Terlajak perahu boleh diundur...

1:48 pm

Assalamualaikum...

"Terlajak perahu boleh diundur... terlajak tidur... tak makan lunch lah jawabnye kau yeee.."

Hadoiii.... nih pon satu masalah jugak kadang-kadang. Pagi tadi aku dah awal gila kot bangun. Lepas tuh masuk bilik baring-baring semula. Dalam pukul 7.30am pagi macam tuh aku dengar bunyi "pranggg..." terkejut aku. Terus bangun dari katil. Dah la masih ala-ala gelap lagi... lepas tuh aku pon mencari-cari lah apa benda yang bunyi tadi, sekali aku perati betul-betul dalam gelap tuh aku tengok bunga kristal mak aku dengan pasu-pasu dah terbalik. Ok itu takpe, tapi ada yang pecah oh. Terus aku syak si Chika lah tu yang buat. Eiii... geram betul lah aku. Darah dah mendidih dah ni. Pagi-pagi dah suruh aku senaman kan.

Aku pon beria lah pegi ambik kain basah nak lap segala serpihan biji-biji yang dalam pasu macam manik tuh kan, dengan bunga kristal yang dah patah-patah tuh. Ini kalau mak aku tau ni mau dia membebel satu hari. Sebab dulu pernah jugak bunga kristal yang sama pecah, seharian membebel. Terus aku pegi beli baru hari tuh jugak. Eh... malas nak pegi beli baru. Hahaha. Jahat giler kan. Kelam kabut lah aku seawal pagi tuh membersihkan pasu bunga tuh.


Dah settle tuh terus aku bagi Chika makan pulak. Aku rasa dia lapar kot, sebab tuh la dia meroyan memberontak nak bagi tau dekat aku. Dah settle chika punya makan aku terus cucuk kan insulin pada perut mak aku pulak. Dan mak aku pon sarapan pagi lah. Habis semua-semua kerja terus keluarkan lauk untuk masak lunch.

Tapi I is ngantuk. Masuk lah bilik semula. Tengok Mudme pon syok je tido lagi kan. Aku pon sambung lah golek-golek. Tapi tak sangka bila perasaan nak golek-golek tuh berakhir dengan tidur nyenyak pulak. Sedar-sedar je dah pukul1.15am. Hoiii... dah terlajak tidur, mana nak sempat makan nye. Isk... isk... isk... aku pon terus bangun mandi je lah.

Jadi terlajak perahu boleh di undur... terlajak tidur jom kita makan Pizza Hut. Hahaha. Boleh ke macam tuh? Ok lah nak pegi masukkan semula lauk yang dah dikeluarkan tadi tapi tak jadi masak. Nasib lah lauk mak aku yang semalam banyak lagi. Tinggal perangatkan aje. Macam kami takpe, boleh keluar cari makan kalau dah terlambat nak masak kan. Tapi mak susah sikit. Makanan special lah katakan. Ok lah nak siap-siap katanya Mudme nak pegi cuci mata lagi hari ni. Semalam dah pegi ke Liverpool Merchandise Store dekat Lot10 tuh. Hari ni aku tak tau lah ke mana pulak. Aku ikutkan aje lah.

p/s: Kalau tiba-tiba Mudme cakap nak belanja aku baju sehelai kan best. Hahaha. I sure happy punya lah.

You Might Also Like

2 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook