Tips merawat cirit birit seawal 5 minit

9:51 am

Assalamualaikum...

Jam kat henpon dah tunjuk pukul 11.00am. Kau nak kena masak makan lunch untuk mak dengan suami kau. Suddenly perut kau tetiba memulas yang amat sangat. Terus kau terjah tandas nak melepaskan segala yang ada dalam perut kau tuh. Sudahnya dah pukul 12.30 tengahari pon satu benda kau tak masak sebab kau sebok terbaring atas katil selepas 80 kali berulang alik dari katil ke tandas.

Haaaaaa... mesti korang pernah kena macam ni kan? Cuma yang pastinya kejadian dia je yang berbeza dari kejadian orang yang dekat atas ni. Kejadian ni benar2 berlaku terhadap siapa? jiran aku ke? makcik nasi lemak teksi ke? atau mamak tong gas? Bukan ok! Ini memang pengalaman aku sendiri ye. Hahaha. Adoiii... sekarang ni kalau teringat balik kisah2 cirit birit ni memang meremang je bulu roma aku. Mana tak nya.. kesakitan menahan sakit perut yang memulas2 rasa senak macam orang kena tendang dekat perut aku rasa. Amboiiii kau macam penah kena tendang je kan? Hahaha.

Aku kalau kejadian macam ni terjadi dulu2, mesti aku dah takde mood nak keluar ke mana2 pon. Terkena cirit birit ni tak best ye. Jangan lah kau datang nak buat lawak time orang yang tengah sengsara kerana cirit birit ni. Samada dia beri kau penendang sulung atau dia akan tercirit di mana tempat dia duduk. Jangan ye tak baik buat orang sedang menahan cirit birit lawak yang rank A+. Kecuali lah kalau kau cakap dengan girlfriend / boyfriend kau macam ni "Yangggg.. cintaku padamu seperti cirit-birit..... tak boleh di tahan-tahan" Hahaha. Mana tahu terus dia ajak kau kawin nanti.


Kalau terjadi macam ni nak buat apa? Memang macam2 ada orang bagi tips merawat cirit-birit nih... tapi kalau aku yang terkena, memang dalam kepala otak aku akan memakai satu je tips merawat cirit birit ni. Memang berkesan ok. Tips merawat ciriti birit seawal 5 minit! Betul ke ni? kau bukak buku kat mana dapat info macam ni? Ke kau terdengar makcik cleaner bersembang dalam tandas awam. Hahaha.

Cerita dia macam ni. Satu hari, aku terkena cerita cirit birit macam kat atas tuh la aku cerita.  Masa tuh sakit sangat and lain macam sangat dari time2 sebelum tuh terkena. Aku rasa macam nak pengsan asik nak kena pegi cirit aje. Pastu lepas je ciritan terakhir aku yang ke 80 kali (ok yang ni tipu) terus aku cepat2 duduk depan notebook and terus search tips merawat cirit birit. Terjumpa lah tips yang aku amalkan selama ni. Nak tau apa tips nye? Nanti lahhhh.. Korang cirit dulu 80 kali baru aku bagi tips nye. Hahaha. Jahat tak aku?

Tips merawat cirit birit seawal 5 minit yang aku gunakan adalah dengan mengunakan tepung gandum. Ape? Tepung gandum? Kau ni memang nak merasa penendang sulung kan? Hahaha.. Sabar dulu ye... yang aku cakap ni benar2 belaka. Hanya dengan 1 sudu teh tepung gandum dapat menghilangkan rasa memulas perut korang dan jugak masalah cirit birit nih. Jom tengok cara penyediaan tepung ni. Korang mesti tak sangka semudah ABC je nak sediakan ubat yang boleh merawat cirit birit nih.

1 gelas air masak
Jangan nak pandai2 guna air coke pulak ye. Tak baik untuk kesihatan tu
1 sudu teh tepung gandum
Belum pernah lagi aku guna tepung naik sendiri. Sebab badan aku dari dulu memang dah naik dengan sendiri nye. Hahaha 
Masuk kan 1 sudu teh tepung gandum tadi ke dalam 1 gelas air masak
Ingat. Jangan pandai2 nak terus sumbat tepung tu dalam mulut pulak. Melekit dan tercekik nanti jangan salahkan aku pulak. Aku cepuk korang nanti.
Ha nampak tuh? Tepung dah bercampur dengan air.
Kacau tepung dengan air sehingga sebati. Kena kacau sampai hilang ketul2 tepung tuh ye. Selagi tak sebati korang kacau lah sampai ok. Walaupun sehingga hari esok. Hahaha
Macam ni maksud sebati. Air akan berubah menjadi keruh. Lepas tuh korang biarkan air ni dalam 3 minit. Eh kenapa tak terus minum je? Kenape nak kena tunggu2 pulak?
Inilah hasil nye kalau korang tunggu selama 3 minit tadi. Tepung akan mendap ke bawah. Sebab kenapa kena tunggu tu adalah untuk bagi tepung mendap. Sebab yang kita nak minum air dia sahaja ye.
Kan aku dah cakap semudah ABC. Lepas je tepung dah mendap ke bawah, korang baca bismillah, selawat then terus minum air dia sahaja. Tepung tuh jangan lah minum pulak. Buang je ye. Aku selalu suruh Mudme minum air ni kalau dia terkena cirit birit. And if sape2  je yang terkena aku akan suruh diorang try cara nih. Alhamdulillah setakat ni pada aku berkesan. Tapi aku memang geram dengan Mudme. Kalau dia terkena je. Bila aku suruh dia cakap tak nak. Pastu asik lah ulang alik pegi toilet. Merayu kesakitan.  Muka macam sakit teruk sangat. Aku perati je perangai kau kan B. Hahaha. Bila dah malas nak minum and minum pulak sikit2. Mana nak baik cepat. Aku kalau boleh sekali dah terkena memang aku terus je carik tepung then bancuh dengan air minum laju2. Ntah apa la yang susah sangat kan nak minum. Ehhh... terlebih sudah emo nye. Hahaha.

Satu lagi. Kalau baby yang terkena cirit birit pon sesuai jugak korang campurkan tepung gandum tadi sikit dalam susu dia. Goncang2 and bagi lah macam biasa dekat anak. InsyaAllah dengan izin Allah baik lah sakit dia. Kadang2 maybe tak terus baik. Tengok pada orang la tahap terkena cirit nye kategori apa. Ini hanya salah satu tips yang ada, dan kebetulan dia berkesan pulak untuk aku. Jadi aku share lah tips merawat cirit birit seawal 5 minit ni. Jangan pulak korang salahkan aku pulak kalau tetiba korang buat tapi tak hilang2 jugak cirit-birit korang tuh. Aku jeling je nanti dari jauh. Hahaha

Cuba lah ye. Bukan susah pon nak buat. Penyediaan bahan pun 2-3 je. Kalau dah cuba nanti share lah pulak bagus ke tidak untuk korang. Ok lah. Nanti kalau ada lagi tips2 yang berguna akan aku share lagi pada korang ye. Ok. Bai.

p/s: Dulu asal terkena cirit-birit je mesti terus tukar kain batik. Senang kalau terasa2 nak melepas je cecepat lari masuk bilik air. Isk Isk Isk. Nasib baik lah ada tips merawat cirit-birit seawal 5 minit! Kalau tak mesti sekarang pon masih lagi buat cara yang sama.

You Might Also Like

2 comments

  1. haaa tips ni boleh pakai kat hasben aku yang mempunyai perut sensitif, dan asyik cirit aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jangan lupa.. pesan kat dia sekali teguk je. jangan malu2. nanti lambat baik nye... huhuhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook