Resepi Simple Dan Mesti Jadi #7: Napa Cabbage Kimchi / Tongbaechu-kimchi / Kimchi Kobis Napa

10:46 am

Assalamualaikum...

16 Februari 2017

Hari ni aku nak share dengan korang satu lagi resepi kimchi iaitu Napa Cabbage Kimchi. Semalam aku dah share kan dengan korang resepi Chive Kimchi / Buchu-kimchi / Kimchi Kucai boleh refer dekat link tu kalau nak tengok resepi nya ok. So tanpa membuang masa mari aku share kan bahan-bahan dan cara -cara membuat Napa Cabbage Kimchi.

Napa Cabbage Kimchi / Tongbaechu-kimchi

Napa Cabbage Kimchi (Tongbaechu-kimchi)
Bahan-bahan:
2.5kg Kobis Napa
1/2 Cawan Garam
400ml Air Putih
1/3 Cawan Tepung Gandum
1/4 Cawan Gula Putih
1/2 Cawan Bawang Putih
2 Inci Halia
1/2 Cawan Bawang Besar
1/2 Cawan Sos Ikan
1 + 1/4 Cawan Pepper Flakes
5  Batang Daun Bawang (dipotong serong)
1/4 Cawan Lobak Merak (dipotong saiz mancis)
1 Cawan Lobak Putih (dipotong saiz mancis)
Blender

Cara-caranya:
1. Belah kobis memanjang menjadi dua bahagian. Kemudian, potong lagi kobis secara memanjang kepada setiap dua bahagian. Kemudian, potong kubis kecil mengikut kepingan bite size yang anda gemari.

2. Rendam kesemua kobis yang telah dipotong tadi ke dalam besen yang besar dan basuh kobis sehingga bersih dan toskan.

3. Taburkan garam sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi kobis yang telah ditoskan tadi dan gaul rata. Pastikan garam mengenai kesemua kobis. Gaul keseluruhan kobis sehingga sebati. Ketepikan.

Notes:
Kobis harus diterbalikkan setiap 30 minit untuk memastikan garam bercampur dengan semua kobis yang telah dipotong tadi. Ulang sebanyak 3 kali setiap 30 minit. Jangan gaul dengan kuat kerana ia akan mengakibatkan kobis lebam. Gaul secara perlahan-lahan sahaja sehingga semua sebati.

4. Sementara itu, di dalam periuk kecil, masukkan tepung gandum tadi bersama dengan air putih, dan kacaukan bagi sebati. Selepas itu, panaskan di atas dapur dengan mengunakan api sederhana. Kacau dalam beberapa minit sehingga tepung berubah agak pekat dan sedikit menggelegak. Dan masukkan gula putih. Kacau sehingga sebati, dan matikan api. Ketepikan dalam 30 minit sehingga betul-betul sejuk.

5. Masukkan bawang puith, halia, bawang besar dan sos ikan ke dalam blender. Kisar bahan-bahan selama 1 minit sehingga sebati.

6. Di dalam bekas yang lain, campurkan bahan-bahan blender tadi bersama dengan bancuhan tepung yang sudah disejukkan dan pepper flakes tadi dan gaulkan sama rata untuk dijadikan paste.

7. Masukkan daun bawang, lobak merah dan lobak putih ke dalam adunan paste tadi dan gaul rata kesemua bahan-bahan ini dan ketepikan.

8. Bilas bersih-bersih kobis yang telah digaramkan tadi untuk membuang lebihan air garam yang ada. Basuh lebih kurang 3 kali untuk benar-benar bersih dan toskan.

9. Di dalam bekas yang kering, masukkan kobis sedikit demi sedikit dan diselangkan dengan bahan paste tadi. Gaul paste tadi agar rata mengenai kesemua kobis. Ulang langkah ini sehingga kobis dan paste tadi habis.

10. Masukkan kimchi kobis yang telah siap digaul tadi ke dalam bekas kedap udara atau pon balang kedap udara. Ketika memasukkan kimchi ke dalam balang atau bekas kedap udara, pastikan anda menekan kimchi supaya tiada ruang udara. Ini untuk memastikan kimchi anda boleh melalui proses penapaian (fermented) yang baik.

11. Kimchi boleh juga terus di makan ataupun dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda inginkan kimchi kobis anda berasa masam, letakkan kimchi kobis anda di luar peti ais dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Anda akan dapat lihat dan rasa hasilnya sedikit masam. Tapi, makan selepas siap juga sedap. Selamat mencuba.

Boleh refer kepada link di bawah kalau teringin nak bagi air liur korang kecor tengok Napa Cabbage Kimchi. Hahaha. Ok byeee!


Napa Cabbage Kimchi / Tongbaechu-kimchi / Kimchi Kobis Napa

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook