Special Date With Special Person of My Life. Happy Birthday To My Other Half!

5:25 pm


It's your birthday!
So get ready and I'll take you out. 
It's your birthday!
And I show you some love, yeah.

Ha kau... beria menyanyi kan... padahal kau copy paste je dekat google. hahaha. Well seperti yang aku bagitau pada tajuk di atas, pada 4 hari raya yang lalu bersamaan dengan 31 July 2014 adalah hari jadi mudme @ hubby aku yang ke 31 Tahun. So aku memang lah aku dah plan macam2 lah kononnya kan.. teringin nak belanja mudme pergi travel sana sini memang la menjadi aku punya pilihan paling top top top sekali. tak kalah. macam duit banyak sangat kau nak bawak hubby kau tuh bercuti sana sini.

Actually aku mmg dah bajet simpan duit 2 bulan sebelum birthday mudme. So memang aku tau aku boleh la nak merancang ke sana sini. kalau tak simpan jangan harap aku nak belanja mahal2. aku belanja goreng pisang je beli ka pasar RM3. hahaha.

So berialah aku ni scroll sana scroll sini dekat internet. tengok pakej itu. tengok pakej ini.. tapi macam semua nye agak mahal skit lah dari pada harga yang biasa2 aku dapat. Sebab paling pertama nye memang lah kan raya ke-4 kot. Orang semua dok makan satay, ketupat, rendang, lontong, KFC (aku la tuh) lagi kau nak pergi bercuti bagai. Harga memang up terus la dan biasanya akan penuh.

Aku cek pd, genting, cameron, pulau redang, singapore (tak nak kalah. hahaha). ada yang available. So aku pon buat2 la pilihan. tanya2 lah jugak dekat mudme kot2 dia ada teringin nak ke mana2 ke kan. tapi dia cakap tak kisah.

Last2 aku pilih la PD sebagai destinasi bercuti sempena Birthday mudme. Aku pilih sebab aku yang nak sangat pasaipa kalau pegi PD dapat lah aku makan ikan bakar fresh murah yang giler2 punya murah. memang syok lah boleh makan banyak2.

Tetiba perasan tak best singgah dalam otak aku. Mula la pk kan... eh karang kalau pegi PD kedai ikan bakar tu tak bukak acaner? Orang dok raya lagi ni.. tokey ikan bakar pon mesti tengah raya lah. tengah golek kambeng lah kat kampung.. rugi lah aku (ni nak celebrate aku ke mudme ni? hahah). Pastu aku pon berdiskas2 lah dengan mudme. End up kami putuskan tak pergi PD sebab takut kedai ikan bakar tu tak bukak. (selamat duit ceq. hahaha)

Tapi aku mana reti dok diam. Aku memang kaki jalan. Asal ada peluang aku mesti nak keluar mintak jalan2 ke sana dan ke sini. Kebetulan masa aku buat makan2 masa raya ke-3 tu, Wawa ada bgtau yang dia nak join aku celebrate birthday mudme. So aku pon ok lah. Ajaklah yang lain2 jugak jugak pada yang free untuk join sekali. So aku pilih la dinner bersama rakan2 sekalian.

Siang tuh aku ajak mudme pegi jalan2 lepas tu kami terus carik tempat untuk lunch. Pilih punya pilih last sekali lunch lah kami di Chili's OU. 

Happy Birthday to the love of my life.

Selfie tak abis

Sementara tunggu makanan yang agak lambat. Lapar wehhh!

I love everything about you.
Makan. makan. makan. dan terus makannnn... kenyang weh. pastu nak bawak perut yang besar skit je dari perut mudme tu.. (wah kecik ke.. hahaha) pon dah senak. Lepas makan.. pusing2 kejap bagi turun skit food lepas tuh kami terus balik rumah. Solat. Berehat.

Di kesempatan ini aku nak list kan apa yang ada dalam hati aku ini pada suami aku yang cute itu:

1. I love everything about you.
2. Bila orang tanya  about what I loved most about my life, I'll say you.
3. Terima kasih menjadi Imam kepada diriku ini dan sentiasa mengigatkan aku untuk solat.
4. Ma harap your birthday was a special as you are
5. Akhir sekali Happy Birthday yang ke 31 Tahun. (umur semakin tua, janggut tetap tak nak tumbuh juga). hahaha.

p/s: Malam kami pegi dinner bersama kawan2 yang lain. Kat mana? Dengan Siap? Best Ke? Apa yang terjadi? Nanti aku cerita di next entry. 

Buhbye~









You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook