Tempat Makan Yang Best Di Melaka Yang Wajib Di Singgah & Santai Di Melaka. Part1

10:50 am

Assalamualaikum...

"Jom hujung minggu ni pegi Melaka. Santai2 je... jalan2 carik makan!". Haaaa... inilah ayat pembuka bicara yang mana telah membawa aku pegi ke Melaka hari Ahad lepas. Short trip je ni. One day trip. Aku pegi dengan #gengvantomyam. Kitorang pegi 6 orang. Aku, Mudme, Wan, Bro, Ijan, Zahid dengan anak buah aku Acap. Saja aku bawak dia sebab dia tak penah lagi ikut aku pegi mana2 trip. Sekali sekala belanja dia jalan jauh sikit. Patutnya Butet & Fareh pon join sekali, tapi Tok Ayah dia meninggal hari Khamis. So dia terpaksa cancel.

This time trip ke Melaka naik kereta company katanya. Oklah muat2 je 6 orang. Kira nye penuh lah kereta tuh. Kitorang semua kena berkumpul dekat Ampang, rumah Wan. Kitorang berempat dari rumah aku. Bro & Ijan park motor kat rumah then terus je pegi dekat Wan.

Lepas subuh dah siap2 dah get ready nak berjalan. So aku bangun awal sikit masak kan siap2 nasi untuk Mak aku. Dah pesan dekat kakak aku datang rumah teman Mak. Maybe balik lambat sampai ke malam. Dah settle mandi2 uruskan Chika punya food pulak. Kali ni bagi dia makan lebih sikit supaya dia tak rasa lapar sangat sampai ke petang. Kitorang just nak tunggu Bro & Ijan je sampai rumah then nak terus gerak ke tempat Wan tunggu.

Elok ngam2 Ijan & Bro sampai je terus hujan lebat gila pagi2 lepas subuh tuh. Dah la berpayung bagai kitorang lari masuk dalam kereta. Dalam pukul 6.45am kitorang berempat gerak dari rumah aku. Jalan ok tak jam pon. Sepanjang jalan dari rumah aku memang dah hujan lebat kan, tapi sampai je dekat Duke dah tak hujan. Nasib baik smooth lah sikit perjalanan nye kan. Pukul 7.15am kitorang sampai dekat Puteri Park Plaza Ampang. Eh kenapa dekat Puteri Park Plaza? Kata nak pegi rumah Wan kan? Actually kalau kami travel menghala ke Selatan, kitorang selalu prefer parking dekat Puteri Park Plaza Ampang ni. Sebab parking tuh pun Wan punya family business jugak. So kira ok lah. takde lah  masalah nak parking kat situ. Sampai je terus parking then transfer masuk company car pulak.

Kitorang masuk tol Sungai Besi dalam pukul 7.30am. Kira ok sangat2 memang jalan tak jam pon pagi tuh. Senang sikit hati nak berjalan kan. Tapi kitorang kena keluar tol Nilai pulak. Sebab apa? Sebabnye nak kena pegi ambik Zahid pulak. Dia duduk dekat nilai 3. Dekat sangat dengan tempat shopping2 Nilai 3 tuh. Dah sampai rumah dia.. tapi orang nye tak keluar2 lagi dari rumah. Make up ape ntah lama2 dalam rumah tuh. Sempat lah masuk rumah dia kejap, salam2 dengan Mak Zahid. Picit2 perfume seround. Hahaha

Tepat pukul 8am kitorang bertolak ke Melaka. Kiranya semua dah ada lah time ni. Takde dah nak singgah2 mana2 lagi dah. Memang nak start mission terus. Kitorang pegi Melaka ni memang plan trip santai2 je. Takde buat gambar2 sangat. Maklum lah semua pon jual gambar. So sometimes memang ada plan siap2 trip untuk buat gambar. Tapi yang ni memang trip balik hari untuk carik tempat makan yang best di melaka dan wajib singgah! Haaa.. layan lah korang lepas ni dengan gambar2 yang boleh buatkan korang lap air lior ye.


Pukul 9.15am kitorang dah masuk Melaka. Terus menuju ke first place. Terus parking dekat sebelah kedai makan. Nak tau kat mana? Haaa... tempat makan pertama yang kitorang pegi adalah dekat Ujong Pasir. Nama kedai makan tuh Restoran Ming Huat. Haaa? Makan dekat kedai cina? Biar betol woiiii! Hahaha.. Jangan panik. Rileks. Memang pon nama kedai tuh Ming Huat. Masa dah sampai area kedai tuh kitorang mata melilau lah carik nama restoran tuh. Sekali aku ternampak satu kedai dengan konpiden je aku cakap "ha tuh kedai dia.. dah jumpaaa". Dorang semua pon tengok lah kedai tuh... eh2 sekali kedai yang aku tunjuk tuh dia tulis Nam Huat pulak. Apa lagi. Jadi bahan lah aku dalam kereta tuh kan. Gelak mengilai tak abis2. Tapi yang aku geram tuh, perlu ke kau nak letak nama dekat2 kan. Nam Huat dengan Ming Huat. Hadoiii dah lah tuh kedai dia dekat2 je.

Memang nama restoran cina, tapi dalam tuh dia ada bukak stall2.  Restorang ni muhibbah. Peniaga melayu, cina, mamak. Restoran sediakan air dengan roti bakar. Yang dekat luar semua gerai2 yang macam beca / jenis bermotor tuh. Ada jugak gerai cina dalam tuh. Masa kitorang parking tuh ada kedai yang tak bukak. So memang dah frust dah. Dah la datang dari jauh kan. Tapi takpe lah marilah kita order apa yang ada. Dah la lapar. So nafsu memang lah membuak2. Tengok makanan apa je semua nak kan time tu. Masing2 pegi order apa yang dorang nak makan.

Rojak stall
Haaa... nampak tuh? sampai berasap2 gerai ni. Yang ni gerai rojak. Dekat gerai ni bukan jual rojak semata ye. Ada Mee rebus. Pastu ada jugak jual "Mee Kahwin". Menda apa tuh? Mee Kahwin ni dia sebenarnya Rojak Mee je. Mesti korang biasa makan and tau pasal makanan tuh kan. Dia sama je. Kira yang tu specialty dekat gerai tuh la. Masa kitorang sampai tuh memang frust la sebab gerai ni tak bukak. Tapi elok je kitorang nak masuk ternampak pakcik tuh dia baru tolak gerai dia masuk area restoran. Rupanya sebab hujan lebat. So keluar lewat sikit. Nasib lah kitorang tak belah dari tempat tuh. Kalau tak memang tak sempat lah kami nak merasa makan dekat situ.

Pakcik ni lah owner gerai rojak ni
Telur sebaldi. Nampak sangat banyak order pakcik ni
Pakcik yang busy giler
Masa pakcik ni sampai je parking kereta sorong dia, terus orang berebut pegi kat gerai dia. Kitorang pon terus pegi dekat gerai pakcik ni. Pakcik ni tak dan berehat aku ingat sebab dia terus start buat order orang. Tapi ada dah dia siap2 bungkus dari rumah. So sampai2 dia capai aje yang itu dulu.

roti canai pon ada
For those yang tak suka makan rojak or mee kuah, ada jugak roti canai untuk dimakan. Dalam kedai ni food dia variety ye. So memang sesuai kalau nak buat tempat jalan2 carik makan korang.

Suasana dalam Restoran Ming Huat
Mee Rebus
First dish kitorang semua order dari gerai pakcik Rojak tu. Aku order Mee kahwin dengan Mee Rebus. Yang lain2 pon order benda yang sama jugak. Masa aku nak order tuh Mudme takde, sebab dia pegi toilet. So aku just order je la 2 menu yang berbeza. Tapi end up dia tak suka pulak. Acap pulak bila tanya dia cakap dia tak lapar. So aku makan je la dedua tuh.

Time ni semua orang dah lapar. Tak caya tengok Wan. Sampai terpaksa tutup mulut guna tangan. Hahaha
Anje sangat muka Zahid tuh
Mudme & Acap bukan peminat Mee
Ade sape2 tertinggal adik dekat Melaka? Sila kutip semula. Kesian dekat dia.
Ntah mende yang dia nak wok kan sangat ntah
Kenape kau Zahid?
Tengok tuh muka menahan kesengsaraan nak makan. Kelakar time ni. Zahid cakap dia takut nak makan Mee tuh sebab dia punya je bertukar kaler merah cepat giler. Orang lain semua maintain je. Hahaha. Actually kapur banyak sangat lah dekat mee tuh kan. Sebab tuh bertukar kaler merah. So dia tak boleh nak habiskan. Tak kena dengan tekak dia. Diorang yang lain dok perangat yang dia punya termasuk racun tikus, Hahaha. Dia komplen mee ni kureng sikit. So dia nak makan benda lain katanya. Honestly rasa dia biasa2 je. Takde apa yang nak dipujikan. But boleh try sebab bagi aku takde lah tak sedap sangat rasanya.

Roti canai dengan kuah dal
Mudme bila dia dah tak boleh nak makan Mee Kahwin yang aku order. Dia pegi order roti canai je 2 keping, tensen I. Rugi je beli mee tu. Aku makan kan sikit je sebab aku dah makan mee rebus kan tadi mula2. Mana larat lagi nak abiskan mee kahwin dia tuh.

Roti Bakar. Butter & Kaya
 Lepas tuh diorang order roti bakar pulak. Amboiii tengok tuh hah. Meleleh kaya dengan butter dia hah.. Tetelan lior skang aku nengok gambar ni. Errghhh. Serius roti dia sedap ok. Walaupon setakat roti bakar je tapi makan panas2 memang sedap. Nak2 kalau korang minum cicah dengan air kopi.. Uhhhhh... nyamannn. Acap lepas tengok diorang semua order ni terus dia pon cakap nak makan roti bakar jugak. Dia makan 3 set ok. Tak padan dengan badan cekeding. Aku pon risau jugak dia tak nak makan. Karang orang nak jalan2 nanti dia tak larat sebab kan lapar pulak. Nasib lepas tuh dia nak jugak makan roti bakar kan.

Tengah borak2 sambil makan roti bakar, tetiba gerai yang kitorang bebetul nak rasa sangat tu baru sampai. Wahhh... memang rezeki kitorang lah hari tuh dapat rasa semua yang kitorang nak makan dalam restoran tuh. Nak tau apa yang kitorang teringin sangat nak cuba? Nah aku share dengan korang.

Gerai ketupat serunding & nasi lemak
Nampak tak ketupat yang tergantung2 dekat batang besi tuh? Inilah kedai yang ditunggu2. Kitorang memang dah pasrah. Sebab bajet kedai ni tutup lah kan. Sekali lambat bukak rupanya. Or maybe memang dia bukak lambat. Dah nak dekat pukul 10am baru dia sampai. Tak pasti lah jugak sebab faktor hujan lebat pagi tadi tuh ke kan. Tapi yang pasti memang lah kami tak sabar nak makan makanan diorang ni.

Masa dorang tolak gerai ni memang dah siap2 macam ni dorang letak atas gerai tuh. So masa parking terus je dorang buat order, by the time diorang ni parking je gerai terus orang order. Kitorang pon nak rasa jugak lah kan. Wan yang pegi orderkan untuk kitorang semua.

Makanan tersusun rapi dan kemas. Lauk dari hujung sini sampai hujung sana
Sebahagian makanan yang tersedia dekat gerai ni.
Geram tengok ketupat ni. Debab2 tergantung dekat batang besi ni
Serunding kelapa. Makan dengan ketupat
Ikan bilis, kangkung, timun dengan telur mata. Yang ni semua bahan2 untuk dimakan dengan nasi lemak
Bizi giler akak ni bungkus nasi lemak orang order
Diorang ni buat kerja laju ye. So kalau orang ramai masa korang sampai kat gerai ni, jangan lah risau. Just order je. Sebab diorang ni buat kerja laju ye. Kalau korang tunggu2 nak order lepas orang dah reda pon boleh jugak. Sebab time tu memang makanan pon dah takde. Hahaha. Mungkin dah habis. Sebab sekali orang order banyak ye. Better terus order kat diorang ni kalau dah sampai. Jom aku bagi korang tengok penyediaan nak sediakan ketupat serunding nih

Masukkan ketupat dalam pinggan
Lepas tu taburkan serunding dengan kuah ke atas ketupat tadi. Tudiaaa... nampak tuh. Pekat kan kuah ketupat tuh.
Last sekali masukkan lauk yang kita nak makan
Penuh makanan atas meja
Korang tengok lah tuh. Penuh makanan atas meja kitorang. Masa ni ketupat serunding baru sampai. Memang masing2 dok ambik gambar dulu lah masa food sampai. Tuh atas meja mee yang tak abis makan. Sebab satu dah tukar kaler merah, satu lagi sebab Mudme tak nak makan. Hahaha. Sakan sarapan pagi. Bukan main banyak lagi makan nye.

Ketupat serunding sotong
Kitorang order ketupat serunding kelapa ni 3 pinggan. Satu letak lauk sotong, satu lagi letak lauk kerang, dan last sekali ambik yang biasa je. Sumpah sedap ketupat nih ok. Yang ni memang terus terang nak puji tahap kesedapan nye. Kitorang makan ni share2 je. Sebab dah kenyang makan mee rebus tadi. Tapi tuh la. Tak cukup jugak aku rasa. But at the same time dah kenyang. Maybe sebab sedap sangat kot terus datang rasa tamak nye nak makan banyak2 ketupat serunding nih. Serunding kelapa dia nampak macam biasa2 je. Macam tak cukup sifat dari segi kaler rupa lah. Tapi bila dia dah campur2 semua kuah dengan sambal... amboiii bukan main terangkat lagi rasa die. Pergghhh lap lagi air lior aku nih ha.

Round table. Sharing is caring
Nampak tuh. Makan share2. Punya lah sedap makan sampai tak bercakap sangat dah time ni. Bagi aku ketupat serunding kelapa ni memang A+ lah rank dia. Diorang yang lain pun memang cakap food ni sedap. Zahid yang cerewet tuh pon suka makan ketupat serunding ni. Memang marvelous lah. Nyum!

Sedap sangat lah tuh kan Zahid. Wan pon layan je makan mee kahwin. Ijan tak sedar punya lah sedap makan ketupat serunding sampai tercelup jari yang patah. Hahaha
Acap yang tak nak makan dari tadi pon sampai terngangga tengok uncle Bro makan
Aku pon turut terlayan dengan kesedapan Ketupat serunding sotong nih
Isma & Hasmi
Makan tak henti2. Tapi aku lah bukan Mudme. Dia bukan jenis mencuba. Kalau dia tak suka jangan lah kau nak paksa2 makan ye.
Ketupat serunding sotong yang tiba ke suapan terakhir. Memang lazat wehhh!

Total harga kitorang sarapan dekat Restoran Ming Huat ni adalah RM56.50 untuk 6 orang dewasa dan seorang kanak2. Memang kenyang giler makan dekat sini. Lagi kenyang bila sarapan kami ditaja oleh Wan. Terima kasih Wan. Semoga murah rezeki, kaya raya, panjang umur dan boleh belanja kami lagi nanti.
Landmark untuk ke Restoran Ming Huat
Kalau korang nak try jugak makan dekat Restoran Ming Huat nih. Just pegi je ke Ujong Pasir, then carik Welcome signboard macam dekat gambar yang di atas nih. Signboard tuh tulis Welcome to Portuguese Settlement. Haaa... bebetul mengadap pintu gerbanh ni la Restoran Ming Huat ni terletak ye. So jangan lah korang lepaskan peluang makan dekat sini.

Memang aku rekemen sangat2 makan ketupat serunding berlauk tuh. Kalau yang nak makan Mee & Rojak pon boleh. Setiap orang tekak tak sama. Better pegi dan cuba sendiri. Baru kita tau. Betul tak?  Bagi aku gerai2 yang ada dekat Restorang Ming Huat ni memang la tempat makan yang best di Melaka yang wajib di singgah. Mesti repeat lagi kat sini next time. Ok lah. Aku berhenti dulu dekat sini ye. Nanti sambung lagi pengembaraan makan2 dan santai2 kitorang dekat Melaka  ni. Nak alamat tak? Nah aku bagi siap dengan gps sekali ye.

Restoran Ming Huat (Ketupat Serunding Kelapa & Nasi Lemak, Rojak & Mee Rebus)
55-C, Jalan Ujong Pasir Melaka 75050
GPS: 2.187632 , 102.268703

Tel: 606-284 2642

Mon - Sun: 7.30am - 11.30pm
Closed on Sun

p/s: Apa antara tempat yang best pasal bandaraya bersejarah Melaka ni? Next entry aku share kan ye.

You Might Also Like

12 comments

  1. Huih...Nad orang Melaka pun tak tahu restoran ming huat ni...
    Boleh juga try nanti...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah Nad. Biasanya orang dari luar yang beria2 nak carik makan tempat2 best kan. Kadang2 kita yang duduk dekat negeri tu pon tak mencari2. Kebiasaan orang luar dari daerah. Huhuhuhu. Serius Nad kene try. Sedap sangattt.. :D

      Delete
    2. Salam..
      info menarik tentang Melaka..

      Tp jika ke Melaka lagi,
      boleh cuba utk menginap di homestay hamba..

      Ada pelbagai koleksi, dari yg setingkat biasa,exclusif, Villa hingga ke Banglo sebuah 5 bilik.
      ada juga unit yg telah dijadikan lokasi pengambaran dan tersiar di RTM & Tv-AlHijrah..

      berminat boleh layari..
      www.AnugerahHomestay.com

      atau click pada ID saya atas tu..

      Delete
    3. tq mohd hidir. InsyaAllah jika ada kelapangan lagi untuk ke Melaka. Mungkin juga bisa menjadi panduan kepada reader yang lain juga kan. ::D

      Delete
  2. Assalam Isma,
    YaAllah geram toi haih nengok FOODSSSSSS...
    konpem masok list sha kalo terjah Melaka...
    he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib! wajib! memang sedap tak tipu sha. huhuhu.

      Delete
  3. org tempatan panggil "kedai gemok"nickname utk Restoran Ming Huat.sesetengah penggemar Chinese noodle akan dtg bertandan kat situ.kedai tu dah lama buka sejak kecik2 lg dah ada.kedai tu skrg anak dia yg handle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo... lama juga kedai tu ye. makanan kiri kanan memang menjadi perhatian. walaupon duduk kedai tu minum air dan makan roti bakar, tetap tunggu lontong kering sampai bukak kedai dan order. huhuhuhu

      Delete
  4. Terpedaya ngan blog write.. So frustrating, bab nasi lemak n ketupat tu bole la. But rojak n mi rebus... X taw nk habaq pe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam yang saya cerita dekat atas tu, even suami dan kawan baik saya pon tak boleh terima makanan rojak mee tu.

      Dan tekak orang semua memang tak sama. Ada yang boleh terima, dan ada yang memang lansung tak boleh terima rojak tu dan kadang tu apa jenis makanan pon rasa tak sedap (frustated) dekat tekak kita. Betul kan?

      Terpulang pada individu masing-masing. Hehehe

      Delete
  5. Baru try pagi tadi.. ketupat punya kuah kacang memang A+.. rojak mee punya kuah pun sedap seakan2 kuah mee rebus.. lokasi betul2 dekat traffic light nak masuk Temasek Hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. rojak mee tu je selalu memang mencabar sikit rasa nye. kadang ada yang pegi terus rasa frustrated. dan ada masa orang lain pula yang pegi suka rasa dia. hehe. maknanya awak boleh terima lah kesedapan rojak mee tu.

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook