Selamat Hari Jadi Yang Ke 34 Don Buttet and Dinner at Cafe Jiran @ Wangsa Maju, Kuala Lumpur

6:48 pm

Assalamualaikum...

Woi.. woi... happy birthday! happy birthday! Tua dah hang Butet nooo... tapi kenapa muka nampak muda jeee? Tapi hang memang tua kan? 34 tahun tuh kira tua lah kan? Hahaha.

Semalam 4 Sept 2014, hari jadi Buttet. Dia ni pon salah seorang kawan2 aku jugak.  Dah lama kawan dari tahun 2007. Berkenalan dekat FMDC. Ada gathering geng2 kamera gituuwwww.

Memandangkan Butet tak pernah tiup lilin kek sendiri, so marilah kita meraikan hari jadi dia pada tahun 2014 ok. So aku pon ajak dia dengan kawan2 dinner bersama2. Sebab birthday dia jatuh hari weekday, jadi tak dapat nak pegi jauh2. Nasib baik dia baik hati nak turun KL. Pasal kami yang lain2 semua dekat KL. Butet dengan Zahid je dekat area Bangi/Kajang/Nilai. Tapi malam semalam Zahid tak boleh join. Ada hal lain katanya. Suke pon tak leh join jugak. Sebab kan tengah berpantang lepas lahirkan baby Uthman. Its ok. There's always next chance.

Butet pilih sendiri tempat makan malam tadi. Dia kata nak makan dekat Cafe Jiran. Takpe lah marilah kita menunaikan hajat beliau itu. Petang tu lepas Mudme balik kerja kami pegi Jusco. Nak beli apa? Beli kek. Yeay! Saje teringin nak belikan dia kek sepotong. Nak besar hang beli lah sendiri yeh tet. Aku pegi Secret Recipe then terus je beli Chocolate Cheese Cake. Done. Balik.

Malam pukul 9mlm dia sampai rumah aku. Call suruh turun. Amik kek terus buh dalam beg. Turun bawah. Vrooomm~ blah terus ke Cafe Jiran. Sampai sane lebih kurang pukul 930mlm. Tengok Wan & Ijan dah sampai. Tapi berdiri tepi luar restoran je sebab meja full dekat luar. So aku pon pegi masuk dalam tanya2 kot2 la ada meja kosong.

Masa masuk tuh aku dah nampak dah ada satu meja "Reserved". Tapi aku tak peduli aku tanya jugak. "bang kat dalam ada meja kosong tak?" abang tuh sambil tengok meja yang aku nampak telah di "Reserved" tuh sambil tengok jam. "Meja tu tadi dia call cakap nak datang pukul 9mlm. Ni dah pukul 9.30mlm ni. Aku pon tak tunggu lagi terus letak beg atas meja tuh. "Ye lah bang. Tak datang la tu. Meja ni bagi saya. Kami 7 orang. Nak celebrate bday kawan saya. Terima kasih:". Abang tuh tengok aku letak beg. "OK". Hahahaha. Terima kaseh abang.. cup.. cup.. cup.. cium pipi skettt... terus dia panggil staff dia angkat "reserved" tuh.

Kami semua dok lah meja tuh. Baru duduk tengok Bro pon sampai. Rupanya dia dah tersalah pegi ke Cafe Jiran lama yang dekat Keramat AU3. Aku pon lupa pulak yang bro tak pernah pegi Cafe Jiran yang baru ni. So untuk korang2 yang kat luar sana kalau nak pegi jangan tersilap ye. Malam tuh kami celebrate lah Butet dekat restoran Jiran tuh. Nah alamat aku beri kat korang yang nak pegi ye. Supaya tak sesat.

No 23 Jalan 3/27D
Seksyen 6 Wangsa Maju
Kuala Lumpur
Contact: 013-369 9436

Dah sembang2, marilah kita order. Aku order banyak kot. Ntah la aku ni kalau kat Jiran ni mesti nak order banyak. Sebab bagi aku kat Jiran ni harga  dia agak murah lah jugak. Tapi Ijan memang siot. Dia cakap dia tak heran kalau tengok aku order banyak. Sebab dekat Enjoys Corner harituh aku order banyak jugak katanya. Eeeeee.. sesuatu sangat kan Ijan tuh. Semenjak dah berblog ni, aku dah assign siap2 Mudme kalau setiap kali keluar je sila lah ambil gambar. Jangan miss moment ye.. Hahaha. Kesian kat laki aku.

Sementara tunggu order haruslah kena berselfie dulu. Nak masuk dalam blog lah katakan. Kang cerita berkajang2 gambar takde tak best lah. Aku pon bosan kalau nak baca balik. Hahaha.

Happy Birthday to You. Squashed eggs and stew. Bread and butter in the gutter. 
Happy Birthday to You.
Tudiiaaaa... besaq gambar besday boy nye. Penuh cahaya keimanan. Kelakar time nak shoot. Jiran ni dah la lampu dia ala2 romantika di tampoi... kau nak shoot gambar nanti gambar kau hasilnye pon ala2 Nokia 3310. Jadi dorang pon keluarkan lah torchlight masing2. Hahaha.. tuh yang selompang tepung gomak menyimbah muka besday boy nih. Terus nampak macam umur 24 tahun gituueww...

Santai. Layan selfie seketoi
Order saja. Butet bayar.
Cafe Jiran menu
Amboi... amboi... amboi... sangat jari tuh Ijan
Time ni semua dah keluarkan torchligt memasing. Hahaha
Rahsia awet muda walaupon dah tua adalah berkahwin. Tak caya tanya Butet
Happy benor Bro. Single. Not sure available ke tidak. Hahaha
Aku & Mudme
Kau tengok. Ligthing man tengah buat kerja dekat belakang.
Kau mampu dinner sambil pakai sunglasses. Ala2 retis. Tapi kata nye terkena penyakit Conjunctivitis
Ok. Sebab ini entry untuk hang, aku kasik can hang pout mulut hang dan ala2 duck face gitu
Ok. Buruk sangat. Tapi aku sukaaaa. Hahaha
Malam tuh Bro bawak brownies. Sedap ok. Siap tapau bawak balik rumah lagi
Selfie lagi. Tak peduli orang keliling. Janji happy.
Sesi selfie pon berhenti. Benti pon bukan sebab penat ye. Jangan salah sangka. Benti sebab food dah sampai. Hahaha. Kalau tak sampai2 lepas 4 jam pon selfie.. selfie.. terus selfie.. Makanan dekat Jiran ni dia pelbagai, dari local food, western, italian and so on. Jadi malam tuh kami memang mostly order western je. Ingatkan dekat sini ada jual Laksa Johor. Tapi tersilap tengok, takde pulak. Tuh yang aku order western jugak macam yang lain2. Jom tengok menu apa yang kitorang order dekat Cafe Jiran nih.

Mushroom Soup (RM3.20). Garlic Bread (RM2.10)
Yang ni aku punya. Aku kalau datang sini, dua benda ni memang wajib aku order. Walaupon ada main dish tetap lah nak jugak order benda alah 2 ni. Macam wajib je aku rasa. Roti dia lembut aku suka. Tapi kalau toast dia lebih skit bagi ranggup lagi sedap. Mushroom rasa sama je tak berubah. So far bagi aku sedap.

Fish N Chips (RM9.50)
Fareh order yang ni. Dia cakap dia suka. Sedap katanya. Aku memang kalau pegi makan kedai western benda ni paling last aku order. Hahaha. Tak tau kenapa tak suka makan fish n chip. Sekali sekala takpe. Kalau takde pilihan baru pilih yang ini.

Chef's Mix Grill (RM24.20)
Birthday boy pilih yang atas ni. Kau tengok lah hotdog dia dalam pinggan tuh. Hahaha. Amboiiiii meraikan diri sendiri dengan sosej jumbo. Sesuatu sangat malam2 ni makan sosej. Fareh kau ready je ok. Nanti dia basuh tangan kau pandai2 la buat apa yang patut. Hahaha. Yang ni aku rasa tak payah tanya lah. Sebab semalam aku perati je dia makan. Laju je sekejap je dah lesap. Maknanya sedap sangat lah tuh kan.

Chicken Chop (RM9.90)
Aku dengan Mudme makan yang ni je. Sebab kan memula aku nak makan Laksa Johor. Aku rasa macam pernah nampak makanan tuh dalam menu. Semalam pegi eh.. eh.. takde pulak. Tensen je.. terus aku order sama dengan Mudme. Takpe la. Chicken Chop pon boleh la. Belasah ajeee. Mudme kau tak yah tanye ye food dia rasa apa. Asal kenyang aje sudah ye. Tapi bagi aku kuah dia masin giler. Tapi tuh la. Aku rasa terus je lah tak makan dengan ayam dia. Bila dah makan dengan ayam barulah tak rasa dia punya tahap kemasinan yang melampau. Bagi aku biasa2 je. But boleh makan lagi lah.

Lamb Loin (RM22)
Ok. Yang ni pulak Wan & Bro order. Aku tanye sedap ke? Die cakap tak sedap. Rasa kambing sama je macam beli kat Carefour yang dah siap marinated. Hahaha. Orang dah biasa makan lagi sedap dari ni kan. Mesti tau beza2 dia rasa macam mana.

Fries & Wedges (RM5.40)
Aku punya nih. Eh banyak aku order? Suke ati kitewww lah.. hahaha. Aku just order je untuk buat cicip2 dorang yang sambil borak2 tuh kan. Ini aku suka. Abis jugak dah round2 table kan.

Fisherman's Platter (RM15.40)
Fisherman's Platter ni Fareh yang order. Aku seperti biasa memang tak suka sangat makan ikan2 nih kan. Tapi aku dah rasa la. Biasa je rasa ikan lah. Hahaha. Tapi dia campur dengan fries. Pastu ada lala salut tepung jugak. Kira ok lah. Actually untuk budak2 sesuai sangat. Nampak macam seafood campur2. Tapi takde ye. Puas Ijan carik sotong dalam tong tuh tapi takde ye. So kalau korang order yang ni jangan berangan nak carik sotong ke, siput sedut ke dalam ni takde ye. Yang ada hanyalah lala, udang, ikan dan fries.

Makanan dah sampaiii.. jommmm sefieeee.. hahaha bukan makan ye tapi selfie
Kau tengok Ijan dekat hujung sana dah hampir berbulu badan dia. Hahaha. Dia tanya ni dah boleh makan ke belom ni. Asik ambik gambar je.. Lantak lah kau Ijan. Skang kawan kau ni dah jadi blogger. Jadi sila bagi perhatian ye bila time makan kita kena selfie banyak2. Hahaha.

Isk isk isk. tengok lah Birthday boy... Sedap sangat tuh. Tapi motif tinggal kan sosej untuk dimakan kemudian? 
Last2 dapat jugak makan kan Ijan. Hahaha
Tungkus lumus Fareh makan Fish & Chips
Tensen ke Ijan? Hahaha. Tak abis2 amik gambar.
Mmm..dapnye.. kata kau. Kata dorang tak sedap mana pon. Hahaha

Suasana dalam Cafe Jiran
Dah kenyang makan. Skang time kita suruh Butet tiup lilin pulak. Tapi kelakar. Birthday sendiri kena nyala lampu sendiri ye.. Jangan macam2 nak orang nyalakan lilin bagai. Ingat skit awak tuh dah tua. Dah nak masuk 40 tahun ok. Hahaha.
Semangat nyalakan lilin. Teknik penting waktu ini nak lawan angin kipas yang kuat
Kepung jangan tak kepung. Cemas Butet api lilin dia nak padam
Picture of the day. Atok2 sangat Butet nih,
Malam semalam kami makan2 borak2 gelak2. Aku harap, kitorang dapat raikan besday kawan2 yang lain2 juga. Just untuk mengeratkan tali persaudaraan yang dah sedia terjalin. No negatif aura ye. Takmo.. takmo.. Harap Butet happy dapat celebrate besday dia dengan kami2 nih. Hadiah takde tet. Hanya sekalung doa lah ye untuk hang. Tak lama lagi nak jadi ayah dah. Jangan lupe simpan duit beli pampers anak ok. Selamat hari jadiiiii.

Jap.. jap.. ada lagi... ada lagi... sebelom tuh jom kita tengok skit fakta pasal Butet ni. Hahaha. Jaga2 tet. Ada yang memerhati. Lets check it out.

25 Fakta Tentang Butet

1. "Dah kurus tapi makan laju jugak". -Mudme-
2. "Dia pandai bawa diri dalam majlis". -Fareh-
3.  "Buttet suka makan Lai Chi Kang di pasar malam guar perahu, setiap minggu hari sabtu dengan meronda berbasikal dengan kawan2". -Aji Mael-
4. "Kuat saving duit. Itu bagus". -Bigbro-
5. "Happy go lucky". -Zahid-
6. Gas helium". -Reezuan-
7. Tengah sembang terus berdengkur". -Isma-
8. "Kuat makan". -Ijan-
9. "Tak tau malu". -Mudme-
10. "Bersama-sama kawan-kawan, nampak gelak-gelak dan tidak serius". -Fareh-
11. "Butet seorang ketua tingkatan yang baik hati. Tak pernah report anak buah sebab dia dan anak buah satu kepala. Dilantik ketua tingkatan 3 tahun berturut2 menang tanpa bertanding". -Aji Mael-
12. "Malas ambik gambar wedding kawan saya". -Bigbro-
13. "Peramah Butet tu". -Zahid-
14. "Kat tempat kenduri kalau ada lauk kambing, dia akan ambik satu pinggan penuh lauk kambing tuh. Takde siapa berani tegur". -Isma-
15. "Kuat tido". -Ijan-
16. "Orang Penang, tapi sokong team kedah". -Mudme-
17. "Di lain masa, suka cari ilmu". -Fareh-
18. "Butet kidal, cara dia pegang pensil lain. Tak macam biasa orang pegang". -Aji Mael-
19. "Penghibur macam tuh". -Zahid-
20. "Tak boleh nampak lauk sotong. Macam terlihat ganja gituu". -Isma-
21. "Suka naik beskal". -Ijan-
22. "Pulangkan Butet yang lama". Bila makan. Tertido. Bangun dan makan semula". -Mudme-
23. "Di rumah seorang suami yang baik dan bertanggunggjawab". -Fareh-
24. "Butet minat baca komik, dalam buku latihan dia lukis komik ikut kepala dia". -Aji Mael-
25. "Sebab kayuh basikal je dia kurus. Kalau takde basikal jangan harap dia nak kurus. Makan pon still banyak dan laju jugak (Ayat dengki)". -Isma-

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook