Mudme's Birthday Dinner With Friends. The Bee @ Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

2:52 am

Assalamualaikum...

Jom sambung cerita sambut birthday mudme. Malam tuh kami decide nak dinner dekat publika. So kami pergi satu kereta je. Aku pegi ambik Anden & Wawa dekat rumah dorang di Melawati. Lepas jemput dorang terus straight pegi ke Publika. Sampai je dekat sana terus terserempat dengan Bro. Dia tengah on the phone dengan Wan bagi arah tuju tempat kami nak dinner malam tuh.

Nak tau dekat mana kami dinner celebrate birthday Mudme malam tu? Kami pilih  restoran The Bee. Restoran dia dekat bahagian luar. Kalau korang dari dalam... dia sama level dengan Wondermilk tapi kena patah balik ke arah pintu keluar sana. Paham ke? tak  paham kalu nanti carik sendiri lah ye.. hahahah. Nah la aku kasi address nye ye..

Solaris Dutamas
The Bee
36B, Level G2, Publika,
Solaris Dutamas,
Jln Dutamas 1,
50480, Kuala Lumpur
Tel: (603) 6201 8577

Opening Hours:
Mon to Thurs: 10am until 12am
Fri: 10am until 1.30am
Sat: 9am until 1.30am
Sun: 9am until 12am

So sementara menunggu Wan sampai ke tempat kejadian, aku masuk dulu  book table dengan Mudme, Wawa & Anden. Lepas dapat table Wan & Bro pon masuk. So malam tuh kami 6 orang dinner bersama2. Dah lama tak lepak dinner dengan Anden & Wawa since dorang dah menetap dekat Melbourne, jarang sekali bertemu nak lepak2 dinner macam ni. So aku rasa happy sangat malam tuh dapat berkumpul semula macam dulu2. Walaupon tak ramai, tapi aku appreciate dinner tu bersama dengan semua malam tu.

Aku memang lama dah perati menu2 dekat The Bee ni. Kiranya termasuk malam dinner tu aku dah dua kali makan dekat The Bee ni. So malam tuh aku memang plan nak makan banyak2...kalau boleh nak try semua menu yang ada dalam list tuh. Mulalah datang setan tamak dalam diri kau tuh kan. hahaha. Aku perati satu2 menu dia.. siap paca details menu lagi. hahah. Nasib Wawa dok sebelah, kot2 menu tuh nama dia macam pelik2 je cecepat refer kat Wawa tanya ni apa? itu apa? hahaha. Oh untuk pengentahuan korang The Bee ni dia Western ye. So jangan mintak nasi lemak lauk rendang kat sini. Memang takde lah wokkk.

Aku memang dah ready nak order dari rumah lagi. hahaha. padahal nengok menu pon terkelip2 mata tak paham beberap jenis nama nak sebut menu dorang tuh. Tapi aku kang cool. Buat rileks je. Hahaha. Jadi marilah kita order ye.

Untuk drinks aku order The Bee Specials - House Lemonade, Mudme order Chilled Juice - Cranberry. Yang lain2 ada order Sparkling Water, dan macam2 lagi lah. Aku tak ingat pulak sebab teringat dekat makanan je. Malam dinner tuh memang aku terasa nak order lebih sikit sebab ramai2 kalau nak makan2 boleh share2. So aku rasa sharing plates adalah yang paling bagus untuk aku order dan dimakan beramai2. Nafsu serakah tengah memuncak, jadi aku tengok semua aku nak. Giler betul.

Aku pon pilih lah yang Sharing Plates dulu. Aku order Nachos add Beef Rancheros. Then Buffalo Wings, last sekali aku order chili cheese fries. Perghhhhh order memang tak nak kalah kan. Aku bukan apa.. memang malam tu aku niat nak belanja Mudme makan sedap2 skit dan kenyang yang paling penting. Tahap lidah dia senang je. Biar tak sedap asal banyak. hahahaha. Sebab aku rasa masa lunch siang tuh macam dia tak puas makan. Aku pon rasa tak puas makan lahhh kat chili's.

Ada lagi. ada lagi. kau ingat boleh berenti di situ aje? Aku ni dah lama sangat teringin nak merasa dessert yang satu tu.. nak tau amende? Churos.. kau tau Churos tu mende apa? haaa.. aku pon tak tau mula2. tapi dengar orang dok sebut2 aku pon google lah. Sekali tertelan air lior aku tengok churos tuh. So tanamkan azam macam mana sekali pon mesti kena try #atleastsekali. haha. nak hashtag jugak tuh. Tak yah tunggu2 aku ternampak je nama Churos tu dalam list desserts terus aku order. Churos ni aku pilih caramel sauce. Kawan2 yang lain ada yang order main jugak. Apa yang pasti Mudme kalau tempat2 western begini dia akan memilih burger sebagai makan selamat. Dia kata burger kenyang. hahaha.

Dalam restoran tuh gelap. dia lampu ala2 romantika gitu. so nak ambik gambar pon gelap je. Jadi aku malas nak shoot makanan. Nasib ada orang tolong ambik kan gambar kami. Pakai hp Bro. Siap flash lagi. kalau tak gelap gelita lah wajah kami...

Masa ni half daripada food yang kami order dah sampai. Layan gambar dulu sebelum food yang lain tiba.
Picture Credit: Bigbro
Nachos add Beef Rancheros
Picture Credit: Mentallyb
Kalau perasan dekat atas meja yang panjang2 macam batang kayu depan Mudme tuh la Churos. Sedap gile.. suka aku makan ngan lahapnye.. rasa dia macam donut punya dough. rasa lebih kurang macam aunty anne jugak. yang kat tengah2 tuh Nachos. banyak betul protion dia. memang sesuai makan ramai2. Bila food semua dah sampai terkejut Anden. Siap cakap kalau tau nak order banyak macam ni takde dia order burger yang depan meja dia tuh. Sori, nafsu melampau nak makan banyak malam tuh. Untuk main aku, disebabkan banyak dah sharing plates aku order, aku just order Grill Swiss Mushroom Sandwich aje. Wawa pon order sandwich sama dengan aku juga. tapi Roast Beef Sandwich dia order. Yang Pasti malam tuh memang main dish nye tak lari dari burger and sandwich. Wan & Mudme pon order burger jugak. Bro order sandwich juga.

Dinner berlalu dengan gelak ketawa, cerita dari orang Melbourne, sharing knowledge. Awesome! Food and friends bagi aku memang lengkap untuk dinner malam tuh. Kenyang tahan melampau sampai nak cabut butang baju. Tapi tetap tak sedar diri. Order ice cream dengan kek pulak... memang malam tuh makan aje lah kami semua kerjanya.

Order ice cream pon tak nak kalah. Sampai empat aku dengan Wawa tibai. tak sedar diri dah makan banyak. macam2 atas meja tadi. tapi sebab aku pon tak pernah cuba lagi. so aku pon pilih la sama2 jugak. End up kami pilih ice cream ini...

French toast ice cream
Picture Credit: Mentallyb

Salted Gula Melaka Ice Cream
Picture Credit: Mentallyb
Ada dua lagi perasa kami order. Teh Tarik & Pandan Kaya. semua empat jenis ice cream ni sedap2 weh. Slurrrpp~ sangat.. Tak lama lepas tuh kek chocolate untuk mudme pon sampai..nyanyi lah kami ramai2 untuk birthday boy yang ke 31 Tahun itu. Sambil makan ice cream and cake kami borak2 lagi dan lagi dan lagi. Sampai tak larat perut betul2 nak meletup. Puas aku malam tuh makan. memang 1st time aku order macam nak mampus. Tapi semuanya habis. tak membazir.

Dalam The Bee tuh dia ada banyak jenis seat. Lepas kami dinner kami pegi dekat bahagian corner restoran ada sofa. sambung lah kat situ nak ambik gambar beramai2. Memang lawak. dah la lampu malap2 je dekat situ, pastu ada hati nak amik gambar. Sampai semua keluarkan torchlight masing2 nak bagi muka terang gila. hahahaha. memang kelakar. terbahak2 ketawa nak berselfie punya pasal.

Dah la gelap. pakai go pro gelap pulak gambar. so keras kejung beberapa second untuk dapatkan gambar. siap ber torchligh bagai. hahaha.
Ni ada timelapse hasil dari kami berselfie bersama go pro hero 3+

video

It's time to buat payment. Aku pon panggil lah waiter tu suruh ambik bil bawakkan ke tempat kami lepak tuh. Lama jugak menunggu nye. At the same time Wawa yang keluar dari toilet pon mencari2 la Anden nye. Sekali rupanya dia pegi kaunter tengah bayarkan bil. Ok takpe lah. Biasa pon kalau dengan kwan2 memang macam tuh. Kami akan kira bali berapa nak kena bayar bahagian masing2. Aku pon mintak bill dia cakap tak payah. Huh? What do you mean tak payah? Biar betik? Sekali rupanya dia bayarkan bil kitorang makan malam tuh. Tapi aku order banyak giler kot. dengan Churos nye, Nachos, Chili fries lagi.. erk.. takutnyaaa...

Tapi malam tuh memang rezeki mudme juga dapat merasa duit orang Melbourne. By the way tq Anden sebab belanja kami semua dinner malam tuh. Siap cakap murah pulak tuh bills malam tuh. Aku pon terus seronok nak kerja dekat Melbourne jugak mcam nih. Tq sekali lagi semoga dimurahkan lagi rezeki korang husband and wife.

Tak abis kat situ. Keluar je carik lagi tempat selfie. Ala bukan selalu jumpa Anden & Wawa. Time ni la nak bergambar pon kan. tak tau berapa tahun lagi nak jumpa berselfie beria macam nih lagi.

Selfie depan The Bee

Selfie timelapse dari go pro hero 3+ pon ada kau...

video

Pastu kami pon perlahan2 beransur lah nak balik. Jalan seiringan ke tempat parking. Tapi mana reti berenti selfie. Kau nak juga selfie lagi. Kali ni dalam Publika pulak... amik selfie lagi lah. korang tataplah wajah2 kami ni terus-terusan ye.

video

Hahaha. akhirnya berakhir jugak kami punya selfie & dinner with birthday boy. Ok. Salam2 babai2 kami pon ke kenderaan masing2. kenyang sudah, selfie pon sudah balik je lah lagi. Bayar parking terus blah dari publika. Aku, Mudme, Wawa & Anden naik satu kereta. Marilah menghantar orang Melbourne ini pulang ke rumah. Tak Jauh rumah kami dekat je. So takde masalah nak pegi sekali malam tu.

Dah bayar parking keluar dari building... kringgg.. kringggg bunyi tepon (tipu je tepon aku tak bunyi gitu pon). Bro call. Nak tau apa jadi? Sekali kereta dia tak boleh start. Bateri kongg. Ah sudah! acaner ni? Kami pulak memang takde jumper. Dan2 tu bila kejadian macam tuh berlaku terus kami rasa nak beli jumper untuk kereta sendiri sekarang jugak. Kami pon patah balik masuk dalam parking and terus pegi ke tempat kereta bro breakdown. At the same time tepon wan kot2 dia masih dekat lagi. tapi tak berjawab. just msg n bagitau situasion.

Kami pon sampai parking tepi terus terjun tanya orang sana sini yang masih ada lagi dekat area parking tu kot2 lah ada jumper dalam kereta boleh kami pinjam.. tapi malangnya memang takde sorang pon dalam parking area tuh ada jumper. so kami pon plan lah macam2 nak keluar carik dekat station minyak lah. tapi malam2 dah pkl 12 lebih mana nak ada lagi kot yang bukak dekat area2 situ. semuanya jauhhhhh. last2 Anden call security yg jaga building tuh mintak bantuan nak pinjam jumper. Boleh tak dia cakap jumper rosak? Ada dua.. tapi dedua rosak. Hello? kau takkan lah tak cek langsung benda alah tuh kan. haduih.. hangin aku dengar jawapan orang management ni.

Suddenly Wan call and dia cakap ada dekat rumah dia dan akan bawak ke publika. Kesian wan jauh juga. tapi demi kawan2 kita saling bantu menbantu. Tq Wan. Jasamu pasti kami kenang. Sementara tunggu Wan kami pegi 7e berehat minum2. Siap Mudme sempat beli majalah APO? ntah ape2 jeh. pelik2. beli sebab nak spek 3D. motif? ishhh.. lantak lah situ.

dalam 15 minit macam tuh Wan pon sampai bersama escort polis bantuan publika. Rupanya motor tak boleh masuk kawasan parking kereta. Jadi dia temankan Wan sampai kat tempat parking kereta yang kami tunggu tu. Buat2 semua tuh semua selesai. Pastu Wan pon keluar sebab polis bantuan tuh tunggu sampai siap. Kami pon terus beransur balik ke rumah masing2.


Kami kena hantar Anden & Wawa dulu. Sampai je kat rumah dorang terlupa bawak kunci. hahahaha dah pkl 1-2 pagi. Semua orang dah tidor time ni.. try call Mentallyb, tak berjawab jugak. Dududk la kami dalam kereta sambil dorang still try call orang dalam rumah. Nak tak nak kena call parents pulak. Anden siap cakap mesti kena marah dengan Papa sebab keluar rumah tak bawak kunci. hahahaha. Percubaan demi percubaan mendail, last2 pintu rumah terbukak jugak.. Kami pon terus balik ke rumahhh...

Fuhhhh... panjang nye entri dinner nih. dah macam2 jadi kena la cerita. tapi memang seronok malam tuh. gelak ketawa cemas semua sekali dalam satu malam. Yang pasti malam tuh aku tidor dengan perut yang kekenyangann. Alhamdulillah.

p/s: Raya belum abis lagi. Jemputan pon masih penuh. Open house sana sini. Beraya kemana lagi kami di hari raya ini? Ceritanya di next entry okey..

Buhbye~

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook