Bila Mak Lunch Di Seoul Garden Dan Minum Petang Di I Love Yoo @ Setapak Central Taman Danau Kota, KL

3:47 pm

Assalamualaikum...

21 Februari 2017

Tajuk bukan main panjang lagi. Hahaha. Boleh lah gitu kan. Kali ni nak share aktiviti di hari cuti Thaipusam haritu. Aku ngan Mudme bawak Mak jalan-jalan cari makan. Puas dari malam sebelum dok fikir-fikir nak bawak Mak pegi makan dekat mana.

Pagi tu, bagitau Mak yang kami nak bawak jalan-jalan makan di luar, haiii... bukan main happy lagi muka nya. Sambil siap-siap tersenggih-sengih ceria. Aku pon ceria juga tengok Mak happy.

Last-last, aku buat keputusan bawak Mak pegi makan dekat Setapak Central dekat Danau Kota je. Senang, dekat dan banyak kedai makan dekat situ kan. Mak pon boleh jalan-jalan cuci mata memandangkan Mak dah lama tak dapat berjalan-jalan cuci mata.

Sebenarnya ada banyak jugak tempat makan yang best di Setapak Central ni. Semua jenis makanan ada. Kalau korang yang baru nak jalan-jalan cari makan dekat sini jangan risau. Dari sarapan pagi sampai makan malam punya jenis makanan pon ada. Memang variety lah.

Aku sengaja pilih Seoul Garden sebab nak bagi Mak merasa makan grill dan masak sendiri depan muka. Hahaha. Satu pengalaman baru lah untuk Mak. Lagipon Seoul Garden ni nak masuk pon senang, Mudme just berhenti dekat drop-off area depan pintu masuk, then just tolak je wheelchair Mak masuk dalam. Seoul Garden pon tepi tu je. Senang, cepat dan mudah.

Sementara Mudme carik parking, aku terus je booking table. Disebabkan Mak dah berumur 63 Tahun, dapat diskaun sebagai warga emas. Ok lah. Yang tu paling bagus sekali. Huhuhu. Aku pilih seat yang depan-depan pintu sikit. senang untuk Mak jugak. Tak payah nak masuk sampai dalam-dalam sebab pakai wheelchair kan. Nanti bila orang dah ramai. susah pulak nak keluar nanti. Masa aku sampai, orang tak ramai lagi. So senang nak pilih seat mana yang aku suka. Jom jalan-jalan bersama Mak di dalam Setapak Cental.

Mak kalau makanan macam ni dia suka sangat. Memang ambil untuk Mak je section ni
Mak dah ready dengan daun salad
Mak tak sabar nak campak semua makanan dalam tomyam
Hari jalan-jalan ni, Mak boleh lah makan apa-apa yang teringin. Sebab bukan selalu Mak merasa makan benda-benda macam ni. Tapi seafood-seafood semua aku tak bagi lah Mak makan. Sebab seafood tak baik untuk Mak. Mak suka makan mee sanggul tu. 2 sanggul Mak makan.
Pilih-pilih jangan tak pilih
Boleh rasa semua kalau teringin nak makan. Ada marinate kopi, bbq, black pepper, kari, bulgogi. Haaa... banyak lagi dan macam-macam ni, tu yang berdiri tegak depan section ni sebab tak tau nak ambil yang mana satu.
Ambil banyak-banyak sikit sebab nak makan 3 orang kan yang grill tu
Tak cukup yang belah sini, kita ambil yang belah sana pula. 
Dekat Seoul Garden ni consider banyak jugak lah jenis cengkerang dan jenis marinate dia. Sampai tak reti nak ambik yang mana dulu. Last-last aku ambil je semua sama rata. Tak berani nak ambil banyak-banyak sangat. Sebab berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ni, kalau makan dekat Seoul Garden ni memang kenyang gila-gila. Takut nanti jadi pembaziran aje lah karang kan.
All the sauce ada di sini
Ini section yang paling tak boleh kalau tak datang berkali-kali. Mesti singgah 2-3 kali. Sebab sauce dia super sedap. I lioookkeee. Mak pon suka juga sauce bawang putih dekat sini.
Just eat it
Chef kami di Seoul Garden
Selama yang pernah makan dekat sini, ini first time aku tak masak apa-apa pon. Aku just ambil je semua masuk dalam pinggan, semua Mudme yang masak kan. Huhuhu, Baik menantu Mak ni. Hahaha.
Sushi in the house
Sambil tungu Mudme masak semua makanan tadi yang ambil banyak lah jugak tadi tu, aku pusing-pusing lagi ambil sushi pula. Tapi this time just ambil shrimp dengan salmon je. Yang lain-lain tu biasa-biasa je dah selalu makan kan. Lagi satu sebab takut tak habis makan pulak. Jenuh sumbat-sumbat masuk dalam mulut nanti. I dont like.
Ice creammm
Yang ni last section selalu singgah. Hahaha. Dah puas makan yang grilled, baru lah nak merasa ice cream. Kali ni ada banyak jugak perasa. Dalam 7 perasa macam tu. Semua kaler ada. Warna warni mangkuk I tauu.
Mak cuci mulut dengan Ais Kacang
Mak tanya ais kacang ni berapa harga? Mahal tak? Kalau mahal tak usah order. Huhuhu. Puas bagitau Mak yang sini boleh makan semua apa aja yang ada dalam Seoul Garden ni, sebab kita dah bayar tadi masa sebelum masuk dalam. Mak cakap, kalau dah bayar bagi lah sini Mak nak rasa. Huhuhu. Mak... Mak.. kelakar bebenor.

Dah puas makan-makan dekat Seoul Garden, kami naik ke tingkat paling atas sekali. Masuk ke kedai KAISON. Dekat dalam tu banyak bunga, Mak mesti suka. So saja je bawak Mak masuk dalam. Sampai je tempat bunga, Mak terus teruja belek bunga sini, belek bunga sana. Terus cakap nak beli bunga. Dekat rumah tak cukup bunga katanya. Hahaha.
Mak & Bunga
Mak memang suka bunga. Kalau dapat belek bunga, sampai 2-3 jam pon sanggup. Peminat bunga lah kata kan.
Pilih-pilih banyak bunga warna warni
Happy dapat pilih bunga
Apalah yang seronok sangat Mak tu. Entah apa yang difikirkan
Cek harga berapa ni?
Mak ni, dalam segi membeli-belah, Mak selalu menerapkan konsep berjimat cermat. Agaknya dari dulu dah biasa hidup susah, setiap kali nak membeli apa-apa, Mak akan cek dulu harga setiap barang. Walaupon suka macam mana sekali pon, harga tu tetap memainkan peranan no 1. Kalau cantik macam mana pon bunga, kalau bagi Mak harga tu mahal, memang tak kan dibeli punya. Huhuhu. Itulah Mak kami.

Dah selesai beli bunga, kami terus keluar jalan-jalan lagi. Kena bakar-bakar lemak sikit kan. Tolak wheelchair Mak pon kategori senaman jugak. Hahaha.
Barang perhiasan pulak
Yang ni pon mak suka sangat. Kalau dapat bukan main seronok lagi. Subang lah, buah rantai lah, bukan main suka lagi. Bila tanya nak pakai masa bila, katanya buat simpan dalam beg. Hahahahadoiii.

Lepas dah puas berjalan tengok sana sini, Kami behenti pulak minum petang. Dah alang-alang bawak Mak berjalan-jalan seharian, kami bawak Mak minum petang di I Love Yoo. Makanan dekat sini lebih kepada chinese style. Tapi kita orang melayu pon selalu je makan food macam ni.
Mak macam puan besar. Hahaha
Tanya dekat Mak, boleh makan lagi ke ni? Kita nak minum petang ni. Makan apa? Mak tanya.
Makan ini lahhh
Terkejut Mak bila tengok aku letak dulang ni atas meja. Hahaha. Memang dasar aku ni. Mak cakap, Ya Allah banyak nya. Sambil senyum-senyum. Aku tau, Mak suka. Sebab dia selalu tak berkesempatan nak merasa semua benda ni. Asik kena sekat makan je kan. Sekali-sekala tengok makanan banyak macam ni atas meja, seronok lah Mak tu.

Aku order soya panas, soya sejuk, pau kacang merah, yoo tiao (cakoi), you tiao ice cream dengan bubur dan bawak air masak siap-siap untuk Mak. Makanan ni semua kami biasa makan masa kecil-kecil dulu. Selalu beli petang-petang dekat bawah rumah.

Cakap dengan Mak, takpe, banyak-banyak macam ni kita share-share lah. Mak nak makan apa-apa ambil aje lah. Kalau tak cukup nanti kita order lagi. Mak pon cakap ok kita share. Mak pilih bubur. Tengah borak-borak dengan Mudme, pusing pandang Mak.
Habis semangkok
Hahaha... sekali habis semangkok Mak bedal bubur dengan cakoi. Mak cakap sedap sangat. Agak-agaknya sebab dah lama tak makan, so Mak tanpa peduli kiri kanan, makan sampai licin bubur. Tapi takpe, kami pon dah kenyang jugak. Makan tadi di Seoul Garden pon tak turun habis lagi. Yang penting Mak kenyang, happy dapat bunga dan jalan-jalan dah cukup bahagia untuk aku.
Mak yang sedang menikmati kelazatan bubur dan yoo tiao
Harap-harap, ada lagi tempat-tempat lain yang Mak boleh join sama-sama kami next time. Tak boleh selalu ye Mak. Nanti Doktor bising kalau result tak baik. Ok byeee.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook