Website: www.kadkahwinmalaysia.com
Email: tempah@kadkahwinmalaysia.com

Facebook & Website belum publish lagi. Dah ready nanti baru boleh publish. Tapi memang rasa macam lambat je lagi tuh. Sebab macam banyak benda je nak kena buat.

Oklah. Memang rasa nak bebel dekat sini lebih panjang lagi. Tapi sebab waktu terdesak sekarang ni. Nak kena masak lunch lagi. Nak sambung tido lagi. Hahaha. Ok. Babai

p/s: I need vacation. Pleaseeeee.

You Might Also Like

2 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook