Resepi Simple Dan Mesti Jadi #2: Sandwich Monte Cristo
9:37 amAssalamualaikum...
Berangan! Itu ajelah kerja kau tak sudah2 kan. Hajat besar nak ke Monte cristo. Padahal nan hado. Yang kau mampu hanyalah makan Monte Cristo Sandwich aje. Hahaha. Jangan terpedaya dengan nama Montecristo dengan Monte Cristo Sandwich ye. Montecristo tuh nama tempat ye... yang Monte Cristo Sandwich tuh pulak sejenis makanan orang barat.
Malam tadi masa tengah duduk2 Mudme cakap dia nak masak malam ni. Aku macam APA? Nak masak? Biar betul dia ni. Selalu nak tolong kat dapur pon bukan main payah lagi. Kalau tak mintak tolong memang takde lah bayang dia dekat dapur. Kalau ada pon sebab dia nak masuk bilik air nak melepaskan hajat je yang terpaksa masuk ke dapur jugak.
Jadi aku pon tanya la kat dia "B nak masak mende?". Dia jawab "Sandwich telur with chicken slice bla.. bla.. bla" (dia merapu create nama ntah pape mende ntah). dia sambung cakap "Ma tak yah bagi tau B apa resepi dia and macam mana nak masak dia biar B buat sendiri resepi B, nanti Ma makan je. Kita tengok jadi macam mana nanti". dia cakap penuh konpiden ok. Eh kau ni beria penuh konpiden kang ntah mende2 lah plak dia masak kang tu. Pastu aku jawab "ok". Abis cite. Pastu masing2 buat hal sendiri.
Hati aku tak senang dah. Dalam otak dok pikir mende lah dia ni nak masak. Betul ke nih? Kang aku yang tak lalu nak makan pulak. Pastuh aku teringat lah. Terus aku cakap dekat Mudme "Apa kata B buat Monte Cristo Sandwich tuh". Cepat2 dia jawab "Tak nak lah B tau lah nak buat apa nanti". Erkhhh lain macam ni. Tahap kompiden tinggi semacam. Tak leh jadi ni. Aku pon try lagi selit skit2 cakap "ok ma tolong B masak. Kita buat sama2 dekat dapur. Cepat sikit masak". Terus dia cakap "Ma nak masak Monte Cristo tuh ke? Ok lah Ma masak lah". Tetiba kan.. tadi beria2 dia cakap penuh konpiden nak masak resepi sendiri. Alih2 sudahnye aku pulak yang kena masak kan.
Lepas solat semua aku terus pegi kedai beli telur. Sepapan ok. Pastu tengah nak siap2 kan bahan masak, Ijan datang. Dia nak pinjam studio lighting nak shoot anak dia yang baru lahir. Sembang2 kejap pastu dia pon balik. Aku pon terus je sediakan bahan2 nak buat monte cristo sandwich tuh. Di sebabkan tetiba aku pulak yang kena masak, terus aku suruh Mudme ambik gambar aku tengah masak. Sebab aku nak masuk kat sini. Hahaha.
Sebelum aku tunjuk gambar2 nak buat menu ni... meh sini aku cite skit kisah aku dan Monte Cristo ini. Aku suke makan Monte Cristo ni dah lama dah sebenarnya. Masa first time rasa dulu dekat Delicious. Nama dorang bagi dekat Delicious tuh Classic Reuben Sandwich. Kalau pegi situ, memang aku akan order benda nih je lah. Pastu tak lama lepas tuh dia tak buat dah dekat situ. Pahal ntah aku pon tak tau. Lama mengidam nak makan tak dapat2. Sekali one day aku try dekat Cafe Lapis, Wangsa Maju. Masa tuh Cafe ni baru bukak sangat2.
So aku pon order lah. Sekali... sama ok rasa dia. Tetiba terus teringat. Eh.. eh.. ni bukan sama macam Classic Rueben Sandwich yang aku makan tuh ke? Tapi nama dia kat Cafe Lapis tuh dorang bagi nama Monte Cristo Sandwich. Aku pon tak tunggu terus google. Sekali sama ok rupanya benda alah tuh. Nama je lain. Jadi sejak dari itu asik lah melawat Cafe Lapis nak makan sandwich nih. Aku kalau suke sesuatu menu nanti aku pon akan gatal tangan try jugak buat atleast sekali.
Ewahhhh... panjang plak aku berdrama kan.. dah jom aku share cara2 nak buat Monte Cristo Sandwich di Isma's Kitchen. Ha gituuu..
Roti gardenia putih. Aku guna 6 keping |
1 biji telur. Aku guna gred B |
Black pepper coarse. Nak tumbuh sendiri pon boleh. 1/2 sudu makan je diperlukan |
Susu. Tak kesah la nak pakai susu apa. Kebetulan masa pegi kedai ini je ada. 1/2 cawan susu je diperlukan |
Cheese. Actually slice cheese aku dah habis. Yang ada pizza topping ni je. Boleh guna jugak |
Tepung. Aku guna tepung gandum aje. 3 sudu makan diperlukan |
Garam. 1 sudu teh |
Soda bikarbonat. Aku guna 1 sudu makan |
Mayonis. Untuk sapu pada roti nanti. Ikut suka nak banyak ke sikit. Terpulang |
Chicken Slice. Terpulang nak pilih apa yang korang suka. Turkey ham boleh, beef slice boleh, chicken/beef pepperoni boleh. Yang ni aku guna 3 slices |
Pencungkil lidi Nak buat mende? congkel lebihan makanan ke? Hahaha. Tak lah! Yang ni nak guna untuk sematkan roti kemudian nanti |
Sediakan bekas saiz medium, masukkan telur dengan susu. Pukul susu dengan telur bagi sebati |
Masukkan black pepper coarse tadi |
Masukkan soda bikarbonat |
campak jugak garam |
Dan akhir sekali campur tepung sebanyak 3 sudu makan tadi |
Last sekali kacau sebati semua bahan2 yang dah dicampurkan tadi. Kacau adunan sampai hilang ketul2 tepung tuh ye. Lepas tu ketepikan sekejap. |
Sementara tu, sapu mayonis pada kesemua 6 keping roti. Sapu rata2 ye. Kalau nak lebih ke kurang ke terpulang. Korang tentukan lah. Sebab nye nanti korang jugak yang nak makan |
Telangkupkan kedua2 roti tadi. Lepas tu potong dua untuk jadikan bentuk tiga segi. |
Ambil pencungkil lidi cucuk kan setiap penjuru roti sandwich tadi supaya roti duduk elok2 tak bergerak2 masa nak masak nanti |
Tadaa... siap dah 3 set roti. Just ulang je step dekat atas tuh untuk another 2 set yang tinggal tadi. Kaedah dia sama je ok |
Bila api dah cukup panas, kecik kan api sedikit. Ambik sandwich rendam dalam bancuhan tepung tadi. Make sure rendam semua roti sandwich tuh biar sekata. |
Masak sampai golden brown macam kat gambar atas ni. Jangan tinggalkan sandwich. Kena tunggu sebab takut nanti hangit. Dah nampak color dah warna golden tuh setiap side terus angkat |
By the time sandwich dah siap dimasak. Wedges pon sedang elok masak sekali |
Susun Monte Cristo Sandwich dalam pinggan, lepas tuh sprinkle kan dengan gula aising. Terpulang nak letak banyak mana. Macam Mudme dia suke banyak jadi aku taburkan untuk dia lebih lah |
Susun wedges yang dah siap digoreng tadi sebagai side dish |
p/s: Terasa nak buat resepi lain pulak. Tapi lebih kurang macam ni jugak. Nanti kalau aku buat aku share dekat korang. Ok. Daaaa~
Resepi simple dan mesti jadi:
#1-Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam
20 comments
Simple but looks delicious.
ReplyDeleteNak try jugak nanti :)
Thanks for sharing.
http://nurulzayani.blogspot.com/
tak rugi cuba resepi ni. sekali dah makan nanti mesti nak lagi.. dan lagi.
Deletemmg minat roti2 ni sedapnyaaa
ReplyDeletehehehe.. eka kena try cepat2.. simple je buat dia. mana husband teruja tengok eka pandai buat monte cristo pulak kan.. hahahah
DeleteMenarik! Tq for sharing.
ReplyDeletebukan menarik aja. rasa pon sedap. selamat mencuba ;D
Deletewah macam sedap je sis.. Ish2, Mohon nak cube resepi nie ye..
ReplyDeleteResepi wajib cuba.. kalau dah pandai buat nanti tak yah dah nak pegi restoran.. sebab dah boleh buat sendiri.. huhuhuhu
DeleteDah la perut tgh lapa ni..dihidangkn plak dgn resepi gni...huhuhu..sedapnya
ReplyDeletewww.armilastyle.blogspot.com
hahah.. tuh la.. skarang tengok pon dah lapa semula gambar2 nih.. uhuhu...
Deletetengok makanan petang2 ni rasa lapar pulak . errg . dtg follow dari http://isolabellaz.blogspot.com/
ReplyDeletetuh la kan.. kalau tengah lapar tengok food2 macam ni.. boleh tak senang duduk. hehehe...
Deletefuh menggugat iman tatkala perut tengah lapar...huhu
ReplyDeletekena cepat2 pegi makan lah gituu... hehehe
DeleteAs slm...macam sedap jer..boleh la aka cuba nti..
ReplyDeletedear, akak nominate awak utk Liebster Award ye..sila singgah blog akak..:-)
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html
Waalaikumsalam... mesti cuba akak
Deleteye ke akak... hehehe.. suka2. tq so much. ok saya singgah skarang jugak.. huhuhuhu
Wow sedapnya sandwich......
ReplyDeleteAnyway, first time blog Isma loading...Nad rasa suka gila layout & design dia..
So simple & nice.. sapa buatkan yer?? may i know?
Oppss...salam perkenalan dari Nad.. :p
sedap kan Nad. Tak payah dah Isma pegi cafe2 nak rasa monte cristo nih. huhuhu. boleh save duit dekat tempat lain.
Deletewahhh.. tq Nad. Kalau pasal layout ni, amik yang free2 je kat luar sana tuh. Isma yang pilih.. tapi kalau yang buat susun2 layout ni husband Isma yang buat. Isma just bagitau je apa yang Isma nak. huhuhuh. Sebab dia memang kerja bahagian2 design ni.. huhuhu.
salam perkenalan jugak Nad.
Bagus jugak idea sandwich camni..dok mencari resepi sandwich ala subway jumpa ni pulak..jom g log saya http://intandayani.blogspot.com
ReplyDeletemesti cuba resepi ni. kalau dekat restoran dekat luar sana harga nak dekat RM20. huhu
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..