Assalamualaikum...
Nak masak apa lunch ni? Dalam peti ada ayam je? Takkan asik nak goreng je kerja nya. Kalau aku jadi Mudme aku pon naik bosan. Haaa... macam tuh lah aku pening tadi nak masak lunch untuk Aku, Mak & Mudme. Dah la harini Jumaat, dah sah-sah la Mudme balik awal. Aku pulak pukul 10am termenung lagi tak tau nak masak lauk apa. Pening la nak pikir pasal menu ni. Nak-nak pulak suri rumah macam aku ni. Hari-hari kena lah pikir benda apa nak masak.
Tetiba teringat yang aku tak pernah lagi masak stew. Jadi sedang elok lah dalam peti tu ada ayam, so marilah kita masak Stew Ayam ye kawan-kawan. Aku ni kalau bab memasak. memang kalau boleh nak buat yang sesimple boleh. Tapi walaupon simple, biarlah ada rasa nye kan. Ni nak yang simple tapi rasa macam air je lebih baik aku rebus je ayam tuh kan sambil hirup sup air tuh. Hahaha. Sekarang aku nak tunjuk korang cara-cara nak masak Stew Ayam yang simple dan mesti jadi punya lah. Ewahhh.
Lepas siap bahan-bahan untuk menumis, boleh lah start potong carrot, tomato dan bahan-bahan yang lain pula.
Korang boleh potong carrot mengikut citarasa masing-masing. Macam aku, aku suka kalau carrot aku dipotong sedikit tebal. Dan biasanya aku akan potong bulat-bulat dan sedikit tebal, lepas tu aku akan hiris memanjang pulang. Sebab tuh rupanya macam yang korang nampak sekarang. Tapi terpulangkan kan. Ada orang suka kalau carrot dia bulat-bulat je. Dan ada yang suka separuh bulat dan nipis-nipis. The choice is yours.
Bila semua bahan-bahan tumis dengan sayur-sayuran dah siap potong dan hiris, ketepikan dulu semua-semua bahan tuh. Time ni korang boleh la pergi basuh ayam bersih-bersih ye. Actually aku selalu basuh ayam dulu. Tapi sebab kan ayam tuh masih keras, so aku buat bahagian lain dulu. Tuh yang siap semua bahan-bahan tumis dan sayur-sayuran tadi tuh.
Sini nak bagi sikit tips membasuh ayam. Korang kalau takde masa takpe lah.. basuh je terus ayam tu bersih-bersih dengan air. Tapi kalau yang memang ada masa dekat rumah dan takde buat apa-apa, jadikalah membasuh ayam sebagai salah satu kerja tambahan korang ye. Hahaha. Tips nye bukan lah sesuatu yang menakjubkan pon, just ambik sikit tepun gandum, lepas tuh lumurkan ke seluruh ayam yang korang ready nak basuh tuh. Biarkan seketikan dalam 10minit macam tuh. Time ni boleh la tengok tv sekejap drama tv3. Lepas dah 10 minit tuh rendam ayam tadi dalam air. Pastu korang cuci la ayam tuh macam biasa. Nanti dapat tengok segala lendir, kuning-kuning dekat celah-celah ayam tuh dia akan keluar dengan sendirinya. So nanti korang punya ayam akan bersinar seperti ayam aku di atas ini. Hahaha. *Nak jugak tuh*
Bila ayam pon dah ready, ambil satu mangkuk kosong, isi 1/2 cawan air ke dalam bekas tadi. Lepas tuh masukkan bahan-bahan yang dekat bawah ni pulak ye.
Haaa.. dah siap kan beberapa bahan. Simple kan. Bagi aku simple la. Sebab bahan dia tak banyak. Ok sudah tuh bahan tumis tadi dicuci dan dibilas bagi bersih ok.
Semua bahan untuk masak dah ready. Sekarang jom kita tengok cara-cara nak masak. Ok. Ready. Go!
Waktu ni korang dah boleh tambahkan garam ye. Ikut tahap kemasinan korang lah ye. Lepas dah bubuh garam, perlahankan api ke tahap yang paling perlahan. Biar dia masak secara perlahan-lahan. Lebih kurang 20-30 minit. Kalau yang tak tahan nak tunggu lama tuh 10-15minit je sudah lah. Tapi lagi lama korang tunggu lagi pekat kuah dia jadi dan lagi sedap sebab ayam punya aroma yang sedap sudah keluar meresapi semua bahan-bahan yang ada dalam kuali itu. Sabar kan selalu dapat lebih keberuntungan nye. Hahaha. Ini betul ye tak tipu apa yang aku cakap ni.
Aku memang suka masukkan daun bawang dan daun sup lebih kurang 3-4 minit sebelum masakan aku siap. Aku memang tak makan daun sup dan daun bawang yang tak dimasak. Kecuali dekat kedai lah. Sebab aku tak tau kan. Kalau aku sendiri yang masak, memang aku akan masukkan siap-siap berberapa minit sebelum masakan siap. Sebab bau dia lebih sedap dan rasa pon berbeza tau. Kalau tak percaya nanti korang cuba lah ye. Lepas 30 minit, dah boleh angkat dan hidangkan kepada keluarga tercinta atau tetamu ketika mengadakan majlis rumak terbuka.
Simple kan cara aku memasak? Aku memang tak suka masak benda-benda yang remeh. kecuali kalau aku teringin sangat nak makan. Haaa... time tu aku boleh buat semua benda yang orang lain pon rasa malas nak buat. Tapi kebiasaan nye aku memang lah malas je memanjang. Tak caya tanye lah Mudme. Memang selalu pon aku goreng je lauk-lauk yang ada. Hahaha. Takpe lah janji kenyang kan. *Kata kau*. Aku harap kepada yang tak pandai memasak tuh, jangan lah jadikan alasan tak pandai tuh sampai bila-bila ye. Sebab nanti kalau korang dah kawin baru tau langit tu tinggi ke rendah bila dah masuk ke dapur bersama dengan mak mertua. Hahaha. Selamat mencuba resepi simple dan mesti jadi ni ye. Katakan mudah kepada Stew Ayam.
p/s: Stay tuned kalau nak belajar lebih banyak lagi resepi-resepi yang simple dan yang paling penting sekali mesti jadi.
Resepi simple dan mesti jadi:
#1-Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam
#2-Sandwich Monte Cristo
Nak masak apa lunch ni? Dalam peti ada ayam je? Takkan asik nak goreng je kerja nya. Kalau aku jadi Mudme aku pon naik bosan. Haaa... macam tuh lah aku pening tadi nak masak lunch untuk Aku, Mak & Mudme. Dah la harini Jumaat, dah sah-sah la Mudme balik awal. Aku pulak pukul 10am termenung lagi tak tau nak masak lauk apa. Pening la nak pikir pasal menu ni. Nak-nak pulak suri rumah macam aku ni. Hari-hari kena lah pikir benda apa nak masak.
Tetiba teringat yang aku tak pernah lagi masak stew. Jadi sedang elok lah dalam peti tu ada ayam, so marilah kita masak Stew Ayam ye kawan-kawan. Aku ni kalau bab memasak. memang kalau boleh nak buat yang sesimple boleh. Tapi walaupon simple, biarlah ada rasa nye kan. Ni nak yang simple tapi rasa macam air je lebih baik aku rebus je ayam tuh kan sambil hirup sup air tuh. Hahaha. Sekarang aku nak tunjuk korang cara-cara nak masak Stew Ayam yang simple dan mesti jadi punya lah. Ewahhh.
![]() |
| Kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Stew Ayam |
Perkara pertama yang selalu aku buat adalah hiris dulu bahan-bahan yang hendak ditumis. Sebab yang itu jugak lah nanti kita nak masukkan dulu kan dalam kuali nanti pon. Jom tengok apa bahan tumis untuk masak Stew Ayam ni.
![]() |
| 1 biji cili merah dihiris nipis |
![]() |
| 2 ulas bawang putih dihiris nipis |
![]() |
| 2cm halia dihiris nipis |
![]() |
| 5 ulas bawang merah dihiris nipis |
![]() |
| Inilah hasil kesemua bahan-bahan tumis yang sudah siap dihiris nipis |
![]() |
| Carrot yang siap di potong |
![]() |
| Tomato yang siap dibelah |
![]() |
| Sayur-sayuran yang akan di tambah didalam stew ayam nanti |
![]() |
| Ayam yang sedia untuk dibasuh |
![]() |
| 500g ayam yang siap dicuci |
![]() |
| I sudu teh tepung jagung |
![]() |
| 1 sudu teh coarse black pepper. Boleh jugak ambik biji lada hitam, lepas tuh tumbuk kasar ye |
![]() |
| Air yang telah dicampur dengan lada hitam dan tepung jagung |
![]() |
| Kacau bancuhan hingga sebati |
![]() |
| Siap dicuci & ditapis semua bahan untuk menumis |
![]() |
| Masukkan semua bahan tumis ke dalam kuali. Tumis bahan sehingga nampak sedikit layu |
![]() |
| Masukkan ayam ke dalam kuali selepas bahan tumis tadi sedikit layu. |
![]() |
| Gaul ayam sekata. Kacau perlahan-lahan sehingga ayam sedikit garing |
![]() |
| Bila ayam sudah agak garing, masukkan carrot dan tomato tadi. Kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan tomato pecah |
![]() |
| Bila carrot sudah agak lembut, barulah masukkan bancuhan air yang telah dicampur dengan tepung jagung, lada hitam tadi ke dalam ayam dan curah sekata |
![]() |
| Tadaa... inilah rupanya sebaik lepas dicampurkan bancuhan air tadi ke dalam ayam aku tadi |
![]() |
| Masukkan daun bawang dan daun sup ke dalam stew ayam yang sudah dimasak |
Simple kan cara aku memasak? Aku memang tak suka masak benda-benda yang remeh. kecuali kalau aku teringin sangat nak makan. Haaa... time tu aku boleh buat semua benda yang orang lain pon rasa malas nak buat. Tapi kebiasaan nye aku memang lah malas je memanjang. Tak caya tanye lah Mudme. Memang selalu pon aku goreng je lauk-lauk yang ada. Hahaha. Takpe lah janji kenyang kan. *Kata kau*. Aku harap kepada yang tak pandai memasak tuh, jangan lah jadikan alasan tak pandai tuh sampai bila-bila ye. Sebab nanti kalau korang dah kawin baru tau langit tu tinggi ke rendah bila dah masuk ke dapur bersama dengan mak mertua. Hahaha. Selamat mencuba resepi simple dan mesti jadi ni ye. Katakan mudah kepada Stew Ayam.
p/s: Stay tuned kalau nak belajar lebih banyak lagi resepi-resepi yang simple dan yang paling penting sekali mesti jadi.
Resepi simple dan mesti jadi:
#1-Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam
#2-Sandwich Monte Cristo
- 4:56 pm
- 8 Comments

























