Trip Cameron Highlands - Penginapan 2 Hari 1 Malam Yang Ditaja untuk kali kedua! Part1
9:42 am
Assalamualaikum...
Kali ni aku nak cerita short trip aku ke Cameron Highlands. Entah kenapa aku ni suka sangat pegi ke sana. Asal ada cuti pendek je mesti mengada nak pegi Cameron Highlands. Hahaha. Ala bukan apa... bagi aku tempat ni dia dekat kan. So ok je lah kan nak balik hari pon boleh.
Tapi beria kata ditaja bagai? Layak ke kau orang nak taja percutian ni? Hahaha. Layak okkk... Jangan tak tau ini kali kedua ditaja ke tempat ini. It happens dapat hotel yang sama, dan juga dari company yang sama 2 kali. Tapi company mana tuh tak payah la kita nak cite kat sini. Yang kita nak cite pasal trip aku kat sana.
26 June 2014 | Khamis
Actually trip ni dah berlalu 3 bulan ok. Ye 3 bulan. Aku pegi bulan June baru ni. Tapi takpe lah baru arini nak cite pon. Atleast yang tak pernah pegi ke Cameron Highland tu (tapi ada ke orang tak penah pegi Cameron Higlands ni kan) boleh la baca and tau serba sedikit tempat2 kat sana tuh kan.
Kami memang plan nak sampai sana ngam2 time subuh. Jalan smooth. Ye lah highway pon tak banyak kereta. Kami susur ke Simpang Pulai. Aku memang akan suruh Mudme ikut situ sebab bagi aku walaupon naik ke atas sikit tapi jalan dia better sikit daripada Tapah. Bengkang bengkok. Bukan tak suka sebab nanti aku loya2 ke hape... tak ye bukan. Aku memang tak loya lalu jalan tuh. Tapi aku takut. Jalan dia pada akau memang bahaya.. bukan agak2 lagi. Aku tetap je anggap bahaya. Aku ni nak pegi rileks2. Kang lalu situ semedang je cemas, I is tak sanggup okehh.
Bila lalu ikut Simpang Pulai, akan sampai ke Brinchang dulu. Sedang elok sampai dekat atas tuh ngam2 azan. So kami parking bebetul depan Masjid Kayangan Brinchang. Bukak je pintu... adoiiiii sejuk gileeeee... tetiba terus teringat air dia sejuk.. alahai. kang nak amik wuduk sure menggigil. Terus lari cepat2 masuk dalam masjid. Sekali tetiba masa nak dekat masuk bahagian perempuan, tersentak sekejap. Aku macam ehhh... aku ni salah pintu ke? Bahagian perempuan dah tukar ke? Tapi aku jalan je la terus. Sekali rupanya memang kat situ. Cuma nyeeee... takde orang. Haaaa.... acaner tuh?
Aku terus terang cakap... kalau pegi ke surau or masjid... kalau takde orang and aku sorang2 je kebetulan dalam tu aku akan cemas. Dah la dekat situ surau tuh sunyi giler. Pastuh takde orang pulak bahagian perempuan. Yang ramai dekat bahagian lelaki je lah. Aku terus recall yang last time pegi ramai giler manusia dalam surau ni. Tapi kenapa harini takde? Pastuh baru tersedar. Ooooo... patutlah. This time aku datang hari Khamis. Mana nak ada pelancong. Hahaha. Tapi aku tetap cemas. Takut2 perasaan aku time tuh. Sembahyang ikut Imam. Tawakal aje lah aku time tuh. Sebab sekarang bukan boleh. Orang kalau nak buat jahat ke atas manusia lain dia dah tak kira tempat. Dalam masjid pon kalau sempat curi tabung masjid dia sauk jugak.
Dah selesai solat, aku cepat2 pegi kat kereta. Lepas tuh memang tak pegi dah lepak2 dekat kedai mamak nak minum2 ke or makan2 ke. Kitorang terus je pegi dekat Boh Tea Plantation, Sungai Palas tuh. Sebab memang selalu pon nak shoot dekat situ je kalau sampai awal. Sebab dekat situ view surise dia sangatlah cantik ok. Sampai dekat sana lighting sunrise pon dah keluar, Demi Allah memang cantik sangat langit time tuh. Rasa bersyukur je dapat tengok sendiri dengan mata aku nih. Dah lah tuh duduk dekat tanah tinggi. Sejuk pulak tuh. Tetiba ter feeling2 macam tinggal dekat Cameron je. Hahaha.
Time ni lepas dah pacak tripod dengan kamera Go Pro Hero 3+ aku. Aku terus duduk menikmati pemandangan sunrise yang maha cantik. Tenang je tengok dengan ditemani tiupan sejuk gunung. Ceeeewahh.. ber drama pulak. Tapi serious korang. Memang tak tipu tahan cun nye, sampai ternganga mulut aku ok time tuh. Hahaha
Pemandangan waktu sunrise. Time ni pukul 6.40am |
Pemandangan beberapa minit selepas sunrise. Lebih kurang pukul 7.15am |
Pagi2 dah selfie. Hahaha |
Seluas mata memandang |
Magnificent view |
Embun di dedaunan. Tanda mentari kan tiba. Eceeewahh. Hahaha |
Daun teh yang menghijau. Duduk nye jauh di atas bukit |
Cantik kan? Bagi aku, Cameron Highlands ni tempat aku menenangkan fikiran. Untuk hidup udara segar melepas lelah yang terbuku di hati. Atleast aura2 negatif tuh terkeluar sekali dengan hembusan nafas aku time tu. Kalau diberi pilihan buat short travel. Aku mesti cakap Cameron dulu. Hahaha. Matilah orang bosan dengan cadangan aku nih.
Tadaaa! kejut tak? |
Berehat dalam cage |
Time ni baru start rasa lapar dan mengantuk. Sebab malam semalam tuh aku tido. Mudme pon just tido2 ayam aje. Terus kemas2 barang kamera. Dalam pukul 9am macam tuh dah abis shoot2 semua. Pastu Mudme ajak turun sekejap ke bawah sebab gate nak ke Teh Boh Sungei Palas tuh pon dah bukak. So ke sana lah dulu kami. Cuma tak masuk sampai ke plantation tuh. Just carik tempat nak shoot anak sungai je. Berapa kali berenti2 tepi jalan yang sempit tuh sebab Mudme nak carik tempat shoot yang cantik. Aku macam biasa lah. Tahap cuak menebal. Dok la terpikir kang ada kereta laju2 turun nanti tak sempat brek kang naya je langgar aku yang dalam kereta ni. Sebab aku kan pemalas. Malas nak turun2. Biar dia je shoot2 apa yang dia nak. Pastu menghilang turun ke bukit.
Pastu bila dia dah tau mane dia nak shoot, dia panggil2 aku turun. Dia cakap jom lah turun cepat. Cantik tempat ni. Aku cakap tak nak. Dia suruh jugak turun. Aku pon turun lah sambil membebel2 dalam hati aku. Dah la terasa lapar time tu. Ngantuk lagi. Tapi kaki melangkah jugak pegi kat tempat dia. Tengok2.. cantik ok tempat tuh. Memang hijau je.. anak sungai dekat situ pon lawa untuk shoot video. Mudme ni dia kalau datang sini memang dia akan pikir dulu nak buat duit jual gambar and video. Dah dapat apa yang dia nak barulah kira bahagian vacation pulak.
View dekat atas bukit. Ada sebatang je pokok dekat atas tu. Memang awesome |
Boh Tea Plantation Sungai Palas, Cameron Highland |
Air sungai sejuk giler ok. |
Tuh driver tengah kemas2 barang kamera dekat bonet belakang. |
Tadaaaa! Saya dekat sini |
Kitorang terus gerak pegi carik makan. Kami pusing2 dekat area masjid yang kami solat time subuh tuh. Selalu kedai mamak dekat situ bukak. Tapi time pegi tu boleh pulak dia tutup. Dah tak tau nak makan apa. Aku terus terang cakap tak suke makan kat food court tuh. Dekat deret2 area hotel tuh kan. Sebabnya makanan dia tak sedap. Mahal takpe lagi sebab paham dekat atas sana tempat pelancongan. Tapi kalau tak sedap tuh memang bagi aku panas sekejap. So kitorang pusing2 lah carik makan dekat area bengkel2 kereta. Parking agak susah time ni. Tapi nasib baik dapat satu dekat dengan tempat yang kitorang nak pegi makan tuh.
Dah dapat parking pergi jalan2 dekat area tuh jumpa satu kedai makan. Tak tau lah apa nama dia. Tapi kedai melayu lah. Dah tuh duduklah kami. Aku pegi tengok. Macam tak menarik. Ada makanan kuah2 je. So memang la tak sesuai untuk Mudme. So kami tak jadi lah makan dekat situ. Terus belah pegi carik tempat makan lain. Pastu teringat satu kedai yang kami pegi sebelum ni. Dia dekat area2 balai bomba. So marilah ke sana. Dah sampai. Sekali tutup ok. Frust gile. Dah la itu je lah harapan kedai makan bagi aku pagi tuh. Sebab aku malas nak carik lain. Penat. Dah la lapar. Ngantuk pulak lagi. Pastu takpe lah dah frust tuh gagah lagi carik tempat makan. Sekali kedai tuh dekat je dengan bengkel yang Wan betulkan kereta dia dulu. Lagi buat aku rasa ok tempat tuh sebab ada abang2 bomba dalam gerai makanan makcik tuh. So cecepat lah aku ngan Mudme carik parking terus serbu kedai makcik tuh.
Pastuh dah sampai terus tengok food dia. Oklah ada nasi dagang, nasi kerabu, mee goreng, dengan nasi lemak. Yang lain2 aku tak pasti. Sebab dah lapar sangat time tuh. Rasa makanan dia ok2 je. Kami dua orang makan RM15 ringit macam tuh kalau tak silap. Tengok jam baru pukul 8.30am nak pegi mana ni? Mata dah ngantuk. Lepas makan rasa nak tido je lah. Tapi mana boleh cek in lagi. Hotel cek in pukul 2 petang. Adoiii matik lah nak tunggu sampai pukul 2 petang.
Pastuh otak ligat je... cecepat ajak mudme pegi KHM Strawberry Farm. Haaa...untuk pengetahuan korang, KHM ni uncle sholehah punya strawberry farm. Kire nye Mama Sholehah punya abang yang memiliki farm tersebut. Seriously aku memang tak sabar dah nak pegi masa ni. Terbayang2 dah dekat dalam otak aku ni. Nak tau apa? SCONES! Iye. Sconessss. Scones aunty Sholehah buat memang sedap la pada tekak aku. Dah la sedap, lepas tuh besar pulak tuh. Perghhh.. tak sabar aku. Kompem makan 2 biji kejap lagi tuh. Sebab dia satu set ada empat biji scones. Comes with stwarberry tea pulak tu.. ahhhh nyamannnn... And satu lagi mesti tak lepas kena try kalau datang situ mesti pekena ice cream strawberry. Home made ok. Nyum2... tak sabar dah rasanya nih.
KHM Strawberry Farm, Tanah Rata Picture credit: Google |
Kebetulan aku pegi tuh 3 hari lagi nak puasa. Sebab tuh la tak buat dah scones. Aku syak dorang pikir dah nak bulan puasa ni takde orang nak makan scones kot. Ada ok. Ada. Akuuu.. akuuu ni nak makan scones. Sob.. sob.. sob.. kesedihan sendirian.. (lap air mata). Pastu akak tuh cakap "ice cream adalah dik. Nak?". "Ye. Saya nak". aku jawab. Terus masa tuh makan ice cream yang sedap tuh pon rasa pilu2 je. Hahaha. Hoverrr sangat kan. Lepas makan2 ice cream tuh, tengok jam pon baru pukul 9.30am. Eh.. eh.. awal lagi ni.
Aku cakap dekat Mudme boleh tak kita pegi turun dekat bawah lagi tengok ada tak scones. Dia cakap ok. So marilah kita pegi ke bawah lagi. This time kami pegi yang dekat area starbucks sana tuh. Dekat situ ada shop lot. And last time kitorang lalu singgah situ memang ada nampak scones jual dekat situ. Pegilah aku dengan semangat nih nak carik scones. Sekali pegi ada. Tapi kan.. tapi kan.. harga dia tak munasabah langsung bagi aku. Seketoi RM6. What? Mahal nye. Takmo.. takmo. Terus aku ajak Mudme blah terus dari tempat tuh. Tapi sempat jugak capai surat khabar senaskah. But still awal lagi ok.
Last2 aku ajak lagi Mudme pegi jalan2. Kitorang menyingah dulu dekat KEA Farm. Saje je jalan2. Nak kill time lah konon nye. Jalan pon slow mo je tengok satu benda ke satu benda lain. Hahaha. Aku memang nak beli strawberry je. Hari biasa memang boleh dapat murah yang amat lah kan. Aku beli saiz yang besar 4 kotak dapat RM20
Jagung bakar. Yang ni memang tak leh tengok je. Harus kena beli jugak. |
Jagung yang belum masak pon harus di beli.Beli nak bagi mak mertua di Kulim |
Copthorne Hotel Cameron Highlands Apartment |
Kea Farm
Brinchang, 39100
Malaysia
T. +60 5496 1777
F. +60 5496 1333
Ha dekat sini lah aku menginap selama 2 hari 1 malam. Hotel ni baru je tukar management dan telah diambil alih oleh Millennium Hotels & Resorts. Nama sebelum ni Equatorial Hotel Cameron Highlands. Just management dengan nama je yang bertukar. Hotel dengan apartment dia sama je aku tengok. Aku dapat 2 Bedroom Apartment. Memang awal2 dah tau dapat yang 2 bedroom. Aku ada ajak kawan2 yang lain if dorang nak join. Tapi dorang tak boleh sebab weekdays. Semua orang kerja. Mudme kena ambik cuti lah kan. Kalau korang nak tau berapa harga tempat aku tinggal ni korang pegi lah google sendiri ye. Aku malas nak bagi tau berapa harga dia dekat sini.
Lebih kurang settle check in semua dapat masuk bilik dalam pukul 11.30am macam tuh. Awal kan? Nasib lah aku rajin nak pegi tanya hotel kalau2 boleh early check in tadi. If tidak sampai pukul 2 ptg lah aku menunggu baru boleh check in. Load luggage semua keluarkan. Kecuali Chika aku tinggalkan dulu dalam kereta. Bukak tingkap siap2. Amboi sedap angin sejuk. Dah siap load barang semua masuk dalam apartment baru aku ambik chika punya cage bawak masuk apartment. Jom tengok sikit
Ruang tamu dalam apartment |
Serambi area |
Master bedroom. Attached dengan bilik air. |
2nd bedroom. |
Malam tuh kitorang ready dah nak pegi makan. Lapar giler sebab petang tuh just makan roti je. Kitorang keluar dinner lepas solat jamak. Aku memang dah tau dah nak makan apa. Steamboat! Yeay. Tak pernah makan lagi steamboat dekat Cameron. Dulu nak try pon tak dapat.
Misi mencari tempat makan steamboat pon bermula. Aku dah tengok dah dalam internet. Orang ramai rekemen dekat satu kedai ni. Nama kedai dia Steamboat Snack Corner. Kalau korang lalu menghala ke tanah rata memang akan nampak dia sebelah kiri. Kedai dia share dengan kedai cenderahati. So sampai parking la seberang jalan. Sebelum tuh aku tanya dulu. Steamboat boleh makan kalau sorang2 ke? Dia kata boleh. So aku pon duduk lah. Mudme dia tak suke sangat makan steamboat. Dia suka makan selain steamboat. Senang kalau ada nasi better makan nasi. Tapi sebab aku teringin aku nak jugak makan steamboat. Pastuh adik waiter tuh pon datang. Masa nak ambik order dia cakap minimum 2 orang. Mudme kompom dia memang tak nak makan steamboat time tuh. So terpaksa la keluar dari kedai tuh. Frust gile aku time tuh. Tapi tetap nak try kedai lain tanya kot2 boleh.
Pegi kedai satu lagi tanya pon dia cakap tak boleh. Dah malas nak pikir2 aku pon terus buat keputusan pegi makan dekat kedai Ikan Bakar Nik. Kedai dia bebetul dekat sebelah Masjid Kayangan yang kitorang singgah solat subuh pagi tadi tuh. Kedai dia penuh ok. Tapi dah lapar and frust punya pasal masuk jugak malas dah aku nak carik2 tempat makan yang lain. Nasib time tuh ada meja kosong. Duduk lah kami berdua kat hujung tangga. Kedai dia ada macam2. Goreng2 ala thai. Ikan bakar semua pon ada. Yong tau fu pon ada. Sebab tadi frust nak makan steamboat. Aku pon pegi berjalan dekat kaunter yong tau fu tu pilih2 apa yang aku nak. Fefiling steamboat lah jugak. Hahaha. Pastu terus order dinner. Kitorang order nasi, telur dadar, udang goreng tepung, sayur kailan ikan masin dengan tomyam ayam.
Lambat giler kot menunggu nak makan dinner. Yong tau fu aku dah sampai, siap makan siap dah abis makan lah masih tak sampai2 lagi dinner kitorang. Air pon dah separuh. Ye lah orang ramai. Aku rasa orang yang jadi ramai tuh sebab kedai dia je yang buat sampai lewat malam. Lepas tuh dia je ada jual yang goreng2 ala thai. Kedai lain semua tutup dah. Kalau dekat food court maybe ada kot. Tapi aku tak suka makan dekat situ. Giler. Dekat sejam kot baru kitorang nye dinner samapi. Terus makan je lah tak banyak bunyi sebab dah lapar sangat kan. Food kitorang time tu biasa2 je. Udang dengan kulit2 sekali di tepungkan. Atleast buang la skit kan kulit kat bahagian atas. Tinggal yang ekor skit pon ok. Ni tak. Di tepung sekali ngan kulit2. Time ni Mudme memang komplen habis la. Dah la lambat pastu ngan masalah kulit pulak. Hahaha. Aku malas dah nak bising2 sebab aku nak makannnn.. Hahaha. Lagipon aku tak lapar macam dia sebab aku dah makan yong tau fu dulu tadi.
Dah makan. Then kenyang lah kan. Terus ajak Mudme balik. Sebab kesian Chika tak berteman. So balik lah kami. Dah sampai dekat apartment tetiba mudme cakap dia nak try shoot milky way. Pukul 10mlm lebih dah kot. Adoiiii... dah la gelap giler. Memang aku takut lah. Yang Mudme cakap jom je kejap je. Dekat tepi apartment aku ada satu kawasan car park yang luar. Tapi gelap giler ok kat situ.Takde satu pon kereta yang parking dekat situ. lagi lah aku tak nak. Tak nampak apa. Just ada lampu malam yang menyibah.. itu pon kat bawah. Cahaya sipi2 je. Aku sabar je kan dengan dia tuh. Malas nak bising2. Tunggu lah kejap dalam 10 minit gitu. Lepas tu dia cakap takde lah milky way nye. Haaa... bagus jom lah balik. Malas dah aku lama2 dekat situ. Takut. Masuk jr apartment tengok tv kejap. Lepas tuh kitorang transfer gambar yang shoot subuh tadi. Cas bateri apa patut, edit gambar timelapse nak buat video dekat instagram. Lepas tuh terus je tido. Macam tuh lah trip aku berakhir pada first day.
Tapi sebelom tuh jom belanja selfie timelapse seround.
Nak Baca Part2? Click Here
p/s: Esok nye aku ke mana pulak? Ada apa2 yang terjadi pulak ke kali ni? Tunggu next entry ye.
8 comments
wah... bestnye.. lama xg cameron.. bertuahnya Chika hehehe
ReplyDeletetuh la. ada dia seekor je tuh pasal bertuah sangat. Kalau ada 5-6 ekor yang lain tu mesti dia biasa2 je kot. Huhuhu.
Deletehi.. anda dipilih untuk LIEBSTER AWARD :) BW my blog for detail
ReplyDeleteok. tq lissa for nominate isma. will BW your blog.
DeleteAssalamualaikum dan singgah BW dari blog Kisah Emas Putih....cantiknya pemandangan dia....
ReplyDeletejemput singgah ke blog Anugerah Terindah
http://mardiahdiana.blogspot.com
Waalaikumsalam Mardiah.. Salam perkenalan...
Deleteok akan saya singgah. :D
salam. hee sonoknya gi cameron highlands ;p
ReplyDeletesekali sekala memang seronok.
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..