Raya With EasyStore
10:03 amOk inilah dia company Exabytes . Macam mana aku boleh beraya dengan Exabytes ni? Actually Mudme dapat invitation untuk beraya bersama Exabytes melalui email. Seorang dapat 2 invitation so Mudme kompom lah kena bawak aku je kan. Hahaha. Aku pon seronok dapat beraya dekat Exabytes. Lagipon ini first time beraya dengan company web hosting macam dorang ni.
Greetings from Exabytes!
You are cordially invited to Raya With Exabytes event happening on:
Date: 23 August 2014 (Saturday)
Time: 12 - 3 PM
Venue: Exabytes Group of Companies
H1-6 (Block H1, Level 6) SetiaWalk
Persiaran Wawasan
Pusat Bandar Puchong
47100 Selangor, Malaysia
Ini majlis tertutup. So invitation terbuka hanya untuk 30-40 orang sahaja termasuk pasangan kalau tak silap aku lah. Mudme pon tanya lah samada aku nak join atau tidak. Aku dengan excited tak tunggu2 terus cakap nakkkk. Sebab mood raya aku tahun nih lain macam skit. Memang nak fefiling raya sungguh2.
Kami sampai ke Exabytes dalam pkl 11.30am. Jalan lancar. Ikut jalan mrr2. Skit2 je jam here and there. Company Exabytes ni terletak di puchong. Dekat sangat lah dengan Setia Walk Mall. Dan ini jugaklah first time aku menjejakkan kaki ke Setia Walk Mall ni. Memang agak excited jugak. Mata melilau tengok sekeliling. Design agak menarik jugak dekat laluan di luar.
Jom register dulu |
Masa ni tak ramai lagi yang sampai. Kami antara yan terawal. |
Orang dah mula penuh. |
Itinerary sepanjang majlis |
Tema pakaian majlis adalah pakaian hari raya ataupon smart casual. Aku dan Mudme putuskan nak pakai baju raya tahun lepas je. So bewarna warnilah majlis exabytes raya itu dengan baju raya... syok! Aku suka jeee.
Lebih kurang pukul 12.30pm macam tuh majlis pon bermula. Ucapan kata2 aluan daripada Mr Alan (VP - Sales) dari Exabytes. Speech dia simple dan cepat. Sebab dia pon tau kami dah lapar sangat tak sabar nak makan. Lepas abis je ucapan majlis raya pon bermula.
Sedap sangat food dia. Ada satay ayam, kuah lontong, nasi himpit, laksa singapore, bihun goreng, kuih2, buah2, dan macam2 lagi lahh. Air free flow teh, kopi dan sirap. Food dia semua sedap. Tapi yang paling sedaaaappp sekali bagi aku adalah laksa singapore dia. Perghhh marvelous uolsss! Kuah dia pekat cukup rasa, isi punya lah banyak. Pendek kata memang taste aku lah. Memang tak tipu. Even satay ayam dia pon gedabak. Besar gila. Makan lima batang satay pon lambat nak abis.
Separuh dari food yang ada dekat event exabytes raya ni. Makan tak ingat sedap sangat sampai tak sempat shoot makanan yang lain2. |
First hadiah hasil dari hashtag #exabytesraya |
Yeay! Dapat hadiah |
Fun game pon bermula. 1st game diberi nama "Ketupat Creation". Memang aku fail lah kan bab2 buat ketupat ni. Tapi tak sangka pulak alia sebenarnya pandai buat ketupat. Tak sia2 aku ajak dia masuk group aku.
Group kami buat macam2. Aliya buat ketupat, Mudme dan aku buat tikar mengkuag dan kawan kepada Shamim buat meriam. hahaha. memang fun lah masa buat benda2 tuh.. memang sepanjang buat tuh dok cakap lah kompom menang punya sebab ada meriam lah macam2 lagi lah. hahahaha.
Bahan2 yang di beri untuk ketupat creation game |
Beria anyam tikar mengkuang |
Teamwork kena ada |
Final produk. Group 16 |
Hasil creativiti reka ketupat |
Yeay. Kami menang Ketupat Creation Game Group16 selfie with Mr Alan (VP- Sales) dari Exabytes |
Lepas je habis game ketupat creation ni guessing game pulak kami main. game ni pon fun. Tapi selected people je yang main. Kami yang lain just enjoy the game. Kelakar bila yang teka tuh macam2 dia sebut dek hasil dari gesture orang yg bagi arahan tuh. kami semua terbahak2 dalam hall tuh tengok game tuh. Tapi memang seronok sangat sebab kita dapat tengok keadaan huru hara 2 team nak terangkan pada team masing2...
Winner untuk guessing game |
Kesimpulannya Raya with Exabytes Group memang awesomeee!. If tahun depan Exabytes ada buat lagi open house and jemput kami lagi, sure aku nak pegi lagi. sebab sangat best dan dapat jumpa kenalan baru sambil bertukar2 info dan pandangan.
Thank you Exabytes for inviting us |
Shamim with friend |
Group selfie lepas event Raya with Exabytes |
Love Birds Tahun depan katanya. Pinggan pon dah menang masa event Exabytes. hahaha |
Kepada korang yang nak beli hosting tu boleh la beli daripada syarikat Exabytes ni since Exabytes adalah Malaysia's number one web hosting provider. Jadi pasti korang tak kan ada masalah apa2 dari segi kepercayaan bila sedang mencari2 company yang betul2 bagus untuk hosting korang tuh nanti kan. www.exabytes.com.my
Dan kepada yang nak meniaga online boleh juga beli dengan easy store sebab dia dah siap lengkap untuk one stop ecommerce shopping cart. Memang memudahkan kita untuk terus deal dengan customer semua dah ada sekali dekat situ. Dia memudahkan korang sebagai penjual link terus dengan facebook, website, mobile dengan mall. Mudah untuk korang sebagai penjual dan pembeli pon tak pening2 senang dan cepat. www.easystore.my
p/s: banyak sungguh jemputan raya tahun ni. seronok dapat kumpul jumpa kawan2 sambil makan2.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..