Tempat Makan Yang Best Di Penang Yang Wajib Di Singgah Dalam 1 Hari

6:52 pm

Assalamualaikum...

24 Februari 2017

Penang! Sapa yang tak tau Penang tu orang sebut-sebut syurga makanan. Orang kalau cuti-cuti pergi Penang, mostly akan carik tempat makan yang best dekat Penang. Betul kan? Ada tu siap penuh satu buku nota list tempat makan yang best dia nak pegi. Sebab dekat Penang memang banyak sangat tempat makan yang patut korang singgah kalau dah sampai di Penang.

Ok. Bulan lepas, masa cuti Chinese New Year aku balik kampung Mudme. Dekat mana? Kulim, Kedah. So, sempat lah jalan-jalan cari makan dekat Penang. Disebabkan Kulim - Penang takde lah jauh mana, so marilah kita pergi senangkan perut sekali sekala. Bila nafsu makan datang, jangan sia-siakan. Lepas tu nak nangis tepi bucu kau nangis la puas-puas akibat overload lemak-lemak dari Penang. Hahaha.

Aku pegi Penang hari Sabtu. So, kami buat keputusan nak jalan-jalan cari makan dekat Penang dari pagi sampai petang. Jadi, aku ceritakan dari sarapan pagi, makan tengahari, dan minum petang dekat sini ye. Dan ada sedikit penambahan tempat aku tambah sikit lagi nanti last-last sekali.

1. Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor

Haaa... ini tempat pertama yang aku singgah pagi-pagi lagi selepas seberang Jambatan Pulau Pinang. Kami terus menuju ke Gelugor. Dekat sini memang famous dengan sarapan pagi yang pelbagai. Pendek kata, semua benda yang korang nak makan, boleh dapat dekat bawah satu bumbung.

Astaka Taman Tun Sardon ni adalah Medan Selera. Bersebelahan saja dengan "Market" orang utara panggil pasar tu market. Hahaha. So, kalau dah dekat dengan market, orang tentulah ramai dan sesak. Parking pon agak susah nak dapat dekat sini.

Tapi memang ada rezeki kepada orang yang sabar. Sambil tunggu-tunggu parking orang nak keluar depan market tu, Ada juga orang nak keluar. Dapat betul-betul depan tempat makan tu. Sepanjang jalan kiri kanan memang sesak, kereta parking agak jauh jugak. So bertabahlah kalau sampai sini tak dapat parking dekat tu ye.

Ramai nya orang nak sarapan dekat Astaka Tun Sardon
Disebabkan orang ramai gila, so aku ambil keputusan duduk dekat kawasan paling tepi. Itu je yang kosong. Kerusi style batu. Tepi parit. Hahaha. Tak kisah lah. Janji dapat makan kan. Perut pon dah lapar. So aku lah melakukan kerja-kerja beratur nak order makan. Mudme duduk je lah dekat situ jaga beg dan diri sendiri. Hahaha. Ok. Jom aku pon dah tak sabar nak share makanan best-best dekat sini.
Serabai dengan Kuah Serawa
Serabai dicicah ke dalam kuah Serawa
Gerai pertama sekali yang aku singgah. Disebabkan orang kata kuih serabai ni must try, jadi aku beratur dekat kedai ni dulu untuk rasa sendiri kuih ni. Terus terang cakap, ini first time aku dengar nama kuih serabai ni dan rasa sendiri. Orang beratur dekat gerai ni boleh tahan ramai jugak. Aku beratur pon lama gila nak dapat kuih ni. Daripada nak beli 4 ketul je, terus aku order 10 ketul. Hahaha.

Rasa Kuih Serabai ni macam apam dan ada rasa masam-masam sikit. Texture lembut sama macam apam yang kita biasa makan cuma dia tebal sikit. Yang buatkan dia jadi lagi sedap, bila kita cicahkan serabai tu dengan kuah serawa. Ya Allah sedap sungguh nikmat makanan yang satu ini. Cuma, kuah dia agak manis sikit pada aku lah. Tapi, memang kena masam dan manis bergabung dalam mulut. Aku suka.

Gerai ni nama dia Serabai Istimewa. Aku tak tau berapa no gerai dia, tapi kalau korang nak try, senang je, carik dinding yang cat dia warna kuning terang. Haaa... dekat situ lah gerai kuih Serabai ni berada. Selain dari itu, gerai ni ada juga menjual kuih apam bakar. Ada juga yang order kuih tu. Next time datang lagi, boleh la aku try apam bakar pula.

Orang beratur ramai gila, sebab kuih serabai ni sentiasa habis. So kita akan dapat yang fresh dari kuali. Setiap orang order pon tak mengalah. Ada yang order 10, 20 30 sampai 50 biji pon ada yang makan situ atau pon bungkus bawak balik. Memang beratur sesaja lah korang kalau datang sini.

Satu tips, elok lah kalau nak try makan Serabai, sampai je dekat medan selera ni, lebih baik beratur dekat kuih ni dulu. Sebab kuih ni akan habis dengan sekelip mata je. Bila habis, terus tutup kedai. Hahaha. tak caya, mari aku tunjuk kan.
Gerai Serabai Istimewa
Nampak kedai tu? Ini bukan sebab tak bukak ye. Sebab dah tutup. Kedai lain still lagi beroperasi, gerai dia yang tutup di sebelah kiri tu. Tutup rapat macam tak bukak. Huhuhu. So, jangan lupa kalau sampai sini beratur kedai yang ni dulu ye. Kalau tidak menyesal tak dapat rasa nanti.
Apom
Gerai kedua aku singgah, adalah kedai Tosai & Apom. Gerai ni no 6. Yang ni orang India yang jual. Terus terang cakap, apom dia ni sedap sangat. Lepas tu kena pulak dengan kuah dal dia sedap bebenor oiii. Tapi agak frust sebab tak dapat nak merasa dia punya chutney. Mungkin dah habis atau dia rasa aku tak suka. Dan aku pon takde lah nak tanya dekat dia kan. Huhuhu.
Kuah dal lain dari yang lain. Tak cukup sikit sangat
Biasa aku panggil apam ni apom lenggang. Sebab kena lenggang-lenggang kan dalam kuali tu kan. Rasa dia lembut, hampir nak sama dengan kuih Serabai tadi tu. Cuma yang ni Apom manis. Orang India kalau buat kuih Apom ni memang champion. Ada juga tosai dekat gerai ni. Tapi aku tak order.

Ada satu uncle indian tu dia order Apom ni bungkus. Aku tengok aci tu bungkus untuk uncle tu kuah campur semua-semua nampak sedap je. Meleleh air liur. Dah la sedap. Yang ni  pon gerai dia cepat habis Apom dia. Kena laju-laju order dekat sini jugak. Kalau datang ramai-ramai kena bahagi tugas order macam-macam sebab sedap.
Gerai No. 6 - Tosai & Apom
Ini rupa kedai Tosai & Apom ni ok. Kalau sesat jugak tak jumpa gerai tak tau lah beta. Hahaha. Semua gerai-gerai dekat sini sebaris je. Boleh cuci mata dulu dari satu gerai, ke gerai yang lain.
Murtabak & Roti Canai ranggup
Wallaaa... gerai ketiga dan yang ni antara yang favorite aku juga. Mak datuk, tebal dan penuh isi murtabak tu. Memang sedap. Yang ni gerai Melayu. Sedap betul diorang buat murtabak dengan roti canai ni. Roti canai tu ranggup. Aku suka yang jenis ranggup kalau roti canai ni. Sebab tu jarang beli roti canai kalau hari-hari biasa. Hanya kedai terpilih je aku akan makan roti canai.
Jeruk bawang yang awesome
 Jeruk bawang dia memang sedang elok. Masam kena dengan selera aku. Tapi Mudme tak suka benda-benda masam. Dan bila diletakkan sekali bawang tu ke atas murtabak, terus dia tak makan area yang kena bawang tu. So, jenuh aku nak perabih bahagian murtabak yang kena bawang tu. Kalau dia asingkan bawang tu, mesti ok. Takde lah kembang basah je murtabak tu kan.

Roti canai memang aku beli untuk Mudme sebab tau dia suka makan roti canai. Nasib ada makanan yang dia boleh makan dekat sini. Dan itu lah sebab utama aku nak datang sini. Sebab variety yang ada dekat sini semua lapisan tekak boleh datang dan makan dekat sini. Bawak lah anak bini datang sini makan ok.
Gerai No. 10 - Wahid Roti Canai
Ini lah kedai roti canai tu. Kalau rasa-rasa tekak tu teringin nak makan murtabak dan roti canai, ringan-ringankan lah kaki tu berjalan ke gerai ni ok. Orang memang ramai. Tapi kalau kena timing ada waktu tetiba orang takde beratur. Time tu cepat-cepat lah korang mintak roti canai dan murtabak ya. Sebab murtabak dan roti canai ranggup dia sangat lazat. Sampai teringat-ingat.
Koay Teow Sup
Gerai keempat tak lain tak bukan adalah kedai kaoy teow sup ni. Nampak tak? Semua jenis makanan ada. Nak yang berkuah macam ni pon ada. You just name it. Aku ni, punya lah happy dapat datang dekat sini. Sebab semua jenis makanan dari yang kering sampai yang basah-basah berkuah macam ni ada. Takkan tak happy lagi kan. Kalau datang ramai-ramai dengan keluarga dekat sini memang best sangat-sangat.

Koay teow sup ni kategori power jugak. Kuah dia semua cukup rasa. Ayam banyak tak kedekut. Dekat gerai ni korang boleh pilih nak yang biasa macam aku order ni atau yang special. Yang biasa dengan yang special harga tak banyak beza. Dalam RM0.50 je perbezaan. Lepas tu boleh pilih nak mee, bihun atau koay teow macam aku ni kan. Dan ada pilihan daging atau pon ayam.

Rasa rempah sup pon sedap. Tak tawar tak masin. Just nice. Kalau yang hantu sup elok datang dekat sini. Boleh order je sup ayam atau sup daging. Kalau suka pedas pon, sambal ada disediakan jangan risau. Mintaklah banyak mana pon yang korang suka. The choice is yours. Rugi lah kalau datang sini tak pekena sup dekat sini weh. Aku sangat rekemen yang ini juga ok.
Gerai Sri Buana
Carik bunga raya ni nanti kalau teringin nak makan sup panas-panas ok. Nampak tak harga tak mahal. Dah lah rasa pon sedap. Tak rugi keluar duit dekat sini. Portion pon banyak jugak. Puas makan.
Nasi Lemuni
Gerai kelima cuollssss. Pernah dengar nama ni? Pernah ke makan nasi lemuni ni? Orang utara memang tau sangat lah nasi ni kan. Nasi Lemuni ni cara masak dia sama je dengan nasi lemak. Cuma ada tambah pucuk daun lemuni. Konsep masak memang hampir sama dengan nasi lemak. Makan pon ada yang dimakan bersama sambal udang atau sambal ikan bilis.

Yang dekat atas ni Nasi Lemuni ditambah sambal dan ikan kering. Tapi, disebabkan aku dah makan yang lebih sedap dari ni, so yang ni memang bagi aku biasa-biasa je. Rasa pon tak berlemak sangat, dan kurang rasa, Tawaq gitu. Sebab dah biasa makan mak Mudme masak. Power meletop kebabom kan, bila rasa yang ni, biasa-biasa je.

Tapi kepada yang teringin nak rasa sangat-sangat macam mana rasa Nasi Lemuni tu, boleh datang kat sini makan. Nasi Lemuni di dibungkus kecil-kecil. Harga pon dalam RM1.20- RM1.50 macam tu. Datang dan rasa sendiri dengan tekak korang. Mana lah tau korang rasa sedap ke kan. Tekak masing-masing tak sama kan.
Nasi Lemak Mak Tok
Haaa.. yang ni tak tipu. Sumpah sedap. Air tangan orang yang masak ni memang terasa macam Mak Tok kita yang dulu-dulu tu masak. Rasa keaslian nasi lemak macam orang dulu-dulu masak. Tak tau nak explain macam mana, tapi memang sedap. Dengan bau daun pisang nye lagi. Memang memanggil-mangil sangat. Rasa lemak pada nasi memang cukup dan sambal pon sedap dan menepati citarasa aku. Siap ada ikan lagi dekat atas nasi lemak. Yang ni I lioookkeee sangat. Mak Tok memang hebat. Tak kisah la yang buat tu anak dara ke apa, tapi nasi lemak mak tok ni memang terangkat.

Dekat gerai ni ada pelbagai nasi lemak yang dah siap dibungkus kecil-kecil. Disusun setinggi gunung Everest. Ada beberapa nasi lemak dari pelbagai orang yang hantar aku rasa. Sebab nasi lemak je ada beberapa jenis. nasi lemuni, nasi lain-lain pon ada yang dah disiap bungkus. Mee, bihun pon ada. Selain dari makanan berat, gerai ni pon ada jugak jual kuih muih. Jadi banyak pilihan boleh dipilih. Tunjuk-tunjuk je jari korang dekat makanan, nanti adik kakak dekat situ tolong bungkuskan.
Gerai No. 12 - Gerai Fuad Omar
Boleh singgah kedai ni jugak kalau jenis hantu nasik lemak kecil-kecil tu ye. Ada macam-macam makanan dekat gerai tu. Tinggal pilih je.

Ada juga kedai yang aku dah beratur nak makan tapi tak jadi. Salah satu sebabnya, orang terlalu ramai, dan cara tu macam kurang cekap sikit. Dan ada 2 kedai yang aku frust tak dapat nak rasa masakan dorang.
Gerai Lontong & Roti Jala
Gerai ni yang aku frust tak dapat rasa lontong dan roti jala. Sebab kurang cekap. Dan satu lagi orang beratur macam semut dekat gerai ni. Dan yang jaga depan pon sorang aja. Yang lain semua busy dekat belakang. Ok, yang pasti ini pon lah perlu beratur dulu jugak kalau teringin nak rasa lontong dan roti jala. Sebab pack giler kedai ni. Kompom sedap kan. Pelbagai bangsa beratur nak makan gerai ni. Frust giler adoiii.
Gerai No. 15 - Gerai Kak Mah
Bertambah frust dekat gerai ni pon tak dapat. Dekat Gerai Kak Mah ni aku nak try Pek Nga (lempeng kelapa) dengan Roti Jala juga. Tapi disebabkan aku beratur lama dekat kuih Serabai sebelah kiri tu, tak merasa aku nak makan Pek Nga dengan Roti Jala. Hadoiii.. terus I berlalu pegi selepas akak tu cakap dah abis dikkk. Hahaha. Almaklumlah, sorang-sorang ke hulu hilir mencari makanan. Hahaha.
Penuh meja. Meriah baq hang
Todiaaa.. Itu pon ada hati lagi nak frust-frust tak dapat makan Pek Nga dengan Roti Jala dan juga Lontong. Hahaha. Kalau semua tu ada, aku rasa, kena tompang meja sebelah ataupon letak je dekat kerusi batu kiri dan kanan aku tu. Jangan terkejut, walaupon penuh meja, kitorang makan habis tau semua tu. Nampak je macam banyak kan, padahal  makan dua orang just nice. Hujung-hujung je tolak sikit makanan masuk mulut. Hahaha.

Lepas makan sarapan dekat Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor ni, kami terus je naik kereta makan angin. Sebab perut masih kenyang dengan makanan penuh meja tadi, kami memang dah plan nak menyusuri jalan di Batu Ferringhi. Sepanjang perjalanan tergelak-gelak je dengar Mudme memperbodohkan aku dengan jokes-jokes utara dia. Paling menyampah bila dia terangkan macam mana "Batu Ferringhi" & "Tanjung" mendapat nama. Rasa nak luku je kepala beliau. Biarlah lawak itu menjadi kenangan dalam lubuk jantung aku ini.

Seronok lalu tepi laut. Tapi bila lalu dekat laluan bengkang-bengkok terus I terasa cemas. Walaupon cemas, masih ada kudrat ambil video sepanjang laluan. Tapi mulut tetap nak jerit jugak bila lalu bukit curam walaupon hati berbunga dapat tengok laut. Kami tak lama pon dekat situ. Kami terus ke Gurney Plaza Mall.

Saja nak cuci-cuci mata dan tawaf bagi makanan tadi turun. kedai masih banyak yang tutup. Sebab Chinese New Year kan. Kami tawaf dari tingkat bawah sampai lah tingkat atas sekali. Hahaha. Pusing-pusing sambil tunggu waktu Solat Zuhur. Lepas solat terus kami bergerak nak makan tengahari pula dekat area Georgetown. Ke mana kita makan lunch ni? Jom lah tengok lagi gambar makanan cuollsss.

2. Restoran Kapitan, Lebuh Chulia Georgetown

Pandai tak aku pilih tempat makan tengahari? Selepas berkilo-kilo kalori kau masukkan dalam perut dekat tempat sarapan pagi tadi, kau tambah pulak yang berat-berat dekat Restoran Kapitan ni. Cantikkk. Hahaha. Dari ferringhi, kami terus parking dekat belakang Balai Polis dekat Chowrasta sana nun. Lepas tu call Uber je. Free pulak tu. Sebab aku ada kupon Mudme bagi. Bahagia sangat hidup kan time tu.
Boleh tengok gambar tu kalau nak tau rupa makanan tu macam mana
Restoran Kapitan ni antara kedai makanan yang famous dekat Penang ni. Ada banyak lagi yang famous-famous dekat Penang ni, tapi aku dengan Mudme pilih Kapitan sebab memang plan nak pusing-pusing Lebuh Chulia dan satu jalan ke destinasi yang lain. Perut tak berapa nak lapar sangat, so lunch ni kami mengamalkan konsep sharing is caring. Jom tengok kami order apa.
Nasi Briyani Claypot
Amboiii... nama bukan main. Tapi sampai-sampai buh dalam mangkuk besi je. Hahaha. agaknya claypot semua dah abis pecah kot. Itu tak penting, yang penting rasa nasi briyani yang super sedap ni. Aku ni kategori clingy customer lah jugak. Kalau dah suka tu, memang asik nak makan tempat yang sama je. Tak peduli kalau orang cakap tang sana sedap, tang sini sedap. I dont care. Nak yang tu jugak. Nak jugak. Hahaha.

Rempah pada ayam tu sedap ya ampun. Daging ayam pon lembut. Yogurt dia bagi pon sedap macam biasa. Semua rasa masih sama. Tak lebih, tak kurang. Kalau yang dalam "claypot" macam ni dia mahal sikit. Tapi secara jujur, kalau datang makan sini, dan ambil jenis ni, jangan kongsi lah ye. Tak cukup lah. Kena makan sorang satu mangkuk. Baru padu beb. Share ni hanya sesuai di apply pada aku dengan Mudme yang baru lepas makan. Itu pon pada aku rasa macam tak cukup sikit. Tapi sikit je la rasa tak cukup tu.

Kalau ikutkan, Makan di Restoran Kapitan ni dah kali ke 3. 1 kali di Kapitan Perda, dan 2 kali dekat Kapitan Lebuh Chulia ni. Berapa kali makan pon tetap lah sedap. Masa kami sampai sini dalam pukul 2 lebih kot gitu, manusia punya lah ramai. Ruangan atas dia tak buka. Mungkin malam sahaja. Ramai keluarga berderet-deret datang sini makan. Penuh la meja. Tourist pon penuh juga. Jadi kita boleh tau lah tempat makan tu sedap ke tidak kan.

Masa kami sampai, geng-geng motor besar pon baru sampai nak makan dekat sini. Tunggu giliran nak makan dekat meja panjang. Jadi bertabah la kalau datang sini waktu kemuncak ok. Boleh menitis air mata akibat kelaparan dan terpaksa menunggu nanti.
Roti Naan Cheese & Ayam Tandoori
Ya ampunnn... siap ada makanan no. 2 lagi kau. Yang ni pon aku dengan Mudme share jugak. Aku saja je ambil ayam yang berlainan. Sebab nak rasa kesedapan yang berbeza. Ayam tandoori ni sama sedap dengan ayam nasi briyani tadi. Lembut, juicy dan cukup segala rempah ratus dia. Cuma, kalau makan dengan tangan, siap sedia lah warna merah tu melekat dekat tangan ok.

Roti  Naan Cheese dia pon lembut gebu je. Tak ranggup tapi ada sikit crispy je dekat keliling dia. Dekat dalam meleleh cheese nya. Bentuk pon tak sama dengan yang kita selalu makan dekat kedai-kedai mamak kan. Dia bentuk bujur. Dan sedikit kecik dari standard yang kita biasa makan. Tapi, jangan ukur pada saiz. Ukur pada kesedapan nikmatnya itu. Paham?
Mango Juice & Air Suam
Dekat sini, salah satu air yang kena cuba adalah Mango Jucie ni. Dia punya berlemak, toksah cakap lah. Penuh dalam mulut melting habis. Minum satu tak puas, tapi tak murah sangat pon air ni. Hahaha. Tak ingat berapa harga Mango Juice ni. Satu lagi, kalau datang Kapitan ni, mesti cuba susu badam. Special sekali dekat sini. Tapi, masa kami datang ni, susu tu tak ready lagi. Biasa nya malam baru ada. Nak tau susu tu available ke tidak, dekat dalam Restoran tu ada kaunter air susu badam tu. Kalau tak bukak, maknanya takde lah air tu time tu. Kalau ada susu dan ada orang jaga, maknanya air susu badam tu available ye. Jangan tanya-tanya banyak kali, nanti mamak tu tekup muka korang dengan Roti Naan Garlic. Hahaha.

Makan pulak dengan bawang dan kuah pudina dan kuah dal, nak apa lagi kan? Layankan aje lah kesedapan yang tidak dapat disangkal lagi dari Restoran Kapitan ni. Kalau ikut nafsu memang nak tambah lagi, Tapi sebab pikirkan dah makan banyak sangat tadi dari pagi, terus I batalkan niat (nafsu) ku itu.
Pekerja cool je walaupon orang ramai kat luar
Restoran Kapitan ni memang meriah dengan makanan. Tak putus-putus pekerja hantar makanan dari meja ke meja. Nak kata lambat order sampai tu, aku ceria je sepanjang dekat situ. Takde adengan air tumpah di meja akibat makanan tak sampai-sampai. Hahaha. Jadi, seramai mana manusia datang makan pon, tetap lah laju je makanan sampai.
Beratur Nasi Briyani "Claypot" dekat kaunter
Punyalah banyak orang makan Nasi Briyani "Claypot" ni. Salah sorang darinya aku lah. Macam mana lah tak terliur kalau duduk dekat dengan kaunter. Penuh ruang dengan aroma Nasi Briyani Claypot ni ha. Korang terliur tak?
Roti Naan sampai dua biji customer order sebab punya lah sedap kan
Tak cukup satu, kena order dua dekat sini roti naan ye. Sama juga perasaan aku ni ha. Tak cukup je rasa makan sebab sedap sangat. Nasib lah aku menahan nafsu saka aku dengan hebat sekali. Kihkihkih. Puas dapat makan dekat Restoran Kapitan ni ha. Jangan tunggu lagi korang. Seranggg!
Happy wife
I dah kenyang, jom lah cuolls jalan kaki pusing-pusing Lebuh Chulia. Mana tau, ada space lagi boleh makan-makan lagi lepas tu. Hahaha. Sambil-sambil berjalan kaki boleh la bakar lemak sikit. Dah load makanan punya lah banyak ni kan.
Tips nak makan banyak, kena jalan pon banyak-banyak ok
Langit biru. Bangunan ASAS DUNIA di Penang
Oh langit biru. Cantik sangat cuaca waktu ni. 
Jalan-jalan masa Chinese New Year, masih banyak kedai tutup. Jadi jalan lengang lah sikit. Tak sesak sangat. Penuh dengan tourist je macam aku ni ha. Hahaha.
Panas tau tak. Mana boleh bukak mata. Habis hitam kulit
Jalan punya jalan menyusuri Lebuh Chulia, ternampak satu lorong cantik dengan mural-mural orang terkenal. Aku pon memang suka ambil gambar, berhentilah kami di lorong itu.
Hello Monalisa
Abang Bean laju kayuh takut I tumpang
Berat lah Pakcik ni
Why so serius? Aku dah habis manis dah dekat situ. Hahaha
Lorong yang penuh mural cantik-cantik sangat
Actually, ini lah lorong kecil nak pegi ke Grand Swiss Hotel. Yang belakang tu, Rumah Banglo besar dua tingkat tu lah hotel nya. Pandai betul pihak hotel ni gunakan idea kiri kanan lorong ni dengan lukisan mural orang-orang ternama ni. Street wall painting ni dilukis oleh Yakuzart90. Korang boleh google atau search dekat FB. memang ada gambar-gambar yg dia share hasil lukisan dia. Aku pon teruja tengok wall dia lukis ni. Nampak real I tell you.

Dah puas berjalan, kami berhenti minum petang pula. Dekat mana? Jom tengok dekat bawah ni hah.
Ramai orang tengah menikmati minum petang
Penang Cold Drinks - Ais Tingkap
Ais Tingkap? Apahal pelik sangat? Hahaha. Aku pon hampir tak percaya nama dia Ais Tingkap. Dalam banyak-banyak nama, ini la nama paling win sekali. Huhuhu. Gerai ni terletak betul-betul di lorong sebelah Chowrasta tu. Yang banyak jual jeruk-jeruk tu. Gerai ni di lorong sebelah kanan. Kalau korang berdiri di depan chowrasta, lorong gerai ni terletak di sebelah kanan bangunan. Pergi je lalu, nanti nampak lah gerai Ais Tingkap ni. Macam mana rupa dia? Ni ha aku share kan dengan korang ye.
Ais Tingkap (Window Sherbet)
Air ni sangat unik ok. Hanya terdapat dekat Penang je, tempat lain dalam Malaysia takde jual. Kecuali korang buat sendiri je dekat rumah. Haaa. Sekali pandang nampak macam Air Sirap yang diletak biji selasih kan atau orang panggil telur katak, tapi Ais Tingkap ni ada tambahan lain juga ok. Ada isi kelapa juga dalam Ais Tingkap ni.

Air ini pon sebenarnya ada unsur-unsur sihat juga. Sebab dalam ni ada diletakkan sekali dengan kembang semangkuk. Kembang semangkuk kan biasa orang cakap untuk menyejukkan badan. Wangi sirap ros tu sendiri dah menaikan bau pada Ais Tingkap ni. Yang penting, dia guna ais sagat. Itu yang lebih memberi unsur-unsur refreshing di situ. Ais Tingkap ni nak buat bukan senang. Maksudnya banyak step by step. Sebab tu lambat sikit sampai kalau kita order air ni.
Refreshing
Tengok je pon dah cukup dahaga. Disebabkan sedap sangat, aku order Ais Tingkap ni satu lagi untuk memuaskan nafsu tekak. Yang ni tak mahal. RM1.20 lebih kurang macam tu harga dia. Takkan la harga semurah ini dan rasa sesedap ini nak minum satu cawan je kan. Rugi lah beta. Kihkihkih.
Nikmat nya dapat minum Ais Tingkap
Best Cendol in Georgetown Penang
Pergghhh... wahai cendol, kenapa kau sedap sangat? Cendol dekat gerai ni first class wa cakap sama lu. Power seyyy. Gula merah dia memang meletop sebab tu lah  cendol ni jadi sedap. Dah la gula sedap, santan pekat, memang sesuai la untuk peminat cendol macam aku ni. Teringat-ingat cendol ni sampai harini.
Pekat, likat, melekat dekat anak tekak
Kalau nak minum cendol di Chowrasta, cuba yang ni je, jangan pegi tempat lain. Sebab rasa dia semua cukup. Memang berbaloi kalau siapa yang order cendol dekat gerai ni. AKu sure akan carik cendol ni kalau lalu di Chowrasta. Harap-harap time tu bukak lah ye.
Cucur Udang & Tauhu Goreng
Minum petang tak akan lengkap tanpa kunyah-kunyah. Kannn? Jadi aku pon order lah Cucur Udang & Tauhu Goreng ni. Memang sedap ranggup. Makan pulak panas-panas. Cucur ni dekat gerai hujung sikit. Tapi kita boleh je order dekat gerai lain, dan duduk di kedai Ais Tingkap ni. Sama juga, duduk di kedai cucur udang, dan order Ais Tingkap. No hal bro.
Gerai Cucur Udang & Tauhu Goreng
Pakcik ni goreng cucur udang laju. Stok memang takde. Sebab tak dan nak letak abis orang order. Jadi kita sentiasa dapat yang panas-panas. Tunggu sikit je. Tak lama pon. Asalkan cucur udang ranggup dan sedap dah kira ok bagi aku. Cucur udang cicah dengan sambal kacang tu memang nallaaa. Yang ni pon mesti cuba ye. Tak cuba tak lengkap lah minum petang korang nanti.

Kalau korang ada niat jalan-jalan Penang. Dan duduk lama lepas tu pening nak pikirkan tempat mana nak makan dan nak susun jadual, boleh la ikut day trip aku ni. Atleast, satu hari korang dah terisi dengan aktiviti makan kan. Dekat Penang ni memang banyak sangat makanan yang sedap dan best belaka. Korang google aje confirm keluar berderet-deret nama tempat makan yang best dekat Penang.

Aku just share tempat yang aku dah pegi, nanti ada masa lapang lagi, aku akan jelajah tempat makan menarik yang lain pula di Penang ini. Memang tak dinafikan, dekat Penang makanan semua super awesome. Kalau korang peminat makanan, jangan lepaskan peluang datang ke Penang ye. Ok lah. Sambung lagi nanti. Kalau ada tempat makan lain yang menarik lagi, aku akan share lagi dengan korang. Byee.

Eh lupa pulak nak share sikit lagi. Tadi dekat atas ada cakap nak bagi cerita bonus sikit kan. Esoknya, aku pegi makan dekat Bukit Mertajam. Ali Nasi Kandar nama dia. Memang tak ingat nak menambah lemak dari hari ke sehari. Huhuhu.
Ali Nasi Kandar
Kedai Ali Nasi Kandar ni terletak dekat sangat dengan Taxi Stand Bukit Mertajam. Aku selalu ikut mak Mudme pegi market BM. Dekat juga dengan Ali Nasi Kandar ni. Tapi tak pernah pon try makan dekat sini. Sebenarnya aku nak kena ambil kawan dekat Stesen Keretapi dekat BM ni. Ini pon tanya Buttet kalau dekat area Bukit Mertajam ni makan nasi kandar dekat mana yang sedap. Dia cakap sini. Ok Balun je.
Taxi Stand di sebelah kanan
Ini pintu gerbang yang bertentangan dengan Restoran Ali Nasi Kandar. So, kalau datang sini, cari je pintu gerbang tu atau taxi stand sebelah kanan ni.
Beratur panjang nak makan nasi kandar
Masa sampai sini, lebih kurang pukul 1.30pm. Mak aih, orang dah ramai beratur dekat luar. Kedai dia kecik je. Tapi disebabkan nak jugak makan, beratur juga lah kami. Meja pon tak banyak. Tapi korang tak payah cop-cop tempat ye dekat sini. Bagi je orang lain makan dulu. Sebab nak beratur tu, by the time korang dah dapat makanan, ada je orang yang bangun baru sudah makan. Jangan bawa perangai sakai ye masuk kedai makan. Hahaha.
Semangat beratur nak makan nasi kandar
Bahagian dalam kedai
Full house, tapi kau tabah je lah beratur dulu ye ambil nasi. Aku pon dapat duduk sebelah kanan ni. Elok je dapat makanan, Makcik ni dengan Pakcik dah selesai makan. Dapat duduk. Alhamdulillah. Huhuhu.
Nasi Kandar Ayam Bawang
Mmm.. mmm... mmm. Aku memang tak bersalah makan sebanyak ini. Buttet yang salah sebab suggest makan dekat sini. Mana tahan tengok semua orang order Ayam Bawang. Dekat sini aku rasa specialty dia ayam bawang. Sebab semua orang mostly order yang sama je. Tapi, sotong, udang semua cepat abis. Sampai giliran aku sotong dan udang semua habis dikebas oleh orang-orang depan. Butet dah pesan, kalau datang sini mintak bawang lebih. Aku pon cakap lah nak bawang lebih. Todiiiaaa... hambek kau kuah bawang kicap lebih. Banyak penuh pinggan. Jenuh oi nak perabih. Acah-acah jenuh je tu. Hahaha.
Senyuman blurrr
Apa ni blurrr. Orang kalau dah lapar, kau jangan paksa-paksa ambil gambar. Nanti blur abis. Asal satu snap je cukup janji hasrat tercapai kan. Hahaha.

Ayam bawang dia memang stone habis makan. Memang lah terbaik. Nasib lah 2 hari ni dapat makan yang sedap-sedap aja. Puas jalan-jalan makan di Penang. Tak terdaya dah rasa nak makan apa-apa lagi (tipu je). Nampak tak penuh pinggan tu. Kalau nasi boleh je cakap separuh, tapi acah-acah salahkan mamak bubuh nasi banyak. Kihkihkih.

Senyuman manis ku beri esoknya naik 1kg. Ok lah 2 hari berjalan naik 1kg. tapi kalau didarab kan lagi berhari-hari, nanges lah kau nakkkk. Ok yang ni betul-betul byeee.

p/s: Balik je dari jalan-jalan Penang semalam nya, terus dapat surat cinta saman, sebab tak letak kupon parking. Terus hilang bahagia tadi sekejap dapat naik Uber free. Hahaha.

You Might Also Like

4 comments

  1. Hang blum kena sup herba di kedia cina butterworth..dan ais kacang maklom hahahahah

    ReplyDelete
  2. dulu duduk penang lama2 pon tak sempat nak pergi foodhunt. dah tak duduk penang baru rasa menyesal dulu tak food hunt bebanyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, still boleh plan jjcm dekat Penang kan. Huhuhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook