Weekend Baking Project - Chocolate Banoffee Cake
11:10 am"Nak join baking ke this week?". Kawan aku Sholehah tanya kat aku sabtu pagi semalam dalam pukul 8am. Aku terpikir2 nak join ke tidak. Sebab aku kan selsema. So kepala rasa berat hidung rasa lenjun. Kebetulan kawan sekolah menengah aku kawin jugak semalam. Itupon still terpikir2 nak pegi ke tidak wedding kawan sekolah aku tuh.
Bangun awal. Memang rasa nak terus baring2 je since hari minggu takde ape nak buat kan. Tapi keadaan hidung aku tak mengizinkan. So aku terpaksa bangun dari katil makan buah oren nak kasi hidung reda. Sambil2 dalam otak pikir2 nak pegi ke tidak join baking dekat rumah Sholehah dengan kenduri kawin kawan sekolah tuh.
Dalam pukul 11am macam tuh aku decide nak pegi kenduri kawan aku tuh. Bila dah nak pegi kenduri and nak keluar awal, kena la aku cepat2 siap2 pikir nak masak makanan untuk mak aku. Tuh yang end up aku masak kan mak aku Talapia Merah Masak Stim Limau Asam tuh.
Siap je masak2 aku terus lah gosok baju2 aku dengan Mudme untuk pegi kenduri. Pukul 1 aku terus pegi kenduri. Dah settle kenduri aku rasa dah ok sikit lepas makan. And aku decide nak join Sholehah baking. Terus aku whats app dia cakap aku jadi join dia baking. Balik rumah tukar baju and terus ke rumah dia.
Actually dia cakap kat aku yang sekarang dia nak try baking seminggu atleast 1 resepi. Aku pon memang happy sebab aku memang suke baking2 nih. Tak kisah lah cake, cookies, pie and so on. Cumanya aku takde kawan yang sama2 minat nak buat benda2 semua ni. Jadi since dia dah cakap macam tuh aku pon takde alasan untuk cakap tidak lah nak join aktiviti weekend ni.
Mulanya nak join dia awal, since pegi kenduri so dia start dulu. Dia buat cookies. Rugi sangat tak dapat join buat cookies. Aku memang teringin sangat nak bake cookies sendiri. Aku kalau dapat cookies macam dapat bantal busuk. Hahaha. Bila sampai aje rumah dia cookies dah siap baking dah pon. Adoiii melepas 1 baking project. Tapi bagus aku sampai aku dah boleh terus makan cookies since cookies pon dah siap elok sejuk boleh aku terus ngap aje. Hahaha
Chocolata Fudge Cookies |
Dark Lemon & Pepper Cookies |
Sesi kedua nak baking cake pon bermula lah. Memandangkan aku berasa tak berapa nak sihat semalam, so aku lantik diri aku sendiri sebagai sous chef. Hahaha. Kiranya ranking aku ni next to the head chef lah semalam. Lawak betol. Bebulu je Sholehah bila aku lantik diri aku sendiri sebagai sous chef. Secara tak langsung dia akan buat kerja lebih dari aku lah keseluruhan nye. Hahaha.
Sekarang jom kita tengok apa yang terjadi sepanjang baking project tuh dan jom aku share gambar buat cake. Sholehah decide nak buat Chocolate Banoffee Cake untuk baking project kali ni. Sila jangan pengsan tengok gambar banyak sangat ye. Biar gambar je berbicara. Kitorang start buat caramel sos dulu.
Sukat gula |
Didihkan cream |
Gula yang dah disukat tadi dimasak sampai dia tukar color |
Nampak tak bossy sangat head chef tu. Siap cekak pinggang lagi. |
Gula kena sentiasa kacau. Taknak bagi dia hangit |
Tadaaa. Hasil gula yang dah siap dimasak |
Pastu just campur je cream dalam gula yang dah dimasak tadi |
Kacau2 terus kacau |
Dah sebati tutup api ketepikan dulu |
Kertas ni guna untuk buat sukat. Contoh butter la. Takde lah melekat kat tempat penimbang tuh kan. So letak atas ni then terus buang je kertas ni lepas dah sukat |
Potonglah ikut kreativiti korang. Nak bentuk panda ke apa. Head chef dia buat bentuk panda. Hahaha. Ok itu tipu. |
Nampak tak? Macam ni kalau kita tak nak buat banyak kerja. Senang lapik siap2 atas kertas baking ni. |
Butter yang dah siap disukat |
Sukat tepung |
Masuk kan dalam bekas pengayak. Pastuh ayak lah tepung tuh. Untuk buang bendasing dalam tepung. |
Dah siap ayak, masuk baking powder dengan garam sikit. Asingkan dulu |
Masuk minyak mazolla ye adik2. |
Ha nampak tuh? Semangat ok aku membantu walaupon tak larat. |
Lepas tuh sukat buttermilk pulak |
Butter tuh tadi nak guna nanti. Nak masuk dalam caramel sos yang dah siap tadi |
Guna mixer untuk satukan bahan2 untuk buat kek |
Last sekali masuk kan cocoa powder |
Tringgggg! Dah siap. Semudah ABC. Tengok sepah kan? Haaa.. jangan ingat buat kek tak sepah ye. Yang dalam tv tu semua cantik je kan dapur dia. Tapi inilah hakikat sebenar kalau baking cake. |
Ambik kertas baking tadi, potong ikut jenis bekas pembakar. |
Pastuh masuk je dalam bekas tuh. Nampak tuh? |
Before nak bakar cake, kena letak butter dulu keliling bekas tuh tak nak bagi cake melekat |
Lepas tuh taburkan tepung pulak dekat tempat disapu butter tadi |
Ni bahan2 jugak ke? Oh ini bukan bahan2 ye.. ini tukang bahan je kerja nyeee. |
Last sekali masukkan bancuhan cake ke dalam loyang pembakar tadi tu. |
Lepas tu masukkan terus dalam Oven yang dah siap di pre heat kan |
Terus head chef tukar bekas pembakar yang jenis silicon ni pulak |
Time ni lawak sangat. Dia suruh aku masukkan bekas silicon tuh dalam oven, tapi aku cakap aku tak nak sebab takut dia lembik sangat kot. Nanti tangan kena oven panas lah. Hahaha |
Membebel2 head chef.. Hahaha. Sorry lah i tak boleh la cemas2 ni. Keadaan tadi membuatkan aku gelabah. |
Dah siap tuh just set je time untuk baking cake tuh |
Yeay! Kek dah siap. Amik pisau tikam diri sendiri. Hahaha. Tak lah. amik pisau cucuk tengah2 cake tuh tengok melekat ke tidak. Kalau tak melekat kira dah masak lah tuh ok. |
Orang yang takde apa kerja dalam sesi baking aktiviti dia ini je |
War katanya. Jangan kacau. |
Cake ni perlu dipotong dua. |
Tengok tuh head chef. Muka apa tuh? Muka cemas ok. Takut nak potong cake tuh sebab takut cake dah potong tapi tak bertemu di penghujung. Muka penuh focus |
Tengok tu tahap nervous nye muka head chef boleh diukur dengan muka sous chef dekat sebelah tuh kan. Hahaha |
Langkah terakhir untuk menentukan kek ni terbelah dua dengan cantik ke tidak. Cemas ok time nih |
Hahaha. Muka penuh kepuasan menandakan head chef kita ni berjaya bahagi dua cake ni dengan sangat baik sekali. |
Nampak tuh cake dah siap dibelah dua. |
Yang ni butter untuk topping. Tambah sos caramel dalam tuh sikit demi sedikit untuk mendapat rasa sos caramel tuh |
Bancuhan topping perasa caramel. Kena pandai2 lah time ni korang nak tambah sos caramel tuh |
Sementara tu aku membizikan diri dengan memotong pisang untuk diletakkan di atas cake |
head chef sapukan topping tadi tuh |
Then tabur lah pisang. Ikut lah tahap kesukaan masing2. Kalau pengemar pisang macam Mudme tuh sure suke kalau pisang tuh banjir2 melebih2 membuak2 kan. |
Nampak tu susunan dia? Ikut lah kreativiti masing2 masa nak susun pisang tuh |
Lepas tuh tuangkan caramel sos yang mula2 tadi dah buat tuh ke atas pisang tadi |
Ambik satu lagi cake then just letak je atas cake yang dah siap letak pisang tadi. |
Then sapukan balance topping caramel tadi |
Last sekali drizzle je caramel sos tuh dekat atas topping butter tadi. |
Dah siap! Mudah kan? Mudah lah untuk aku yang banyak tengok dari buat nih. Hahaha |
Sampai meleleh aku drizzle topping caramel sos ni |
Inilah hasilnye lepas dah siap |
Dah boleh potong dah ni |
Ready to eat? |
Muka tuh ready sangat. Mmmmm dapnyeee |
Chill2. Rileks2. Makan kek sambil tengok anime |
p/s: Teringin nak buat jam strawberry pulak.
6 comments
Macam sedap pulak bila tengok kek coklat with bananas and caramel sos tu. Haihh geramm hhehehehe
ReplyDeletehehehe.. dah makan lagi sedap.. kalau rajin eka pon boleh try jugak buat kek ni. tak susah sangat buat nye...
DeleteSalam Ukhuwah Fillah Hasmi ..Wahh sedapnyerr kek tuu ya ...
ReplyDeleteSinggah dan Follow Hasmi dahhhh ...
Jom singgah Blog Kak Lya http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
sedap sangat kak. kalau rajin boleh buat sendiri dekat rumah nanti. Hehehe.
Deletesalam perkenalan jugak.
haiiii.. =) sedap nye kekkk... suka buat kek... tp slalu tak menjadi.... jadi dah lama la tak buat... hehehe....
ReplyDeletenak add kat instagram boleh ? sebab cam menarikk je semua gambar tu... klik yg kat atas not found pulak.. -)
Alanye ke tak jadi.. takpe.. jangan putus asa... try lagi buat ye.. saya pon kalau try any resepi, if tak jadi.. mesti nanti try lagi sampai boleh.. huhuhu...
Deleteok. Sila lah add instagram.. id name ismahasmi. Terus pg instagram je add ok.. nanti saya betolkan link dekat tepi tuh. Tq bgtau... and tq follow dekat instagram.. huhuh
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..