Hari Raya Open House 2014 - Part1

12:46 am

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, esok last kita berhari raya. Meninggalkan syawal yg menjanjikan seribu keriangan kepada semua. Macam mana hari raya korang? Good? Sama jugak lah dengan aku. Tahun nih adalah tahun yang paling gembira sebab aku beraya sakan. Bukan sakan dari segi harta benda, tapi dari segi makannnn.. hahahaha.

Aku nak cerita pasal aku berhari raya sepanjang bulan syawal yang bakal meninggalkan aku dengan seribu satu kemanisan. Semanis manisan hang terhidang di sepanjang syawal ini. Hahaha. Ok jom aku ceritakan aktiviti open house aku ye.

9 Ogos 2014 | Sabtu

Pagi
Aku pegi beraya rumah opis mate Mudme dekat Jalan Klang Lama. Kami keluar rumah pon agak lewat. Pukul 2ptg baru keluar rumah. So bertolak lah aku ke rumah Zura. Sampai dekat pkl 3ptg macam tuh. Dekat rumah Zura ada hidangan mee kari, dengan rendang. Kuih raya pon banyak. Ada beberapa jenis kuih mak dia buat sendiri.

Aku tak tau lah this time aku memang nak sangat2 makan mee kari. Bukan main terbeliak mata kalau org cakap ada mee kari. Tersengih dengar. Tetingin sangat2 beria kalah org mengidam. So kat rumah Zura memang aku makan mee kari mak dia buat. Sedap. Sedang elok je mak dia buat. I loiike. Sampai dua kali aku tambah. Mana cukup semangkuk.

Lepas makan mee kari aku tibai pulak makan kuih raya. Aku kalau kuih raya aku memang tak suka banyak2 jenis. Kalau aku suke tart.. aku akan carik tart je. So setiap rumah aku pegi aku akan tanya "tart ade tak?" hahaha. Sedap tart. Lembut gebu je. Sama macam pipi aku. Hahaha.

Lepas dah kenyang terus lah pulang ke pangkal jalan. Balik terus ke rumah berehat2, solat dan mandi semua bagai.Sebab malam karang nak beraya lagi.

Malam
Belah malam pulak Aku dengan Mudme pergi beraya ke rumah Wan. Rumah wan dia buat open house dari siang sampai ke malam. Mulanya ingat nak pegi petang. Tapi si Zahid pulak ajak pegi malam sebab dia kerja hari sabtu. So kami semua pon berjanji lah nak pergi ke rumah wan belah malam.

Kami bertolak dari rumah lepas maghrib. Dalam pukul 8mlm macam tuh. Jalan agak jammed. Nasib lah pakai Waze, kalau tidak memang lah hampeh sampai lagi lambat. Ampang jammed gile kot. Yelah mana taknya.. hari minggu memang la time orang beraya. Jadi semua orang nak keluar serentak. So memang tak boleh lah nak elak jam tuh.

Masa kami sampai rumah Wan, Bro dengan Zahid dah ada. Dorang sampai awal. Kami dalam 8.25mlm macam tuh baru sampai. So kami pon terus lah join yang lain2. Mak Wan memang super woman wa cakap sama lu. Memang superb. Masak sorang2. I mean mak dia jadik chef lah. walaupon ada anak2 tolong here and there. Tapi memang respect masak semua sendiri food untuk open house. Production terus menerus ye. Tanpa henti di dapur.

Dekat rumah Wan ada Nasi Lemak dengan sambal sotong dengan ayam goreng rempah. Lepas tuh ada rojak, dan yang paling special aku rasa dan dah lama tak makan makanan ni adalah ubi rebus cicah sambal ikan bilis. Pergh. memang aku beruntung dapat makan dekat rumah Wan malam tuh. Sebab dulu masa aku susah, memang makan ubi rebus tuh cicah dengan gula. Memang takde lah sambal ikan bilis sebab nama pon susah kan time tu. Lagi ada desserts such as kek lapis sarawak, ada blueberry tart, dengan kuih kemboja. Tak lupa juga dengan coktail dan air gas. Perghh.. teringat kembali meleleh air lior aku ni hah. slurrrppp~

Aku memang dari rumah dah aim ubi rebus tuh. Sebab Ijan dia pegi raya rumah Wan awal. Dia banyak hal lagi and rumah dia nak kena tuju. So dia pepandai pulak buat lintas lansung food yang ada dekat rumah Wan siang tuh. Sengaja je tau nak bagi aku ni terliur mendengarkan ubi rebus itueewww... hahaha. Jadi suddenly macam teringin sangat2 nak makan ubi rebus time tuh. Nasiblah aku dapat makan ubi rebus bila dah sampai malam tuh.

Serius aku cakap, ubi rebus cicah sambal ikan bilis yang super sedap ni walaupon dulu orang makan waktu susah, tapi sekarang ubi rebus ni dah duduk dalam restoran yang mahal2 ok. Jangan pandang hina pada ubi rebus tau. hahaha. Memang lah superb malam tuh dapat makan sekali lagi air tangan mak Wan ni. Actually aku memang tau lama dah mak Wan ni memang pandai masak. Dah banyak kali dah merasa air tangan mak dia ni.

Right after ubi rebus, aku tengok semua orang makan nasi lemak. Aku pon sebok2 nak makan jugak. Ala kan raya. Mesti nak rasa semua sekali kan. Beria pegi ke meja display. Bukak bekas nasi lemak. Ya ampunnnnn... wangi nye lah bau nasi lemak. Aku memang tak tipu, bukan nak puji lebih2, tapi serius kalau korang ada dekat situ, korang pon akan bau aroma nasik lemak yang cukup sifat. Korang faham tak macam mana aku cakap ni? tak paham takpelah. Hahahah. So aku pon makan lah nasi lemak dan bertemankan sambal sotong dan ayam goreng rempah. Sotong pon power. Tak yah citer lah kan. Sebab semua pon sedap. Tapi kau jangan tanya Mudme nanti kau akan dapat jawapan hampa dari dia "Biasa ja. Macam rasa nasi lemak lah". Ataupon "Ntah". paling best kembang hidung dan tersengih2 menandakan dia bakal menjawab salah satu jawapan dia atas.

Dah kenyang makan nasi. Tengok Zahid ambik coktail nak jugak. Tapi malas nak pegi ambik just share je dengan dia. Sedap tapi sebab dia memang susu terang-terangan maksudnya lebih susu so aku macam tak berani nak pegi ambik sendiri satu mangkuk. Sebab aku memang ada problem dengan susu. Nanti mula la perut aku memulas sakit2 macam nak sengugut sakit nya.

Blueberry tart dia aku suka. Lepas makan pastu makan... pastu makan lagi. lepas abis satu g amik lagi satu. hahahaha. kek sarawak pon not bad jugak. dah kenyang2 dah masa tuh. So tempo terus perlahan2. Baru nak hadam semua makanan.

Elok kami dah hujung2 makan, Wawa, Anden & Sholehah pon sampai. So sambung lah duduk dekat meja makan tuh teman dorang pulak makan. Borak2 sambil makan2. Satu yang best nye. food dekat rumah Wan tuh kekal panas sebab macam aku cakap tadi lah. Production dekat dapur terus berjalan so apa yang abis akan terus topup. So kami makan benda panas2 lah jugak malam tuh.

Tapi kan. Tahap lahap teruk sangat. sampai tak ambik gambar food. Memang this year aku g beraya tak berminat pon nak ambik gambar sangat. Tak tau lah kenapa. Dekat rumah Wan ada lah sekeping gambar kami group photo.

Raya di rumah Wan.
Picture credit: Bigbro
Ini je sekeping gambar yang ada dekat rumah Wan. Itupon aku curik dari fb bro. Hahaha. Kami semua pon dah kenyang, nak beransur dulu balik. Tetiba wawa cakap nak ajak pegi makan char kway teow dekat Malis, Taman Bunga Raya. Dekat je la dengan rumah aku. So kami semua pon pakat2 lah nak pegi ke sana. Bersalam-salaman dengan Mak Wan then kami pon beransur.


Half way nak ke Malis, Wawa call cakap terpaksa cancel sebab dia nak kena terus balik sebab abang dia dari Kuantan dah sampai rumah. So marilah kita cancel. Tapi sebabkan Zahid dah separuh jalan. Terus call bgtau dia yang Wawa cancel but dia cakap takpe jom je lepak dengan dia. Sebabnya MRR2 jammed oiii. Kalau Zahid nak balik ke Nilai pon memang serabut perut lah dia nanti.

So kami teruskan lah agenda kami. Kami pilih dekat Enjoy's Corner, Desa Melawati. Actually ni kedai makan milik Sharifah Shahira dengan husband dia Ejoi. Alamat dia kalau korang nak pegi senang je. Kedai dia beroperasi dari pukul 5pm to 3am. Aku pon kira first time lah ni nak ty g minum kat tempat ni.

Enjoy's Corner
Lot 29703 Desan Melawati,
Jalam Kolan Air 53100 KL.

So aku, Mudme, Zahid kami lepak la bertiga. Borak2. Tak lama lepas tuh Ijan call cakap nak join. Sambung lah lagi borak2 sampai tak ingat dunia. Pukul 3pg macam tuh baru la kami semua balik. Sampai je rumah terus tidorrr.. ngantuk bangattttt

p/s: Esoknya nak beraya lagi... larat ke pergi beraya ni since dah balik lewat sampai santak ke pukul 3 pagi? Tunggu next entry aku sambung ye.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook