Gaji Pertama

9:08 am

Assalamualaikum...

Horey. Dapat gaji pertama dari 4 Kaler Printing. Hahaha. Semangat weh. Terima kasih boss sebab bayar gaji saya walaupon tak banyak mana, tapi saya appreciate. Semoga boss terus maju dunia dan akhirat.

Alhamdulillah rezeki Allah kepada 4 Kaler Printing. Ada masa tak cukup tangan nak menguruskan order. Ada satu-satu masa kelam kabut aku nak siapkan invoice. Perghhh. Dah la tak pernah buat semua-semua benda tuh. Haaa... ambik kau keras kejung nak menyiapkan segala benda. Masa mula-mula asik mengelak tak nak buat je.

Asik la Mudme yang kena buat. Tapi bila dah banyak sikit order masuk dengan design lagi, memang lah tak cukup tangan dia nak buat sorang-sorang. Terus aku membantu dengan laju. Cewaaah. Puji diri sendiri. Hahaha. Tapi happy lah dapat bantu suami sendiri dalam bisnes yang dia memang minat, dan mahir. Jadi semua kerja jadi smooth je.

Tapi bila dah meningkat order, jadi susah kalau aku nak guna notebook untuk berurusan dengan customer dan buat invoice dan resit. At the same time Mudme pon nak kena buat juga order customer yang lain. Jadi dekat situ dah menganggu cara bekerja. Sebab nak jalan serentak, tapi notebook tak cukup. So Mudme buat keputusan nak beli satu notebook untuk dia buat kerja design. Senang kan kalau serentak buat kerja. Lalu Sabtu lepas kami pon pegi lah lowyat carik notebook. Dan terus nak beli printer sekali untuk print resit untuk customer.

Tapi terus terang cakap, It's not easy to be Mudme. Dia kalau carik barang, memang lama. Sakit tumit kaki kau melangkah dalam lowyat tuh. Setiap level di tawaf nye untuk mencarik notebook yang sesuai dengan jiwa dia. Dari siang sampai ke malam. Ohh... Sabar je lah. Puas pekerja setiap kedai menerangkan dekat dia, tapi kalau dah tak kena dengan jiwa, tetap lah tak nak. Hahaha. Tapi akhirnya pasti dapat juga apa yang nak tuh. Lega makkkk.

Macam biasa, semua order yang masuk, aku yang uruskan, Pendek kata yang berurusan dengan customer aku lah. Dah kata pon jawatan dalam bisnes kad bos bagi Admin & Marketing kan. Takkan nak goyang kaki je.

Dalam 1 minggu dari sekarang, 4 Kaler Printing akan tambah satu lagi service printing. Dan aku rasa, kompom tak cukup tangan nak menguruskan kerja yang banyak. Sekarang pon walau tak banyak sangat, tetap tak cukup tangan, ni karang dia bukak lagi satu jenis bisnes, mati kejung plak karang. So dari sekarang kena uruskan semua account-account secara sistematik. Dan mungkin lepas ni akan ada borang untuk tempahan dan lain-lain lagi. Tapi semuanya time to time.

Sekarang memang tak sempat nak siapkan website. tak cukup masa. Tak sempat nak sentuh pon lagi. Mudme baru tengok-tengok je. Tapi mulai hari ini, memandangkan Mudme dah kena kerja half day, akibat pukulan ekonomi terhadap company dia bekerja tuh, jadi InsyaAllah ada lah lebihan masa untuk buat kerja-kerja tertungak tuh. Ok. Just nak share sikit beberapa info pasal 4 Kaler Printing.

Kenapa Harga Kami Murah?
4 Kaler Printing Process Day
p/s: Kalau ada rezeki boleh lah buat kenduri kesyukuran

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook