Hidung Nak Meletop

10:05 am

Assalamualaikum...

Good morning! Ada yang tido lagi ke? Ni apehal? Pepagi cite letop2 nih? Hidung nak meletop? hidung sape? Hidung aku lah. Hidung aku ni rasa macam nak meletop! Sebabnya aku selsema tahap air hidung dia keluar sendiri dari hidung tanpa disuruh2. Tensen giler. Mata pon berair2 persis sedang menonton cerita saranghe drama Korea.

Actually dari malam tadi lagi aku dah rasa lain macam dah badan aku ni. Terasa macam kena demam kura2. Tau ke demam kura2 tuh macam mana? Dia rasa seram sejuk. Sampai mengigil dok bawah selimut dek kerana kesejukan. Tapi badan kau panas.

Dah la tuh kepala berdenyut2 menahan sakit sebab aku dok la srottttt.... srettttt... air hidung ni... tuh dia macam tangkap kepala pulak. rasa macam pening2 lalat sikit. Tapi aku tahan kan je lah. Malas nak layan sangat hidung aku nih.

Semalam pulak Mudme ajak lepak dengan kawan2 game COC dia. Ok takpelah. Memula rasa macam malas nak pegi sebab rasa seram sejuk dok baring je lah aku bawah selimut tebal. Tapi dalam pukul 10mlm macam tuh dah rasa macam ok. Jadi marilah pegi ikut dia melepak.

Sampai2 hidung aku memula ok lagi... ibarat paip yang tak bayar bil.. setitik2 je keluarnye. Tetiba dia start macam dah kat mengkuang dam pulak. Turun laju giler... aku syak sebab dekat dalam kedai mamak tuh ramai sangat merokok kot. Tuh yang aku rasa seksa nak menapas. Terus aku rasa sesak nye lah hidung aku nih.

Kedai mamak tuh pulak satu hal. Mintak order semua takde. Itu takde. Ini takde. Tensen. Aku dah aim dah kalau aku sampai je aku terus nak mintak air presh oren sebab nak redakan idung aku yang selsema nih. Eh boleh pulak dia cakap takde. Tapi nasib baik lah kedai sebelah ada jual. Beli kat sana.

Dah minum pon tak ok jugak. Sebab asap rokok tuh buat aku sesak napas ok. Rasa macam nak meletop hidung aku semalam. Tapi ku tahankan jugak. Puas dah aku gonyoh2 hidung aku. Menahan seksa sesak napas. Dengan hidung tersumbat nye. Betol2 rasa macam nak meletop hidung aku ni hah.

Balik pulak terus pegi NSK Selayang. Beli bahan2 masak makanan Chika dah abis. Kalau ikut aku memang dah tak larat. Tapi pikir dah dekat sebab tuh lah aku pegi jugak. Kat sana pon aku nak cepat2 je. Malas nak tengok2 sangat barang2 yang merapu. Selalu aku tengok barang2 merapu dulu baru aku tengok yang wajib beli. Haahaha..

Dah balik terus masak pulak food dia. Aku dah pening2 berdiri dekat dapur. Tapi kesian. Nanti kalau aku tak buat terus, siang ni dia takde makanan. Gagah mengulai 4-5 pagi. Adui...

Pagi ni bangun terus bersin2. Pedih2 hidung aku. Memang tak leh jadi. Terus aku g potong buah oren makan. Skarang ni sambil menaip dok kunyah buah oren. Rasa nak telan2 sekali je kulit dia kot2 boleh baik cepat skit selsema hidung aku nih.

Aku nih jarang sakit. Tapi sekali terkena walau sekecil jenis sakitnye macam selsema.. tapi sakit nye tahap hidung aku ni nak meletop kekdahnye. Dah. Nak baring2 lah. Tak larat. Arini ada kenduri kawan sekolah menengah dulu. Ni ntah larat ke idak aku kejap lagi ni.  Kalau boleh tinggal kejap hidung dekat rumah ganti hidung Scarlett Johansson kan best.

Ok lah. Nak perabih buah limau. Daaa~

p/s: teringat masa kat ipoh dulu ada orang tuh dia terkena resdung kot. Sampai takde hidung dia sampai nampak rahang. Macam tuh lah kot kalau rupa aku selepas hidung aku meletop kot. Oiiii takutttt!

Gambar Hiasan

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook