Resepi Simple Dan Mesti Jadi #3: Stew Ayam
4:56 pmAssalamualaikum...
Nak masak apa lunch ni? Dalam peti ada ayam je? Takkan asik nak goreng je kerja nya. Kalau aku jadi Mudme aku pon naik bosan. Haaa... macam tuh lah aku pening tadi nak masak lunch untuk Aku, Mak & Mudme. Dah la harini Jumaat, dah sah-sah la Mudme balik awal. Aku pulak pukul 10am termenung lagi tak tau nak masak lauk apa. Pening la nak pikir pasal menu ni. Nak-nak pulak suri rumah macam aku ni. Hari-hari kena lah pikir benda apa nak masak.
Tetiba teringat yang aku tak pernah lagi masak stew. Jadi sedang elok lah dalam peti tu ada ayam, so marilah kita masak Stew Ayam ye kawan-kawan. Aku ni kalau bab memasak. memang kalau boleh nak buat yang sesimple boleh. Tapi walaupon simple, biarlah ada rasa nye kan. Ni nak yang simple tapi rasa macam air je lebih baik aku rebus je ayam tuh kan sambil hirup sup air tuh. Hahaha. Sekarang aku nak tunjuk korang cara-cara nak masak Stew Ayam yang simple dan mesti jadi punya lah. Ewahhh.
Kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Stew Ayam |
1 biji cili merah dihiris nipis |
2 ulas bawang putih dihiris nipis |
2cm halia dihiris nipis |
5 ulas bawang merah dihiris nipis |
Inilah hasil kesemua bahan-bahan tumis yang sudah siap dihiris nipis |
Carrot yang siap di potong |
Tomato yang siap dibelah |
Sayur-sayuran yang akan di tambah didalam stew ayam nanti |
Ayam yang sedia untuk dibasuh |
500g ayam yang siap dicuci |
I sudu teh tepung jagung |
1 sudu teh coarse black pepper. Boleh jugak ambik biji lada hitam, lepas tuh tumbuk kasar ye |
Air yang telah dicampur dengan lada hitam dan tepung jagung |
Kacau bancuhan hingga sebati |
Siap dicuci & ditapis semua bahan untuk menumis |
Masukkan semua bahan tumis ke dalam kuali. Tumis bahan sehingga nampak sedikit layu |
Masukkan ayam ke dalam kuali selepas bahan tumis tadi sedikit layu. |
Gaul ayam sekata. Kacau perlahan-lahan sehingga ayam sedikit garing |
Bila ayam sudah agak garing, masukkan carrot dan tomato tadi. Kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan tomato pecah |
Bila carrot sudah agak lembut, barulah masukkan bancuhan air yang telah dicampur dengan tepung jagung, lada hitam tadi ke dalam ayam dan curah sekata |
Tadaa... inilah rupanya sebaik lepas dicampurkan bancuhan air tadi ke dalam ayam aku tadi |
Masukkan daun bawang dan daun sup ke dalam stew ayam yang sudah dimasak |
Simple kan cara aku memasak? Aku memang tak suka masak benda-benda yang remeh. kecuali kalau aku teringin sangat nak makan. Haaa... time tu aku boleh buat semua benda yang orang lain pon rasa malas nak buat. Tapi kebiasaan nye aku memang lah malas je memanjang. Tak caya tanye lah Mudme. Memang selalu pon aku goreng je lauk-lauk yang ada. Hahaha. Takpe lah janji kenyang kan. *Kata kau*. Aku harap kepada yang tak pandai memasak tuh, jangan lah jadikan alasan tak pandai tuh sampai bila-bila ye. Sebab nanti kalau korang dah kawin baru tau langit tu tinggi ke rendah bila dah masuk ke dapur bersama dengan mak mertua. Hahaha. Selamat mencuba resepi simple dan mesti jadi ni ye. Katakan mudah kepada Stew Ayam.
p/s: Stay tuned kalau nak belajar lebih banyak lagi resepi-resepi yang simple dan yang paling penting sekali mesti jadi.
Resepi simple dan mesti jadi:
#1-Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam
#2-Sandwich Monte Cristo
8 comments
salams kenal dari kak mieja, blh try resepi nie utk anak2:)
ReplyDeletesalam kenal kak mieja, anak2 kak mieja sure suke resepi ni. lagi pon takde pedas sangat. kalau yang tak makan pedas tu sesuai sangat lah
Deleteni macam sup ayam yang dicampur tepung untuk pekat sikit ye... hehe kalau mama sha punya stew pekat je, guna tulang lembu, ada campuran sos tiram.. kitorang makan dengan roti sapu planta aje... hee ~
ReplyDeletea'ah betul tu sha. actually kalau betul2 dia kena reneh lama kan. Yang ni simple way. hehehe. Kalau isma suka stew kambing. tapi takde kambing terpaksa guna ayam. buat cara simple. huhuhu
DeleteBlogwalking sini..woo sedapnye..ecah dah bookmark resepi ni..ade la idea nak msak esok..hehe..selama ni engatkan susah buat stew..rupanya bahan2 die semua y biase2 n mmg dah ade kat dapur..hehe..thnks sharing resepi.. =)
ReplyDeletehehehe. tuh la yang ni the simple way you could do tau. Isma pon kalau nak cepat akan follow resepi ni je. selamat mecuba
Deletehi..ecah dah try resepi ni. serius sedap. ni nak mntak izin, ecah curi resepi ni post dekat entry ecah. tapi ade credit kat isma. sebab sedapppp..thanks yer..
Deletehai ecah. good. ok takpe share je. harap orang lain di luar sana dapat try jugak. hehehe.
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..