Hari Raya Open House 2014 - Part2

4:22 pm

Assalamualikum...

Jom sambung lagi pasal aktiviti aku berhari raya di bulan syawal yang baru berlalu ni. Banyak yang aku nak ceritakan pasal aktiviti beraya kali ini.

10 Ogos 2014 | Ahad

Pagi
Dekat entry yg lepas aku ada bgtau yang malam sebelumnya kami lepak sampai pjkul 3am kan. Haaa.. Esoknya alahai payah betol nak bangun asik nak rasa nak sambung tido je. Tapi gagahkan juga.

Hari ni nak pegi beraya ke rumah Zahid. Semalam balik aje dari lepak2 tu terus aku gosok2 baju semua. Kompom tak sempat nak gosok esok kalau betul2 nak keluar awal. Arituh kawan2 aku plan nak beraya dekat rumah Zahid nak tema baju raya. So gigih la aku mengosok baju kami berdua. Nasib lah pakai steam iron, mudah lah skit kerja aku dan cepat. Lepas gosok2 baju semua terus aku tido.

Pastu bangun terus mandi2 semua. Wan pon tumpang sekali ngan kami. Senang pegi satu kereta je. Pada masa nak menunggu Wan tu aku pon siapkan lah makanan tengahari untuk mak aku. Hidang siap2 supaya senang cukup waktu nanti mak aku terus makan je. Tetiba Wan sampai aku tak siap pakai tudung lagi. Adui kelam kabut terus siap. Lepas tuh terus gerak pegi rumah Zahid.

Dalam pukul 12tgh kami sampai kat rumah Zahid. Kami betiga orang pertama sampai. Lapar weh. Amboi.. seksi sangat Zahid tak mandi lagi. Pakai baju tido pon lagi. hahahaha. Dia dok tolong lagi kakak dia masak. Tak lama lepas tuh Ijan & Suke pon sampai. Borak2 kejap Salina & Abg Nuar pon menyusul. Aku pon tolong la apa yang patut. Sebok masuk sampai ke dapur nak menolong nye lah konon.

Kakak Zahid masak nasi ayam. Sedap nyeee. Arituh Zahid memang buat makan2 untuk kami2 je. Banyak gila kakak dia masak ayam. Abis kami disuruhnya meratah ayam tuh. Puas aku dapat makan nasi ayam, tapi ayam nye boleh bertambah2 berape banyak yang kau nak. Kau boleh buat macam tuh kat kedai makan pastu bila ayam tak cukup kau mintak tambah tapi free tak yah bayar yg tambah tuh? hahahah. Jangan harappp!. hahahaha

Dah lapar sangat, half way makan baru teringat nak ambik gambar
Nasi ayam kakak Zahid sedap btol. Aku tambah 2 kali. hahaha. Mestilah tambah mana boleh tak tambah. Nanti lapar acaner? Kena makan kenyang2 baru happy aku ni. Lepas semua dah kenyang, anak2 pon dah kenyang mak2 suapkan, Kitorang pon terus keluar rumah amik gambar ramai2. Selfie wajib ye. Kalau tak selfie takde la gambar aku nak share bg korang tengok. Actually ingat nak tunggu Bro sampai tapi lama giler wehh.. Raya sakan dia tuh. Lepas semua dah makan kenyang2 kami pon decide nak ambik gambar group photo. Selfie sakan. Beria masing2 nak bergambar. hahaha. Rugilah dah beria pakai baju raya tak ambik gambar sama2 kan.

Semua tengah get ready. Betulkan samping masing2 ye.
Abg Nuar aku paksa pinjam Zahid punya samping. hahaha.
Dah ke belum ni wey!
Dah kenapa Wan?
Our selfie raya
Our selfie raya

Our selfie raya
Our selfie raya


Our selfie raya

Our selfie raya

Our selfie raya
Dah abis shoot group photo, masing2 buat hal sendiri melayan anak2 yang dah macam cacing kepanasan. Dah tak nak dok diam dah. Masing2 dah penat. Aku pon apa lagi.. nak ber selfie lah untuk diri sendiri pulak.

Zahid dekat belakang abis dia sebok dengan barang orang.
Tak dapat spek Ijan, dia sebok nak berebut go pro dengan aku pulak.

Berjaya jugak dia merampas go pro dari aku. Sentap aku tak dapat selfie banyak2. Baru sekeping je. Siot Zahid ni tau.
Kecoh. "Eh sini2 Ma, Mudme ambik gambar adik beradik" katanya.
Sekali yang datang Wan. Siap tolak Wan suruh keluar dari frame. hahaha
Lawak Wan tu. Dia buat bodoh je bila Zahid suruh ketepi. Dok lah keras kat situ jugak dengan topeng dia tu.
Ijan pon tak kasik can. Mari2 terus peluk Zahid. 
Percubaan Zahid yang teakhir nak suruh Wan dengan Ijan keluar dari frame.
hahaha
Hahaha. Jangan harap. Memang takde lah dorang nak keluar dari frame.
Time ni memang lawak abis. Sampai tertutup2 mata sebab terbahak2 gelak.
Salam Aidilfitri dari Wan Man
Dia pon nak jugak. Abg "Ketang" Man
Hahaha
Nah belanja timelapse selfie sekeping buat tatapam korang.


Sambil makan2 tunggu Bro. Manalah lama sangat tak sampai2. Pastu sambung makan lagi.

Kerusi tu kuat ok. Makan nasi dua pinggan pon mantain je.
Happy selfie uolss! hahaha
Selfie raya
Tuan rumah tak boleh cantik lagi ke posing tuh? hahaha
Lama tunggu bro. Sampai dah pkl 3 lebih kot. Last2 kami pon buat keputusan nak blah je dari rumah Zahid. Sebab ada rumah lain lagi nak pegi. Elok time dah nak gerak, Bro pon sampai. Tapi kami gerak terus. Sebab jam and time tu dah nak dekat hujan. Zahid dengan Bro dorang gerak kemudian. Berakhirlah beraya bersama #gengvantomyam nih. Happy. Kenyang. Dah jom gerak!

Petang 

Dari rumah Zahid kami terus pegi ke rumah Anden, Wawa & Sholehah. Aku, Mudme, Ijan, Wan, Salina semua gerak sekali. Tak lama kami sampai rumah Anden, Bro dengan Zahid pon sampai jugak. Anden kan dia balik bercuti raya, so tahun ni dorang 1st time nak proper raya di KL. Jadi dorang buat terus je open house supaya semua kawan2 boleh berkumpul dekat rumah dorang dan berjumpa. Senang kan begitu. Ramai jugak yang datang. Memang penuh la rumah dorang dari dalam sampai bawak ke luar. Kami sampai dalam pukul 4 lebih macam tuh. Sampai2 dah rasa lapar skit. Tapi takde lah lapar sangat sebab tadi dekat rumah Zahid dah makan banyak giler.


Macam2 ada dekat rumah dorang. Maklumlah chef Wawa balik Malaysia kompom lah banyak permintaan kiri kanan nak suruh dia buat kek yang best2. Aku pon tak sabar nak makan kek yang Wawa buat. Tapi yang aku paling teringin sangat nak makan mestilah Mama dorang punya Nasi Dagang. Cemas je masa datang kot2 dah abis. Dah masuk terus je ke meja makan. Nasib baik ada lagi. Tak tunggu2 terus je aku ambik pinggan bubuh nasi banyak2 duduk diam2 terus makan. hahahah. Padahal kau baru je lepas makan Nasi Ayam dekat rumah Zahid. Apa jenis batak lah kau ni kan. Ah lantak janji dapat makan. Memang this year aku nak makan macam2 jenis masakan di hari raya. Tahun sebelum2 aku memang tak suka sangat pegi raya2 suka duduk dekat rumah dan pegi 2-3 rumah je itu pon yg aku rapat je.

Masa sampai banyak food dia dah abis. Tapi sempat jugak merasa beberapa makanan yang Wawa buat. Aku takde ambik gambar food langsung. Maybe sebab penat and satu lagi dekat area food tuh ramai sangat orang. Malu lah aku nak beria2 depan dorang. hahaha. Pastu padan muka sendiri nak buat blog, eh2 sekeping makanan pon takde. Harus mintak Sholehah gambar2 food daripada dia. sob sob sob. Jom lah tengok skit gambar yang aku ambik dari instagram dia.

Haaaa. ni best. Tiramisu Cake
Picture Credit: Sholehah
Lemon Meringue Tart. Yang ni memang tak dapat rasa. hahaha
Picture Credit: Sholehah
Hummingbird Cupcake. Amboi sedap sangat cake ni.
Ada satu lagi aku makan namanya Manggis & Gula Melaka Cupcake. Yang itu pon sedap jugak.
Picture Credit: Sholehah
Vanilla Panna Cotta ni memang aku makan banyak. Takde lah banyak sangat tak sampai pon 5 bekas. hahaha
Picture Credit: Sholehah
Ini namanya Salmon & Asparagus Quiche
Aku suka sangat yang ni. Masa siang tuh Sholehah up gambar ni dekat Instagram dah tertelan2 air lio. Dok pk sempat tak merasa makan benda alah ni. Nasib baik ada simpan lagi skit. Dapat aku merasa.  Tapi gambar yang dah siap masak takde. So aku share jugak gambar yg masa preparation. Ah lantak. hahaha
Picture Credit: Sholehah
Ha ni lah antara food yang ada kat open house rumah dorang.
Banyak lagi actually. Yang ni sebahagian aje lah.
Picture Credit: Sholehah
Dah kenyang jom lah kita berehat2 kejap. Lepas tuh aku tumpang solat kat bilik sholehah turun bawah terus selfie lah kan. Amende lagi kau nak buat lepas makan. hahaha. aku suka je.. layan kan aje yee....

Selfie Raya. Bujang and maybe available hahaha.
Kalau menebang... kalau menebang.. dancing tarian zapin.
Burppp~ Alhamdulillah. Hahaha.
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Our Selfie Raya
Nah last sekali selfie timelapse. Harus ada lah kan... hahaha. juling lah bijik mata nengok nye ye.


Lepas selfie berjemaah kitorang terus balik. Tapi sebelum balik Wawa ada cakap nak makan Char Kuey Teow. Semalam nye kan dia terpaksa cancel kan. So marilah berjanji2. Zahid & Wan ikut kami balik rumah berehat2 dulu. Settlekan lah solat ape semua dulu lepas tuh pukul 9mlm kami terus gerak ke Mali's Char Kuey Teow. Zahid belanja malam tuh. Thank you Zahid. So kami order lah Char kuey Teow dengan Nasi Lemak Ayam. Orang agak ramai jugak. tapi takde lah sesak nak menunggu beratur terlalu lama. Sedang elok je. Dalam bape minit lepas tuh Butet dengan Fareh pon join. Dia actually dari rumah Anden & Wawa. Dia join lewat sebab dari Penang baru balik dari kampung.

Kami pon sambung la borak2. Pastu bro, Anden & Wawa pon sampai. Sholehah dia tak join sebab esoknya pagi2 dia nak kena kerja. Jauh katanya dekat Subang. hahaha. Lepak pon tak lama. Pukul 11mlm semua gerak sebab Zahid pon nak balik jauh. Esoknya pulak nak kena keja masing2, macam aku takpe rileks. hahaha.So sebelom balik marilah bergambar seround.

Muka puas kekenyangan gitu
Picture Credit: Bigbro
p/s: Cerita raya memang tak abis2 lagi. Kat mana lagilah aku beraya tahun ni kan. Next entry akan ku ceritakan ok. Daaa~

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook