Salam Perkenalan uollsss
11:25 amAssalamualaikum...
Ha... hari ni nak share pasal diri tuan blog. Aku minat sangat nak tulis blog memang dah lama. Tapi diri tu je pemalas sangat nak start. Tapi sekarang ni rasa terajin sangat nak cerita. So rasa better kita start sekarang sebelum tahap malas menjelma semula. Untuk start blog ismahasmi ni pon ada cerita yang kelakar. Malam tadi sebelum tido saja2 borak dengan hasmi (husband aku). Saja tanya pendapat dia ok tak kalau aku start berblogging ni. Then dia cakap.. haaaa... meh sini nak cita.. dengaq elok2 naaa....
b: kalau nak buat blog kena ada cerita2 yang pelbagai.. tak semestinya pasal diri sendiri dan family aja.. kena ada unsur2 lain juga.. contoh macam travel (sebab kami memang suka travel) news, bola (tau dah ni mesti kena masuk jugak. sebab dia minat liverpool), pasal gadjet dan bla bla bla
aku: ok lagi?
b: kalau nak buat blog tuh kena pandai olah ayat supaya orang tak bosan n yang pasti banyak informasi nye n bla.. bla.. bla...aku: ok. tq. esok pagi2 nak buat blog lah.
Then silent....
Tetiba...
b: pastuh kalau kita nak bla bla bla bla bla bla....
Pergh suddenly banyak gila idea diadah macam2 topik n sub topic dia cadangkan. Malam tadi je aku dah ada 36 entri tau.. demi kerana idea mudme yang banyak gila.aku rasa dia lah yang patut ada blog. Bukan nya aku... hahaha. anyway itulah serba sedikit mengenai kesah nak start blog ni. jadi dalam 1 malam sahaja.tak sampai pon berapa jam berangan nak bukak blog ni.actually dulu ada dah bukak satu blog ni.. nak cita pasal makanan lah.tapi ke laut je.. nak up gambar makanan malas gila..last2 terkubur dan bersawang je..
So ni semangat nak start semula.. rasanya syok lah pulak kan. Sebab banyak benda nak share ni.. kan dah ada 36 entri dalam 1 malam ajeee. hahaha. Ok dah. Nak cerita pulak pasal nama ni. ismahasmi.blogspot ni actually kami berdua yang pilih. sebab kata mudme, ini pasal aku n dia.. pasti ada cerita pasal dia juga.. and dia akan share juga any story yang boleh di share kan untuk korang2 di luar sana. so kami sepakat nak guna nama ismahasmi ni sebagai nama blog aku yang ke dua.. hahah.jadi sedikit pengenalan diri.
Kau nak beli H&M tak mampu gantung plastik bag pon boleh. hahaha |
isma - aku lah tu
Aku ni suri rumah sepenuh masa.. hari2 dok je dekat rumah tunggu mudme (suami aku la tuh) balik. aku tinggal rumah mak. jaga mak. sakit kencing manis. kaki kanan dia dah potong. so kena jaga la. pengawasan ketat harus diberi sebab mak aku ni pandai nak makan sedap2. tapi aku ada buat kerja dari rumah juga. aku graphic designer. aku hari2 (kalau rajin) akan mendesign untuk di jual di beberapa stock agency. (bab ni nanti aku ceritakan).
Sapa, Vietnam |
Sapa, Vietnam |
Chill at Hard Rock, Phuket Thailand |
Aku suka travel. kalau cita bab travel aku lah no 1. beria2 cerita pung pang pung pang ngan mudme cakap teringin nak ke sini la.. ke sana la.. tapi duit nya memang banyakkkkk sangat kan. aku ada travel buddys. semua sekepala tak banyak kerenah. skit2 here and there tuh biasa lah kan. but so far semua ok. hashtag tak nak kalah #gengvantomyam #travelbuddy #workhardsavemoneygotravel #atleastinwonderland. hahaha. kau mampu? tapi kami memang enjoyy. so dari hashtag ni mesti dah tau dari mana datang tittle blog aku ni kan.
Dan lagi. aku ni minat menjahit. tapi bukan jahit baju ye. sebab dah pernah try kusus dengan MIL. memang stress di buatnya. memang tangan tak bedung. memang fail. baju tu jadi memang lah jadi. tapi MIL yang siapkan baju aku tu sampai siap. hahaha. tak boleh la. penat stress sebab asik nak kena tetasss je manjang.
Aku minat jahit manik. kat tudung dan juga baju. ye lah. kau duit tak banyak mana. nak pakai baju manik2 memang mahal lah kan nak beli. so aku pon masa tu ada modal skit. aku beli lah beads. beli tak ngalah nak pearls aje dengan beads crystal. hahah. pastu start la jahit2 tudung n baju nak pakai raya. last2 ada plak orang order. ok lah. dari hobi slow2 boleh juga jual hasil kerja tangan. tudung kain semua beli sendiri pilih sendiri dan tempah sendiri.
So bila datang mood menjahit tuh.. memang tak behenti kau buat kerja sehingga pagi. maybe tuh la maksudnya minat kan. setakat ni masih lagi kuat minat menjahit manik ni. hehehe. so far ada je orang mintak nak tudung. and jahit beads pada tangan baju kurung dorang.
Dan lagi satu. aku ni suka makan. tengok lah size badan kan. aummmm. hahahah. actually makan siapa pon suka kan. aku ni kalau bab2 makan mesti suka nak tengok internet nak scroll satu2 page nak tengok apa orang makan. pastu sendiri meleleh air lior. slurrrpppp... cepat2 sedut balik air lio.. hahah. geng2 makan pon sama juga kawan2 tavel.
Ni lah kawan lepak, kawan makan, kawan coffee |
Kawan travel, kawan selfie of kozzz. hahaha (Gambar milik Bigbro) |
Ada lagi.. ada lagi... hahaha. aku dan kawan2 juga suka minum coffee. dan cafe2 yang memang banyak tumbuh bak cendawan sekitar kl pj, subang dan lain2. kami suka berjumpa and pilih mana2 tempat yan kami suka je nak try. so far memang selalu menjadi pilihan adalah cafe lapis. sebab selesa. tak busy sangat. orang pon tak ramai. tapi ada waktu memang ramai lah. cuma selesa la kalau nak jumpa. nak copy gambar travel n so on. so far selesa la. memang menjadi pilihan. tapi banyak jugak tempat lain yg kami pergi dan best2 belaka. ok abis pasal aku skit2.. nanti korang tau jugak aku ni macam mana lepas dah baca next2 entry ok.
hahaha. kau ada gambar potrait begini? |
hasmi - suami aku, B aku (kawan2 panggil mudme di baca matmie)
Haaaa.. ni nak habaq mai.. laki ceq mai dari kedah. orang kulim.. dah 9 tahun kerja kat kl. tapi cakap utagha tak penah tukaq.. hahaha. memang power habaq hang. kawan2 aku yang dok kl dari kedah penang pon dah tukar cakap key el. hang releks je mudme kan. hahaha.
Mudme dia kerja sebagai graphic designer dan juga photographer untuk company. di sebuah syarikat kat melawati kl. dekat je dengan rumah. tapi sama juga macam aku still design untuk di hantar ke stock agency yang bersepah di luar sana. jarak tempat kerja 10-15 minit sampai rumah. rezeki dapat tempat kerja ngan rumah mak aku ni dekat. kerja kuat2 nanti gaji kita g travel ye. hahaha.
Mudme dia suka team liverpool. minat yang teramat sangat. dan kau akan saiko bila kau nak keluar pegi mana2 lepas tu time tu ada game liverpool. memang tak tenang kau jadinya sebab dia nak jugak balik tengok bola. hahaha.
Sekarang tengah gila game COC. (clash of clan) kot. pergh.. siap g lepak2 bagai. mudme ni dia yg aku tau pemalu orangnye. tapi boleh plak lepak2 ngan geng game bagai. tapi kawan aku butet and zahid ada sekali so kira ok lah jugak.ada banyak lagi nak cerita. tapi benti dulu. kang takut entri ni plak jadi 36 entri semua nak cita kat sini. hahaha.
Tahun ni kami dah berkahwin selama 4 tahun. bulan 10 nih cukup la 4 tahun perkahwinan. blom dikurniakan zuriat. terus mencuba dan mencuba. buat masa ni just enjoy waktu berdua je dulu. semoga diperkenankan Allah doa2 kami. aminnnn.
CHIKA. amenda bendalah ni pulak?
Haaa..ni lah chika.. kucing aku. dia ni gediks sangat. memang comel2 nakal. nanti pasal dia akan diceritakan kemudian. skarang pon badan dia tengah sakit. badan berbalut sebab kena gigit ngan kucing jantan yang sedang gatal.
So secara ringkas, wujudnya blog ini adalah dasar ingin berkongsi cerita, pengalaman aku dan mungkin juga anda di luar sana boleh juga brkongsi di masa akan datang if ada apa2 persoalan atau apa2 perkara berbangkit di dalam blog aku ni nanti.
Segala cerita tentang aku dan family, kawan2, tips2 menarik, pasal travel, isu2 semasa boleh la korang semua dapati di blog ini pada masa2 akan datang. InsyaAllah.
Nak cerita skit pasal layout blog aku ni. Semua nye Mudme yang buatkan. Ada sikittt sangat yang aku buat. Yang lain majority semua memang dia yang tolong setup kan. Aku hanya pilih layout yang mana aku berkenan dan apa yang aku nak dalam blog aku akan disediakan oleh hubby aku itu. Cewahhh.. senang sangat hidup kau kan.. kau yang nak berblog orang lain yang bersusah payah nak kena buatkan kau setup itu ini begitu begini. hahaha.. takpelah. kalau tak buat untuk aku, untuk siapalah lagi kebolehan yang Mudme reti nak berikan betul tak?
Mudme pandai buat web sendiri. Buat coding sendiri dan macam2 lagi sendiri. Independent lah senang cerita. Dia suka je nak cuba dulu apa2 yang dia nak. sampai dapat lah.. dulu website photography kami pon dia buat sendiri. Senang tak payah nak upah2. Benda memang belajar kat Kolej dulu kan.. dah kenapa kau tak gunakan skill yang lecturer kau ajar. (cakap orang pandai.. hahahah)
So sekian lah cerita permulaan aku yang agak panjang ini. almaklumlah excited terlebih. ok skarang nak g start masak untuk mak dan mudme yg memang akan balik makan lunch setiap hari.
p/s: memandangkan raya blom abis lagi. so next entry pasal raya lah ye. nak tau kami beraya di mana? tunggu di entry akan datang nanti.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..