Bukan seperti hari-hari yang biasa

11:19 pm

Assalamualaikum...

Pagi ni bangun macam biasa. Masak breakfast untuk Mudme bawak pegi kerja. Sekali lah tuh masak untuk Mak aku and Acap anak buah aku. Lepas tu kelam kabut gosok baju and seluar kerja Mudme. Aku memang selalu gosok pagi2. Rasa malas yang teruk nak gosok malam2. Dah bertahun terbiasa kalau nak gosok baju mesti nak tunggu pagi jugak.

Bila Mudme dah pegi kerja, Mak dengan Acap dah makan baru aku dapat rileks sikit. Kebiasaanya aku memang pilih untuk tido semula. Tapi ada timing aku pilih untuk buat design and submit dekat stock agent. Tapi pagi ni aku pilih nak buat design. Jadi tak ade la tidoooo? Oh nooo! Hahaha.

Lepas dah buat design aku sambung pilih gambar untuk blog pulak. Pukul 10am aku turun pegi beli ayam dekat mini market untuk masak lunch. Harini malas nak masak macam2. Aku nak masak 1 jenis je. Sup ayam. Haaa... bertungkus lumus masa dekat dapur pulak. Bersih ayam, sediakan bahan pastuh aku start masak. Nasib tadi dah siap masak nasi awal2.

Sementara tunggu ayam mendidih aku pon beria lah pegi vacuum dalam bilik. Beria sangat. Selalu bukan main malas lagi kau tuh kan. Hahaha. Pagi tadi bukan main terlebih rajin aku ni. Tapi bagus jugak lah kan kalau boleh buat 2 kerja dalam waktu yang sama kan. Cepat lah sikit siap nye tuh kan.

Mak aku selalu aku siapkan makan mesti pukul 12tghri. Tapi ada masa lambat jugak. Pukul 12.15tghri tadi Mak aku pon makan dengan Acap anak buah aku. So by 12.30tghri semua dah settle makan. Dapatlah aku rileks 1/2 jam sebelum Mudme pulak balik nak makan lunch pukul 1pm.


Sempat lah buat entry sekejap. Lepas tuh Mudme pon balik lunch. Biasanya dia akan rest dulu. Atleast 15-20 min. Sebab naik motor kan panas, so dia rasa tak larat sikit lah. Biasanya paling awal dia makan pon 1.40pm. Pastu rehat kejap bagi nasi turun then dia akan balik semula ke opis pukul 2pm. Setiap hari ye macam ni. So sebab tuh aku tak nak masak hari minggu biasanya. Sebab dah penat masak sepanjang weekdays. Aku pon nak rehat jugak dari masak. Walaupon aku hanya masak ikan goreng je pon tetap penat ye.

Pukul 2pm bila Mudme dah masuk semula opis, the rest of the day adalah milik aku sepenuhnya. So time nih la kalau aku nak tengok drama korea ke, sambung design ke, baring2 atas katil ke. Haaa. Seronok kan? Hahaha. Cuma kadang2 Mudme akan tanya aku bile dah petang ada kudap2 ke tidak. Biasa nye aku memang malas je nak buat minum petang. Selalu suruh dia beli je kuih goreng pisang dekat giant melawati tuh. Tapi harini dia request nak makan cucuq ikan bilis. So aku pon oklah since bahan2 pon still ada sikit lagi. Lagipon aku dab lama tak buat minum2 petang nih. Padahal simple je kan.

Time aku masak cucuq, Mudme pon sampai rumah. Siap2 goreng semua, the  aku simpan balance dalam peti. Saje malas nak habiskan bancuhan tuh. So makan lah kami berdua. Mak aku tak makan dia baring2 dalam bilik. Lagipon esok nak pegi ambik darah dekat klinik kesihatan. Kena pantang makan sikit lah.

Masa balik petang tuh Mudme dah mengadu pening2 kepala. So lepas solat tadi ni dia dah naik katil baring. Muka nampak macam tak larat nye. So aku bagi dia minum air madu secawan, lepas tuh tutup lampu bagi dia rehat. Biasa time2 macam ni kami dok layan internet lagi. Tapi sebab dia dah tido dalam bilik tuh and lampu pon dah padam, aku just lepak dekat luar je teman Acap layan cita Upin Ipin. Makan pon tak. Takde geng. Mudme dah tidor dalam bilik tuh, tak sampai hati nak kejut dia bangun makan. Biar bagi dia tidor sampai esok. Lagipon esok nak bangun awal. Nak bawak mak aku pegi klinik.

Malam ni terasa macam bukan seperti hari-hari yang biasa untuk aku. Biasa time macam ni kami borak2 lah, tukar2 idea, share info. Tapi macam panjang pulak malam ni tanpa bebelan Mudme. Hahaha. Rasa tak best je. Tapi bagus jugak dia tidur. Esok kalau dah segar ok sikit nak mintak tolong apa2 nanti.

p/s: Rasa macam nak tidu sekarang jugak. Takde geng nak gelak2 and kutuk2. Hahaha





You Might Also Like

1 comments

  1. done follow awk..nnti follow kita jugak yek...
    http://eikorina.blogspot.com

    ReplyDelete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook