Raya Gathering @ My House
2:43 amIt's still hari raya. Yeay!
Ok jom sambung kesah entry yang lepas. Dekat entry lepas aku cerita kami sampai di KL dalam pukul 2-3 pagi kan. So memang penat giler lah. Kira sampai2 memang nak terus terbang je dari kereta ke katil. Tapi memang mimpilah kan. Kau memang kena mengangkut segala tok nenek yang kau dah heret masa nak balik kampung masa hari sebelum raya tuh.
Aku memang dah pesan awal2 dekat MIL aku yang aku tak nak bawak balik apa makanan pon ke KL. wah berlagak kau ye. Takde bukan apa.. aku tau yang nanti semua makanan2 tuh tak terusik jugak, and takut lah ke tong sampah akhirnya nanti. Lagipon mak aku kat rumah KL ni bukan boleh nengok benda2 macam tuh. Karang laju je dia nak menjamah je.. nanti aku yang tension lebih2 nak bergaduh dengan mak aku karang.
So sampai je aku ke rumah, berangan nak terus tidor lah kan. Since esok siangnya aku ada janji sebelum raya yang hari raya ke-3 datang raya ke rumah aku lah... tapi bila aku balik macam banyak benda nak kena siap2 kemas time tu jugak. Sebab kalau esok siang nye aku baru buat. alamatnya kelam kabut lah aku nak buat semuanya. Nak tak nak aku kemas kan jugak dapur, meja makan sikit2... tapi mata dan badan aku memang tak boleh tahan dah. Lepas akak aku balik je ke rumah dia (tq jaga emak setiadanya aku di KL) terus aku tutup lampu segala bagai dan aku terus tidur. Esok pagi2 aku terus kemas2 lagi sapu ruang depan rumah pulak.
Then aku rasa memang tak sempat aku nak ajak makan lunch di rumah aku. sebab aku rasa macam penat sangat lepas dah sambung kemas2 rumah dan sebagainya... so whatsapp group #gengvantomyam tanya bila waktu dorang nak datang raya. So decide lah malam nak datang beraya ke rumah aku. Aku pon setuju.. so memang lapar gila aku memang tak masak langsung lunch tu. Just sediakan makanan untuk mak aku makan je. Penat wehhh!
Pastuh aku pon membuat lah rancangan kononnya nak beraya ke rumah Zahid. Siaplah mandi semua segala, keluar rumah dah halfway kata cancel sebab nanti buat makan2 sekali ramai2 datang. So kami pon patah balik ke kl. Tapi perut memang dah lapar gila. Sambil2 bahan2 blom beli lagi nak buat makan2 kawan2 beraya ke rumah malam karang nye tu. So marilah kami laki bini ke Tesco Ampang. Selama ni tak pernah pon nak pegi ke tesco ni sebab jauh jugak dari rumah. Tapi dek kerana tahap kelaparan aku laki bini sangat tinggi, pergi lah jugak ke tesco.
Sampai tesco memang terus je ke KFC. Kena beratur lah sikit. Walaupon hari raya ke-3 ramai gila kau orang melayu kita makan KFC. Siap berbaju melayu lagi sekeluarga makan KFC. meriah gilaaaa. Aku pon beria lah beratur nak makan KFC punya pasal kan. Tengah2 beratur tu si sholehah (mentallyb) call aku tanya dekat mana. Aku pon cerita itu ini begitu begini... dia cakap wawa suruh datang rumah sekarang! like sekarang! Aku tengah beratur nak makan ayam KFC kot. Aku pon cakap. nanti lah aku nak beli barang ( dalam hati aku kebulur nak makan ayam KFC nih. hahahaha).
Dah dapat makanan tetiba hujan selebat2 nya.. tapi aku tak peduli.. makan jugak ayam KFC yang panas lagi sedap yang finger lickin' good katanya kannn. Tapi motif la kaitan hujan tuh dengan aku nak makan KFC kan. bukan apa.. duduk dekat pintu orang keluar masuk. jadi pintu tu asik la terbukak n tutup dan telah menerjahkan angin ujan ke arah aku yg sedang menikmati KFC itu. Kacau fefeling aku je tauuu.
Burrppp! Kenyang sudah... terus je pergi ke fresh market. Beli segala jenis bahan2 masak. Before tuh aku dah call kakak aku siap2 suruh tolong masakkan Nasi Minyak + Ayam masak merah yang tiada surprise nye setiap tahun.. memang itu je lah aku masak menunya.. aku tak pasti kawan2 aku bosan ke tidak dengan menu yang sama setiap tahun itu. hahahah. lantak la. dah aku reti masak itu je yang bagi aku ringkas dan sesuai dengan waktu aku yang tidak berapa nak sempat tuh.
Dah beli2 semua tuh terus blah keluar dari tesco. Pastu dalam keta dok la terpk kata kalau kita pegi rumah Anden ni kompom lambat kita hantar bahan2 masak dekat kakak aku yang nak jadi chef aku ni karang. Pastu mudme pon cakap. call je Sholehah cakap kita tak sempat nak pegi rumah dia. Jumpa je malam karang di rumah aku makan2 beraya bersama. Eh takk! di jeritkan nye aku.. dia cakap datang jugak.. hahahha.. aku pon pegi la jugak ke rumah mereka dengan pikiran aku yang terpk2 sempat ke tidak ni nak masak makan malam wehhhh!
Sampai2 aku carik kek dulu. eh takde kek chef Wawa buat. rupanya blom beli oven lah. huhuhuh. Takpelah nasib Sholehah ada beli kek red velvet. Memang mantap kek nya. Sempat aku makan sepotong. Tapi sebelom sepotong kek tuh aku dah tibai makan bihun sup... slurppp..mmmmm dapnyeee! Pastu aku cepat2 beransur balik. Sebab chef dekat rumah dah tunggu nak masak untuk dinner malam karang pulak.
Sampai rumah aku terus lah buat apa yang patut. Kakak aku buat kerja memang laju. Aku memang dah gabra ingat lah tak sempat nak masak sebelum orang sampai. Aku tolong skit2 apa yang patut. Kira aku jadi penolong chef je la hari tuh. Apa kakak aku suruh buat aku ikutkan je. Sebab nak kasik cepatkan kerja2 dia memasak dekat dapur tuh. Alhamdulillah sempat semuanya. Kiranya orang pertama sampai semua food yang nak hidang dah ada tersedia lah.. just masak yang hujung2 je lah tinggal baki2 memasak.
Bro orang pertama yang sampai, lepas tu Sholehah, Anden, Wawa dan Cousin dorang pulak sampai, tak lama lepas tuh Ijan & Suke pon sampai. Diikuti Oleh Wan dan kemudian Zahid. Cuma Butet je tak ade sebab this year giliran dia raya rumah mertua. So that day dia baru nak beraya di Penang. Makan lah kami sambil berborak2.
Actually Anden & Wawa baru balik dari Melbourne. Dorang balik cuti raya. 5 tahun pegi melbourne tak pernah lagi balik beraya di KL. So this year dapat lah dorang balik beraya bersama keluarga tercintaaa. lama juga 3 minggu kan. Aku tumpang happy jugak sebab dorang ni pon kawan2 kami selalu pegi jadi artis dekat redbox. #gengkarox hahaha. So malam tuh seronoklah aku dapat berkumpul beramai2. Aku rasa happy sangat2. walaupon penat balik dari kampung tak habis lagi, demi mengeratkan silaturrahim aku gagahkan juga.
Tak lama lepas tuh Anden, Wawa & Sholehah beransur balik.... yang selebihnya sambung lepak lagi sambil tengok tv, borak2, minum, makan buah, gaduh2 manja... Dalam pukul 1am macam tuh semua orang pon beransur. Phew berakhirlah raya di rumah aku pada 3 hari raya. So boleh dah close house rehat2 mandi2 dan baring2 tengok facebook. Aku happy and puas dapat berkumpul ramai2 raya tahun ni di rumah aku.
Nah beberap gambar raya di rumah aku. Tak larat nak bergambar sangat. Ada je shoot video dekat go pro tuh. tapi yang beberapa keping ni pon boleh jugak kan.
Orang Melbourne balik beraya weh. |
Zahid baru sampai. Bukan main segak kacak bergaya lagi dia. |
Wawa : Anden : Mudme : Zahid : Bigbro : Aku : Suke : Ijan : Wan : Sholehah & Cousins |
p/s: Esoknya raya ke-4. Hari yang special. Apalah yang special sangat tuh kan?
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..