Welcome To The World Baby Boy Uthman And Dinner at Sate Pulau @ Menara Celcom, Jalan Semarak

9:49 am

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah. 26 Ogos 2014 | Selasa. Lahir la seorang bayi comel yang baru diberi nama depan je. Yang belakang Mama dia blom pikir lagi nak letak nama apa. Hahaha. Baby Uthman. Cute giler ok. Merah2 muka dia masa aku pegi melawat semalam. Ok. Tetiba je kan kau cite baby Uthman tapi anak sape? Anak kau ke baru lahir? hahahah. Actually baby Uthman ni anak Ijan and Suke. Baby ni anak yang ketiga and dia ada seorang kakak and seorang abang dan banyak aunty.. aku lah tu salah sorang dari mereka2 yang ramai di luar sana tuh.

Welcome To The World Baby Boy Uthman!
Kami biasa akan plan dengan kawan2 yang lain nak pegi tengok sama2. Suke beranak dekat Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. Memang anak2 dia semua dilahirkan dekat sana. Ijan tinggal kompol duit je untuk Suke bersalin dekat sana.. aahhaha. So kami pon plan lah janji jumpa dalam pkl 6 lebih dekat hospital. Tapi tuhla. kadang2 benda kita rancang ni selalu ada je tetiba kejadian2 terselit nih kan.

Aku memang plan nak teman Mudme pegi kedai printing petang semalam after office hour. So takpelah lepas je hantar print boleh la terus je pergi ke hospital tengok baby. Jadi aku pon ikut lah Mudme pegi office dia. Sebab senang lepas je office hour terus blah ke kedai printing. Tetiba Mudme cakap tak jadi pegi kedai printing sebab minggu depan baru tukang order nye nak ambik. Suddenly kakak aku whats app cakap mintak teman dia pegi NSK, Sri Rampai. Sebab husband dia kerja balik lewat. So takpe lah sebab aku fikir memang satu jalan dari office Mudme nak balik lalu ke rumah nanti terus ambik dia sebab kebetulan bawak kereta. Roadtax moto pulak blom pegi peridup lagi.


Abis je waktu kerja kami terus gerak nak pegi ambik kakak aku nak bawak pegi NSK. Tapi ikut Jalan Bunga Raya dia ada jammed skit lah dekat situ. Pasal tengah buat jalan kan. Terus aku suruh kakak aku keluar turun tepi jalan dekat area LRT area rumah kitorang tu. Kakak aku pon dok dekat2 ngan area rumah kami jugak. Aku sampai dekat situ dia dah ada. Siap tapau donut lagi. Suap menyuap lah aku dengan Mudme dalam kereta. Kelaparan pon iye jugak sebenarnya. Pegilah kami ke NSK dulu rushing2 beli barang. hahaha.. sebab dah janji kan dengan orang. Tak best la kalau orang tunggu lama2. Dah beli2 semua moh la kita. Aku hantar terus kakak aku balik rumah dia. By the time sampai rumah kakak aku dah pukul 7.05mlm. Dah alang2 kami balik rumah terus sebab dah nak dekat sangat masuk waktu maghribnye.

Mandi2 dan solat terus kitorang gerak ke hospital. Naik motor je. Senang. Kang masuk KL ngan jammed nye memang gila sampai2 kang 2 second je dapat tengok baby, tak best pulak kan. Start2 motor je lampu pulak buat hal. Puas lah mengetuk kotak lampu kat depan nak bagi nyala. Nasib kau tetiba nyala. dah jom gerak! Jalan la kami menyusuri Jalan Genting Kelang... eh.. eh.. tetiba lak lampu terpadam.. Mudme pon beria2 lah ketuk kotak lampu dia tuh. Adoiii aku dah pikir lambat lagi lah sampai ni kang. Nak tak nak kena jugak la berhenti betulkan lampu tu kan. Abis kang orang tak nampak kami bahaya kena langar pulak tak pasal. Dah la roadtax insurans takde. Hoiii naya wehh.

Tunggu turn tukar lampu motor
Masa sampai kat kedai bengkel tuh pon ramai giler orang tunggu turn. Tapi nak buat macam mana, kang kalau pegi ke depan lagi nanti tetiba takde kang lagi naya. So marilah tunggu jugak sampai giliran. Tengah tunggu2 tu tetiba je orang tuh datang kat motor cakap "u tukar lampu je kan? Mari saya buat u punya motor dulu". haaaa nasib lah dia baik hati nak buat kan dulu lampur motor kami ni ha. Kalau tak naya kompom lambat je nanti. dia buat tak sampai pon lima minit terus siap. Kami pon terus rempit ke hospital.

Suke tinggal dekat wad An Nur dekat tingkat 6, bilik no 7
Sampai2 terus parking. Masa nak naik tereserempak dengan Butet & Bro. Diorang baru lepas solat. Terus naik sama2 ke atas. Sampai2 je dekat wad ada kawan2 suke yang sama tempat kerja RHB. So aku pon sebok lah join jugak dalam tuh. Yang lain2 tunggu luar kejap sebab ada kawan yang tengah solat. Sementara tu aku pon ambik gambar baby Uthman.

Hello baby boy
Mama Uthman rileks2 main handphone
Uthman tunjuk fingers dia lah
Dah tak tahan. Uthman nak susu
Masa ni kawan2 office Suke dah sudah solat. So yang lelaki pon masuk dalam join tengok Uthman sekali lagi. Tak lama lepas tuh kawan2 ofis pon balik. Tinggal la kami2 je yang nak bemersra dengan baby Uthman. Cute sangat. Pipi merah2 delima. Geram aje rasa nak gomol2 je. Pastu kami pon bergambar la denga baby.

Amboi besarnya mulut dia menguap
Aku tak pernah lagi angkat baby yang baru lahir. Paling awal pon maybe 3-5 bulan. Cemas lah wei. Ada plak diorang suruh aku try angkat baby. Cuak plak aku tetiba macam nak suruh naik roller coaster. Dua hari je kot baby Uthman tuh. Still lembik lagi badan dia. Hai kang ada plak patah riuk anak orang aku kerjakan. Paling takut aku selalu imagine kot2 aku angkat pastu terlepas jatuh aiiii jangan buat main. Anak orang tuh kot. Kang tak pasal2 kena ganti. Anak sendiri pon takde lagi acaner nak ganti anak orang. Tapi dalam hati pon ada teringin pulak nak angkat Uthman ni. Rasa nak sangat2 angkat. Cute sangat kot pipi merah dia sampai tak tahan nak jugak dukung. Bila dah dukung baru rasa konpiden skit2. Tapi cemas jugak. Dukung dia macam tengah bawak air sirap dalam bekas yang penuh gila.. cemas weehhhhh.

Acaner? Ok tak? Dah boleh imagine dah. hahaha
Cute nye aunty Ma kan Uthman.. 
Uncle Butet pon dalam latihan praktikal jugak. Tak lama je lagi tuh nak ada baby juga
Uncle Bro with baby Uthman. Dah macam anak beranak dah aku tengok
With Daddy cool
Cak! cak! cak!
Macam sesuatu je kan. Motif tunjuk pakej bersalin? 
Lepas dah melawat Suke dengan baby Uthman. Kami terus pegi makan satay dekat pulau. Depan menara Celcom Jalan Semarak tu. Kat situ ada satay je. So jom lah pesan satay makan ramai2. Aku, Mudme, Wan, Bro, Butet pegi dulu. Sebab masa kami nak turun makan tuh Mak Cik dia baru sampai. Tak lama lepas tuh Ijan pon join. Jom layan satay. for your info situ ada satay ayam & daging sahaja ye. Jangan berangan lah nak mintak satay tembusu ke, babad ke... kang dia sebat kau dengan kipas satay baru tau.

Satay ayam & daging. Besar isi dia. memang berbaloi dengan harga RM1 sebatang wehh
Mesti kena ada timun dengan bawang & nasi himpit
satay! satay!
Ready to eat
Satay dah sampai pon still ralit sembang2 lagi
Lepas dah makan2 sambung borak2. Tetiba Bro cakap mata dah ngantuk jadi jomlah kita balik. Kenyang makan satay. Sedap. Siapa tak cuba lagi boleh la singgah kat kedai ni ye. tepi jalan je. Depan Celcom Jalan Semarak.

p/s: Geram je teringat kat Uthman yang pipi merah2 itu. Macam tetiba jugak teringin nak ada anak sendiri. Hahaha.

You Might Also Like

4 comments

  1. subhanallah chumel sgt baby..

    byk betul rintangan nak ke spital kan..hehehe..hurmmm, kite ade jugak dgr satay kat pulau tuh dh singgit secucuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhla Falsya... kita ni kelam kabut je rasa masa nak ke spital time tuh.

      Satay skang mana2 dah naik RM1 kan... Pernah tak try satay Zaini dekat Ampang? Kat sana ada satay perut tembusu de gan satay kambing..; sedap jugak

      Delete
  2. Salam ziarah

    Comel sgt, muka baby merah-merah lagi. :) SubhanAllah. InshaAllah pas ni turn awk ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh la saya harap ada rezeki.. terus mencuba je ni... hehehe.. tq singgah blog saya... :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook