Selamat Hari Jadi Mak

12:28 pm

Assalamualaikum...

Fuhhh... Penat giler aku rasa hari tu. Tak terkejar masa. Tau2 je dah malam. Ye lah dari malam sebelum nye aku busy masak untuk makan-makan keesokan harinya. Actually hari tu aku and kakak-kakak aku plan nak celebrate birthday Mak dengan Abah aku, tuh yang dari semalam nye dah buat preparation masak-masak.

Hari sebelum tu kakak aku Cik Syima datang dari Rawang. So aku terus plan dengan dia nak buat makan-makan untuk Mak & Abah. Dia pon ok. So pergi lah kami mencari bahan-bahan masakan. Kebetulan Mudme pulak MC semalam sebab sakit kepala. Doc suruh dia rehat. Bacaan darah tinggi dia naik. Doc cakap dia stress and suruh dia pegi jalan2 bawak kereta tenangkan fikiran. Tapi dia hanya bawak kereta and bawak aku pegi beli barang-barang masakan. Hahaha. Kesiannn

Pagi semalam nye aku dah pegi market dekat rumah ni carik sotong kembang nak buat untuk makan2 hari tu. Nasib lah ada jual dekat kedai cina belakang ni, kalau tidak naya je nak kena carik sampai ke NSK Selayang. Aku malas ok. Kalau boleh nak carik yang dekat-dekat je. Sempat jugak ambik ayam terus. Dah settle tu terus balik. After solat Jumaat aku terus pegi carik kedai baking. Nasib baik dapat jumpa dekat Star Park. Dekat area Festival City. Beli bahan-bahan untuk buat cookies. Kakak aku teringin nak buat sendiri jugak. Since aku dah tau buat, so dia pon nak try jugak buat.

Macam orang gile aku masuk dalam kedai baking tu. Macam-macam ada ok. Aku memang geram je kalau dapat masuk kedai baking. Aku suka bau kedai baking sebab wangi bau coklat, cheese and macam-macam lagi lah. Dulu kalau masuk aku suka tawaf je masuk tengok satu-satu jenis yang ada dalam tuh. Dulu takde geng nak baking. Sekarang dah ada geng memang lagi syok la kalau dapat masuk lagi kedai baking. Hahaha.


Siap beli barang-barang baking, terus pegi rumah kakak aku Cik Lin. Pegi ambik penimbang dengan Oven. Dia semua barang ada kot. Tapi takde lah nak membuat. Jadi marilah aku pinjam and biarlah aku je yang buat ye. Semua yang berkenaan dengan baking aku angkut bawak balik rumah. Senang nanti kalau aku nak baking tak payah la aku beli dah semua-semua benda lagi. Apa yang betul-betul takde je nanti akan aku beli.

Semua barang aku dah angkut dari rumah kakak aku terus ke NSK Sri Rampai. Aku nak beli bahan-bahan lain untuk majlis Mak & Abah aku tuh. Sekali beli barang-barang untuk buat lauk Chika. Nasib dua orang kakak aku ada, so jadi cepat lah segala benda. Masing-masing ambik apa yang penting-penting nak  buat untuk majlis  makan esoknye. Cepat-cepat lah kami ambik semua barang-barang yang perlu, terus beratur, bayar and balik.

Sampai kat rumah terus siang lauk untuk masak majlis hari tu. Bertungkus lumus lah kami sediakan bahan-bahan. Ada yang kami masak siap-siap malam tadi. Senang kerja. Ada yang perap dan siang esoknya terus je kami goreng. Agar-agar pon aku dah siap buat malam sebelum nye. Elok lepas siap semua bahan-bahan untuk makan tengahari tadi terus aku start buat cookies dengan Cik Syima. Sambil aku tolong kakak aku buat cookies aku masak makanan untuk Chika sekali. Sampai pukul 2.30am aku berhenti memasak.

Pagi sambung lagi masak-masak. Aku buat dessert. Apple Crumble namanye. Aku buat 2 jenis. Satu apple saje, yang satu lagi tuh aku tambahkan buah pear. Kakak aku goreng ayam berempah. Harumlah satu rumah dek bau masakan kitorang haritu. Siap 2 bahagian apple crumble terus aku masak hot dog roll pulak. Meriah lah kami harituh makan. Suka aku dapat makan macam ni sekali sekala. Memang jarang lah nak ada makan-makan dekat rumah aku ni. Tapi sekali sekala buat kira nak meletup perut makan makanan yang sedap-sedap. Tapi Abah aku tak free pulak time tuh. Kena kerja. kena jaga projek rumah juta-juta dekat Bukit Indah. Kena pantau anak buah takut tak buat kerja. Takpe lah kami je lah yang meraikan hari jadi Mak aku hari tuh. Jom share gambar sikit untuk tontonan korang.

Hidangan di side table
Home made Apple Crumble. Fresh from the oven
Agar-agar santan
My superlicious Hot Dog Roll
Ubi Kayu rebus. Yang ni makan dengan sambal sotong
Walnut & Chuncky Chocolate Cookies. Baru siap pukul 2.30am
Telur rebus
Timun
Kacang goreng
Cocktails. Aku kalau buat majlis makan-makan memang akan buat  cocktails ni
Nasi lemak. Aduiii teringat pulak. Dah la tak makan lagi ni
Ayam goreng berempah
Sambal Sotong
Simple food untuk small family
Mak pon dah tak sabar-sabar nak makan. Asyik tanya je bila boleh makan?
Happy 60th Mak!
"I'm not 60. I'm 59.95 plus tax!"
Orang yang hebat memasak. Kalau buat majlis makan-makan memang ini 2 orang lah yang akan aku panggil masak kan untuk aku
Happy Birthday Mak! Semoga mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan tubuh badan, dan Allah peilhara dari segala macam kejahatan. Amiinn
Menu utama kami menyambut hari jadi mak adalah Nasi Lemak. Lauk nye adalah sambal sotong dan juga ayam goreng berempah. Aku rasa masakan ni salah satu masakan yang simple kalau kita nak buat makan-makan dan majlis tuh pulak waktu tengahari. Sesuai sangat lah aku rasa.

Side dishes aku buat ubi kayu rebus yang dimakan bersama dengan sambal sotong. Korang kalau tak pernah try makan ubi kayu rebus ni dengan sambal sotong sila lah cuba. Dengan sambal ikan bilis pon boleh jugak ye. Lepas tuh aku buat agar-agar santan dan juga cookies. Budak-budak memang suka sangat lah kalau dapat makan cookies kan. Apple Crumble tuh aku buat khas untuk Mak. Untuk raikan Mak tapi mak tak boleh makan banyak. Almaklumlah orang ada kencing manis mana boleh makan sedap-sedap sangat kan.

Seronok dapat makan dengan keluarga. Walaupon keluarga kecik tapi tetap seronok. Sampai ke malam kami makan makanan ni. Aku pon kenyang tak ingat.

p/s: Next time nak masak apa ye kalau ada majlis makan-makan macam ni?

You Might Also Like

2 comments

  1. happy birthday jugak buat mak .. hehe .. lapaar balik bila tengok makanan tue.. biarpun baru je siap makan .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aniesa... tuhla masa buat entry ni pon asik tertelan air lior je. huhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook