POPS Eatery @ Wangsa Maju, Kuala Lumpur

7:26 pm

Assalamualaikum...

POPS! POPS!  Apa yang meletop? Malam tadi 1 April 2015 (Rabu), aku dengan Mudme keluar pegi ambil barang yang customer order, kelam kabut takut kilang tutup. Dah settle semua terus carik tempat makan. Disebabkan keadaan malam tadi hujan, perasaan lapar pon sangat membuak-buak.

On the way balik still fikir nak makan dekat mana. Sampai dah dekat dengan area rumah, baru kami decide nak makan dekat Cafe Lapis. Sampai je area situ terus parking. Nasib ada parking. Biasa takde parking. Kena parking jauh sikit. Turun je kereta, sekali terpandang pulak cafe nama POPS.

Actually dah selalu lalu tak pernah nak try pon. So malam tadi first time aku dengan Mudme dalam hujan berpayung tengah-tengah jalan main "OHSOM". Kalau aku menang, makan dekat POPS, Kalau Mudme menang makan dekat Cafe Lapis. Jadi kemenangan berpihak ke aku. Hahaha. Jom tengok apa ada dekat POPS.

POPS - Comfort Food
Di setiap sudut ada drawing graffiti. Warna warni dalam cafe
Main Menu
 Segala jenis pasta, wraps, sandwiches & desserts ada dalam list ni. Banyak jugak pilihan pasta yang ada, dari bolognese sampai lah ke olio vege. Aku pilih yang mana ya?
POPS Special Menu
 Yang ni menu POPS Specials. So apa yang special dekat POPS? It's Burgers. So kepada pengemar burgers boleh la datang sini dan try macam mana rasa nya ok.
Drinks Menu
Drinks dekat mana-mana cafe sekarang ni semuanya lebih kurang sama je bagi aku. Kalau hot, sure ada espresso, americano, latte and cuppuccino. Cold drinks pon lebih kurang sama jugak.
Banyak sangat menu. Rambang mata nak order
Dekat kaunter pon ada menu jugak. Sesuai untuk yang datang untuk order take-away
Di setiap sudut kaunter terdapat senarai menu
Konsep dekat POPS ni, bila dah sampai boleh duduk dan tengok menu apa yang korang berkenan. Bila dah ready nak order terus je ke kaunter. Dan lebih penting lagi nak bagi tau, dekat sini waktu order kena bayar terus. Jadi senang dan cepat. Lepas makan boleh terus je balik. Tak payah nak tunggu-tunggu untuk panggil bil pulak kan. Lagi bagus tiada GST dikenakan. Bagus.. bagus.. bagus.
Mini drawing no. 7
Cumel kan. Easil dengan canvas drawing ni diberi sekali lepas buat pembayaran di kaunter tadi. Letak atas meja untuk hiasan. Hahaha. Memang banyak sangat cafe-cafe yang lain buat konsep ambil no. after order kan. Tapi yang ni tercute sekali sepanjang aku pernah pegi di mana-mana cafe yang lain. Idea yang memang best.
Wajah kesayangan hamba. 
Teman bergaduh, tak puas hati dalam bisnes, teman tapi mesra. Hahaha. Tapi yang paling pasti, KALAH dalam pertandingan OHSOM sebelum ke POPS ni
View dari dalam cafe. Masa aku sampai, hanya aku dengan keluarga ini je yang ada dekat dalam cafe ni
Bagi aku, interior dalam ni sangat simple. Tak padat susunan meja dan kerusi. Aku suka. Dan yang penting aircond kuat. Takde lah berpeluh ketiak kan
Mesti semua orang yang datang sini mula-mula masuk nak duduk dekat area sini. Nampak ceria je area ni. Aku pon turut ceria disitu
Aircond atas kepala. Nice. Lampu dia pon ok. Tak sakit mata. Kalau lampu kuning macam dia ajak tidor je dekat cafe dia kan
Aku suka tengok bangku dia ni. Sangat masuk dengan konsep POPS ni sendiri. Nampak santai. Tapi awas. Kerusi ni berat ok. Naya kalau tertimpa kaki
Iced Chocolate (RM7)
 Ok. Terus terang, tidak mencapai piawaian aku. Rasa lain macam je susu yang dia guna. Terasa macam minum air serbuk koko, Serius. No. good.
Cappuccino (RM8)
Yang ni Mudme order. Masa sampai je dia terkejut tengok milk foam dia. Apehal foam dia tebal 2 inci ok. Merungut-rungut dia nak minum air yang menjadi kegemaran beliau setiap kali pegi ke mana-mana cafe. Rasa out. Sorry ye. No good.
Chicken Carbonara (RM9.90)
 Selalunya, kalau order creamy carbonara, mesti tanggapan aku dan Mudme adalah creamy sos nye lah kan. Tapi yang ni adalah yang kurang atau sangat sedikit creamy nya. Rasa memang sedap, tapi bagi aku dia kurang creamy dan Mudme cakap spaghetti dia agak keras sedikit macam kurang masak. Wow, sekarang ni dia kalau komen tak mengalah. Habis dari basic dia keluarkan hujah ok. Bagi aku, dia agak kering. Dengan aircond yang kuat, lagi lah terasa tersekat-sekat nak masuk dalam tekak ni hah.
POP's Lamb Pesto - (RM11.90)
 Yang ni aku order. Aku suka sangat rasa dia. Semua cukup rasanya. Lamb dia sedap, rasa dia sedap, Tapi, portion dia agak sedikit untuk aku yang bertubuh sasa ini. Hahaha.Dan lagi agaklah kering spaghetti nye. Serius lah nak masuk tekak rasa tersekat. Aku dapat rasa yang dia kurang oily. Kurang olive oil. So macam bila makan tuh rasa spaghetti yang dah lama tinggal terdedah atas meja feeling dia. Sedap. Tapi kurang memuaskan.
Churros with Salted Caramel Sauce (RM7.50)
 Churros ni memang sedap kalau makan time panas-panas. Nak pulak dicicah dengan sos caramel. Aduh sakitnya tuh di sini. Hahaha. Feeling makan churros. Tapi bila makan still panas tuh ok. Cuma macam tak sempat-sempat nak tos minyak terus hidang dan hantar. Dapat rasa masa kunyah tuh maca ada minyak-minyak dalam mulut.
Salted Caramel Sauce
Nasib baik lah ada salted caramel sauce ni, dapat lah menutupi sikit rasa minyak-minyak tuh sebab dia kan agak manis di situ. Churros dia doh dia rasa macam donut. Exectly donut yang aku biasa makan. Sebab dah biasa makan yang lebih sedap dari yang ini. Tapi still boleh makan. Kalau teringin tak dapat makan yang sedap tuh, boleh je lari singgah sini order churros dekat POPS ni hah.


Lepas je makan dekat POPS, terus kitorang balik. Banyak lagi kerja nak kena buat. esok malam nak balik KULIM pulak. So kena siapkan macam-macam hal yang kena melibatkan ke sana dan kemari. Kalau order boleh buat online je takde masalah.

Kepada yang first time nak cuba dekat sini, jangan lah rasa tak best bila dah baca apa yang aku tulis ni. Mungkin time aku pegi tuh je dia tak sedap, Tapi time korang datang sedap. Boleh cuba pegi rasa sendiri dan nilaikan lah ye.

Nak pegi POPS tapi tak tau dekat mana?

POPS EATERY
(Bersebelahan dengan Burger King / Berhadapan dengan Cafe Lapis / Bawah Ayam Penyet Nusantara)

Address:
1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Phone:03-4144 3162

Hours: 12:00 – 3:00 pm, 6:00 – 11:00 pm

p/s: Akar Lima dah memanggil-mangil daku ke sana.

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi I was just wondering, Kedai Ni accept tak any reservation?! Oh and do u think this restaurant suitable for iftar ?

    ReplyDelete
  2. salam...
    cafe ini ada cert halal? aritu pun ada notice dalam fb.menu nampak menyelerakan.^_^
    sama la kita #badansado.if awak kata kureng, mungkin sama la kita..dah la kita cerewet bab mkn..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pasal cert halal saya tak perasan, cuma yang saya pasti semua pekerja dan tukang masak masa saya datang tu melayu.

      Dan ramai jugak yang datang makan pon ramai orang melayu jugak.

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook