Hari Raya Aidilfitri 2014
4:18 pmSelamat Hari Rayaaaaaaa...
Selamat hari raya semua. hari ni dah 25 hari raya. semoga raya kali ini lebih bererti bersama keluarga tercinta. raya sana sini. jemputan tak abis lagi.. raya korang macam mana? aku simple but meriah uolsss...
Tahun 2014 giliran raya kampung mudme di Kulim, Kedah. biasanya kalau raya kat kedah ni kami akan balik awal dalam 2-3 hari sebelum raya. sebab 2 hari raya malam je kami dah kena balik kl beraya dengan mak aku plak. actually turn aku jaga mak lah pulak.. sebab kakak2 aku nak balik beraya kat kg suami masing2.
MIL kat kedah tahun ni beraya sorang je tanpa FIL. sebab FIL dah meninggal dunia. Inalillah. so urusan beli kuih2 raya semua kami settlekan dekat kl je. kebetulan gaji mudme lambat masuk. so kami tak boleh nak beli apa2 untuk kuih2 di kampung. dok tunggu gaji masuk je lah.
Tapi baju raya aku ngan mudme dah siap awal2 lagi. sebab tau takkan sempatnya nak beli last2 minute. tambahan plak kalau last minute ni sume nye nak beli terasa lah duit tuh kuar macam air nanti.. kang kena jimat2 tak dapat aku nak puaskan hati aku membeli belah. hahaha.
1-2 bulan before raya kami dah beli samping untuk mudme. beli dekat jalan tar. kebetulan pergi betulkan bateri hp mudme ada problem. sambil tunggu 1 jam orang kedai tu suruh jalan2 dulu.. kami pon terus pegi jalan tar. tengok2 sekali ada kaler untuk samping yang kami nak tu, terus je beli. takde nak pusing2 lagi dalam tu.. terus ke arked beli butang baju melayu pulak.
Part aku pulak nak mencari tudung je. carik kain satin kaler kuning gold.. jahit tepi terus balik jahit manik. tahun ni simple je baju raya.. takde tampal2 lace or bunga2.. just beads sahaja pada baju dan tudung.. ringkas bagi aku dan cepat.
Sebab apa cakap tudung je dengan samping n butang baju melayu? baju kau takde beli ke? hahaha. bukan camtu. kami ni baju raya setahun terus beli 2 pasang seorang kain untuk buat baju. lepas tu jahit satu pakai tahun ini, yang satu lagi pakai tahun depan... so yang tahun ni hasil dari pembelian dari tahun lepas lah. hahaha. hebat tak? hahahaha.
tema tahun ni kami pakai kaler "deep jungle" di padankan dengan warna "yellow gold". padanan color memang aku la yang beria2 nak warna apa itu ini kena matching segala. mudme dia ikutkan aja la... malas nak gaduh2 ngan aku. hahaha. kasut raya aku pakai yg tahun lepas. mudme pakai crocs yang bertahun2 lamanya. hahaha. tak yah bazir la.. pakai apa yg ada.
Bila gaji dah masuk baru lah kami beria2 membeli itu ini untuk di bawak balik ke kampung. senang sebab MIL dekat kampung takde transport. lagi pon dah tua tak larat nak mengusung barang segala. tunggu kami balik baru lah beli apa yg patut untuk masak di pagi raya.
so 2 hari sebelum raya, hari jumaat kami dah balik ke kampung. lepas mudme abis kerja. malam kami terus kejar balik ke kampung. jam toksah cakap lah.. sampai kulim pkl 5.15am terus sahur. kelam kabut macam nak tercekik. MIL masak plak tomyam.. rakus aku mengadap tomyam macam orang kebuluran. hahaha.
Yang seronoknya aktiviti malam raya. aku ngan mudme tolong MIL pasang langsir raya. siap cat rumah skit2 nak tampung mana yang dah terkena tempias air hujan dah tukar2 kaler tuh... so cat lah mudme dari beberapa hari sblm raya. suasana raya dah rasa dah.. seronok. sehari sebelum raya memang lah dah ready masak kuah kacang nasi himpit segala. tahun ni aku masak rendang daging tok. kalau tahun lepas FIL ada masakkan rendang hitam, tapi semua tu takde dah kami dapat merasa. takpelah yang pergi tetap akan pergi kan. sob... sob.. sob.
Di hari raya tak nak sedih2. jom aku tunjuk aktiviti aku di pagi raya bersama keluarga mudme di kampung. tahun ni mudme dah cakap awal2 yang dia nak beraya semua rumah adik beradik mak dia yang ada dekat dan jauh sekitar area kedah dan penang. aku ok je. tahun ni pon aku rasa nak raya sakan.
Selfie di pagi hari raya. |
MIL pon sporting nak layan selfie bersama |
Raya 2014 |
Haha... gambar tak nak kalah. shoot pakai go pro hero3+ di pagi hari raya. bukan main lagi tersengih di pagi hari raya... pagi raya memang agak kelam kabut skit. pagi2 siap2 ke masjid dengan mudme dan MIL. lepas solat kami terus balik. sampai je rumah tak sempat buat apa2 budak2 dah datang beraya. nasib air semua dah siap buat siap. tinggal nak hidang je.. so meriah suasana beraya berterusan.. people come and go. kawan2 kampung mudme pon ada datang juga beraya.. jiran2 sekitar rumah MIL aku pon ada yang datang.
Yang kelakarnya.. tengah duduk2 mudme cakap.. rasa macam ada sesuatu kan sambil buat muka. aku pon pelik tanya amende nye ada apa2 lagi ke? sambil aku tengok muka dia hidung dah kembang2.. sekali.. Ya Allah.. boleh tak aku tak salam mintak maaf lagi raya dengan dia? hahaha. dah la buat dosa tak nak mintak maaf pulak kan. harus sangat kau ni nak masuk neraka ke? hahaha. lepas tu bersalaman dan berkasih-kasihan la kami laki bini meminta ampun dan maaf. duit raya awal2 dah bagi dari kl. tapi aku simpan. tak nak pakai. hahaha.
Lepas orang dah mula kurang kami pulak beraya ke rumah Mak long kat belah atas. dalam pkl 3ptg macam tuh paksu mudme datang beraya... seronok ramai keluarga paksu dan maksu ni.. dorang datang dari Sungai Petani.. meriah sangat.
happening. satu keluarga paksu dan maksu baju sedondon |
Esoknya hari raya kedua kami pulak bergi beraya ke rumah paksu dan maksu dekat sungai petani. kebetulan abang mudme dari tunjang sampai.. so marilah kita beramai2 ke rumah paksu. tapi sebelum ke rumah maksu. kami singgah dulu di rumah mak lang mudme. disebabkan rumah mak lang dekat sangat dengan rumah maksu, jadi apalah sangat singgah sekejap. kata pon hari raya kan. so beraya la bersama mak lang berborak sambil makan kuih raya dan kek. kat rumah mak lang tak lama. sebab banyak lagi rumah kami nak pegi. tak berlengah terus ke rumah maksu.
Kat rumah maksu kami makan nasi ayam.. sedap. A1 aku beri. maksu ni cute. suka je aku melawak2 dengan dia. tapi takde pulak ambik gambar. sebab tak larat pon satu kenyang beria. lepas je dari sungai petani terus kami pegi ke penang pulak.. haaaa.. jauh berjalan... naik jambatan turun jambatan.. nak beraya punya pasal. iyelah 2 hari je raya.. memang tak puas kalau nak berjalan banyak tempat kan. dekat penang pon beraya sakan makan nasi beriani. tapi ntah memang takde gambar. memang tahun ni nak lahapppp je rasanya.. tak nak ambik2 gambar ni. lepas je raya kat penang balik pulau.. terus ke tanah liat pulak. pergi rumah maknjang mudme. makan lagi dan lagi dan lagi. sampai senak2 perut penuh gila. tapi maknjang masak sedap. aku makan jugak dan tambah dan tambah lagi. hahaha.
Balik dari situ terus ke rumah takde singgah2 dah.. dan terus terbaring kekenyangan macam dugong. oh indahnya beraya tahun ni di kampung mudme. rasa puas sangat2 tahun ni beraya suasana di kampung.
Oiiii panjang bebenor cita raya di kampung MIL aku ni. tapi memang takde gambar nak share. sebab terasa perubahan raya nye pon bukan main lagi asik g beraya je.. takde gaya nak pegang kamera sangat amik gambar. lepas tuh aku siap2 kemas barang sebab nak balik kl dah. otw balik kl tu memang penat la kan. asik berenti je. sebab penat n ngantuk je mudme. kami sampai kl pon pukul 2-3 pagi hari raya ke 3. so habislah cerita beraya di kampung 2014.
Last but not least... nah aku bagi korang tatap selfie raya aku aku di kampung mudme versi go pro hero 3+
p/s: Esoknya raya ketiga. masih penat sangat2. mampukah menerima kunjungan orang datang beraya?
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..