Khasiat Peria Katak Untuk Pesakit Kencing Manis (Diabetes)

3:12 pm

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share sikit pasal satu tumbuhan yang selalu aku guna untuk merawat sakit kencing manis atau diabetes yang mak aku hidapi selama ini. Korang tau tak peria katak? Pernah makan tak? Aku suka makan buat ulam atau goreng buat sambal. Tapi kalau untuk mak aku yang menghidap sakit kencing manis / diabetes ni aku akan blender buat jus. Haaa... kenapa? Terkejut ke peria katak dibuat jus? Dah la pahit kan? Pastuh nak dibuat jus? Kau ni biar betul. Mesti ada yang fikir macam tuh. Tapi terus terang aku cakap, benda yang pahit lah yang paling banyak khasiat nye.

Untuk pengetahuan korang yang tak tau pasal peria katak ni, dia adalah sejenis tumbuhan menjalar ye. Dalam bahasa inggeris nye dipanggil bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple. Peria katak ni jatuh dalam kategori sayur-sayuran. Sebab tuh la aku suka makan bila dah digoreng dengan cili. Pokok peria katak ni banyak didapati di Caribbean, China, Asia Tenggara dan juga Asia Selatan. Jadi buahnya itulah yang rata-rata orang duk makan tuh. Peria katak adalah sayur yang paling pahit sekali dalam dunia ye. So kalau korang kata ubat itu pahit, pahit lagi peria katak ni ye. Hahaha. Dan pokok ni yang pasti dia asal dari tropika. Dari daerah mane aku pon tak tau.


Kalau dari segi masakan, peria katak ni aku tak pernah lah masak dengan sayur lain. Pasal ape? Pasal sayur ni terlalu pahit. Tak sesuai nak combine dengan sayur lain. Cuma kalau korang nak kurangkan rasa pahit sayur ni bila time masak tuh, just bubuh garam je dah boleh kurangkan rasa pahit. Then kalau yang suka nak makan macam style ulam tuh pulak, basuh bersih2 buah tuh kulit dia semua, kalau boleh rendam dalam 5-10 minit, mesti hilang rasa pahit buah nye tu. Aku tau sebab buah ni selalu ada dalam rumah aku. Kalau habis je terus beli. Selalu beli dekat pasar malam je.

Cuba tengok orang Cina, diorang suka kan herba, akar-akar kayu. Sebab herba dengan akar-akar kayu kan pahit. Sama macam peria katak ni jugak. Diorang makan ye peria katak ni. Sebab peria katak ni pon dalam ketegori herba jugak. Kalau orang Cina diorang selalu buat makan dengan daging diorang tuh lah. Diorang suka sangat lah kalau dapat peria katak ni dibuatnya teh dengan sup. Kalau dekat negara India dan Pakistan pula diorang suka makan dengan daging kisar atau buat sambal. Oiii... tak meleleh korang dengar nye?

Dari segi kesihatan? Haaa... yang ni aku nak share hari ni salah satu cara yang aku gunakan untuk merawat penyakit kencing manis / diabetes Mak aku ni. Korang nak tau aku buat apa untuk mak aku dengan peria katak ni?

Jus Peria Katak
Aku buat jus peria katak! Nampak tuh tahap kehijauan air jus tuh? Mak aku selalu membebel kata pahit. Lepas tu aku bebel balik kata pahit itu ubat. Hahaha. Kalau korang nak tau peria katak ni satu dunia guna ok sebagai ubat tradisional. Bukan saja boleh merawat penyakit kencing manis, tapi berpotensi merawat jangkitan HIV ye.

Orang India kan percaya dengan perubatan tradisional dorang yang nama Ayurveda tuh kan? Diorang menganggap peria katak ni sebagai insulin tumbuhan tau. Sebab tuh la peria katak ni sangat disyorkan dalam rawatan kencing manis / diabetes ni. Kalau korang tak mampu nak beli ubat-ubatan yang mahal di luar sana, haaa... ini lah masanye korang gunakan tumbuhan peria katak ni sebagai penawar ubat kencing manis / diabetes ni. Dia jugak salah satu khasiat yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes.

Orang Filipina yang miskin-miskin tak mampu nak beli ubat mahal-mahal tuh, diorang guna peria katak ni je buat teh dekat sana kalau nak mengubat kencing manis ni. Sebab peria katak ni mampu mengawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis.

Jadi kalau korang yang sedang menjaga Mak, Abah atau diri korang sendiri yang menghidap penyakit kencing manis ni elok lah dijadikan jus peria katak sebagai minuman harian. Kalau macam Mak aku ni, aku bagi sehari 3 kali. Sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengahari dan selepas lunch. Sebab jus ni dapat mengawal paras gula dalam darah.

Lagipun peria katak ni dia anti oksida, dapat mencegah kanser dan juga penyakit kronik. Kalau dah penyakit2 serius tuh pon mampu dirawat, mestilah kita yang sihat-sihat ni pon boleh jugak minum kan? Ye memang betul, kalau kita minum pon bagus jugak, boleh menyejukkan dalam badan. Boleh jugak cegah sembelit, kurangkan masalah mata, jerawat pon tak berani nak singgah kalau minum jus peria katak ni. Lepas tu boleh kuruskan badan jugak ok. Kalau jenis paras kolesterol yang tinggi tuh pun boleh minum air jus peria katak ni.

Jom aku share cara paling simple nak buat Jus Peria Katak ni:

Bahan-bahan:
3-4 biji saiz sederhana peria katak
Air masak 1L
Blender

Cara-cara:
Potong kecil-kecil peria katak. Masuk kan dalam blender bersama air 1L tadi. Blender je sampai hancur. Lepas tuh tapis. Masuk dalam bekas air yang sesuai. Boleh terus minum. Yang lebih tuh masukkan je dalam peti. Minum 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam (ini untuk pesakit kencing manis / diabetes).

Mudah kan? Korang cubalah ye. Aku dah amalkan untuk Mak aku ni dah lama dah. So far ok lah. Kita ikhtiar je lah semampu yang boleh demi kesihatan orang yang kita sayang kan. Selamat mencuba ye. Tips Cirit Birit yang aku share arituh korang dah cuba ke belum?

p/s: Ada banyak lagi tips kesihatan yang aku nak share dengan korang. Nanti dekat next entry ya.

You Might Also Like

8 comments

  1. Wah info baru...peria katak banyak khasiat juga rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah betul. Isma lepas tau je pasal khasiat peria katak ni terus amalkan untuk mak. huhuhu

      Delete
  2. I can imagine macam mana berkerut nya muka nak habiskan satu bekas tu...
    Mahu melekat juga kat lelangit dia punya pahit tu...hehe..
    Anyway...yang pahit itu ubat!

    Jemput join...
    Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... ni tadi baru minum before dinner pon Mak dah cakap kelat nyeeeee.. huhuhu

      InsyaAllah akan join.. terima kasih invite

      Delete
  3. Sngatt terbaekk....dahh cubee pom...trime kasehh yer...tpii nk tnye untukk buat stu biji peria katak..brape liter air ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 1 biji boleh guna air 250ml - 300ml macam tuh. bergantung kepada besar atau kecil peria katak itu sendiri.

      Delete
  4. minum masa perut kosong ke, kalau ada jual pil peria katak ini boleh cuba untuk kencing manis ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh minum bila-bila masa saja. pasal ubat tu saya tak berani nak cakap. tak biasa pulak makan ubat peria katak macam pil tu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook