Weekend Atau public Holiday Adalah Waktu Untuk Berehat Di Rumah?

11:05 am

Assalamualaikum...

Weekend! Public holiday! Duduk rumah je ke? Sambil baring2 layan henpon, tengok cerita gosip2 artis dekat tv. Pastuh sambung tidor.Takkan hari cuti duduk rumah je? Jom lah jalan2. Bosan lahhhh! Waktu cuti macam ni lah kita kena keluar bejalan cuci mata shopping pegi holiday. Mana best duduk rumah jeee... kena la keluar rehat2 kan minda and tenangkan jiwa. Kannnn?

Kata kauuuuu! Bukan kata Mudme. Dia selalu cakap waktu cuti dia nak rehat. Penat tak larat. Nak bangun lambat sikit. Ehhh.. mana boleh. Aku nak keluar. Nak jalan2. Dah2 bangun2 jom bawak aku jalan2. Aku bosan. Aku syak dengan keadaan terpaksa nanti dia akan turutkan permintaan aku ni ha yang tak reti nak lekat dekat rumah. Hahaha.

Ye lah aku dari Isnin - Jumaat duduk rumah. Memang la tak duduk sepanjang hari, ada jugak keluar nye. Tapi hari minggu dia punya perasaan lain macam tau. Aku akan rasa nak keluar hiburkan hati, pegi makan2 ke, lepak dengan kawan2 minum coffee & dessert ke, short trip ke. At least keluar lah. Walaupun hanya ke Jusco tepi rumah aku ni hah.

Tapi... semalam aku dah rasa apa yang Mudme rasa. Nak balik rehat or nak baring2 je dekat rumah lepas penat buat kerja. Terasa macam tersentap bila aku terpikir balik situasi Mudme bila aku ajak2 dia keluar pegi sana sini tanpa pikirkan perasaan dia.


Semalam aku bangun awal. Aku terus keluarkan lauk dari peti nak panaskan untuk Mak aku makan. Lepas tuh terus aku masak nasi sekali. Dah ready yang tu aku pon terus lah pegi mandi. Sebab aku dah janji Dengan Sholehah pukul 10.30am kitorang nak baking. So aku dah siap mandi terus kejut Mudme suruh mandi jugak. Then kitorang keluar lah pegi rumah Sholehah. Baking dari pagi sampai nak dekat tengahari. Pastu petang pulak pegi makan. Then singah rumah Sholehah semula.

Tiba-tiba aku rasa penat sangat2. Rasa macam nak balik je tak larat. Nak rehat, baring, golek2. Last2 aku yang ajak dorang semua balik. 2-3 kali aku ajak. Sebab macam tak larat sangat rasanya. Isk isk.. isk... time tuh aku cakap dalam hati "Macam ni rupanya rasa penat orang bekerja ye. Tak larat dah buat kerja seharian and rasa nak balik rehat je. Itupon tak cukup nak berehat esok kena pegi kerja semula. Patut la Mudme suke je nak duduk dekat rumah bila hujung minggu". Pastu Sholehah tanya kau penat ke? Ha macam tuh lah perasaan orang yang bekerja tau!". Eh.. eh dia ni.. macam tau2 je pulak aku dok terpikir benda yang sama. Tapi aku ignore je. Taknak mengaku. Hahaha. Rasa macam bersalah pulak tetiba semalam. Sebab dah terasa dekat diri sendiri. Baking tuh berdiri je tau. Penat pinggang. Tuh yang rasa tak larat sangat2 tuh semalam.

So minggu ni marilah kita berehat aje di rumah sambil layan movie kan. Kesian Mudme tak merasa nak melepak2 sambil baring2 bila weekend atau public holiday. Pastuh balik tuh tetiba je aku rasa nak terus je kemas2 rumah, kemas dapur buang semua botol2 yang tak nak guna. Kejap lagi nak vacuum lantai bilik ni ha. Dah lama dah dia beli ni. Mudme beli yang kecik dan ringan. Senang untuk aku ke atau dia memang nak perli aku. Hahaha. Pemalas sangat nak sapu lantai.

From: husband 
To: wife
P.s. Tools for a lazy!
Aku syak dia nak cakap macam tuh. Tapi tak sampai hati. Kang aku tak masak lunch untuk dia balik makan tengahari macam mana kan. Kadang dia bising jugak. "Dah beli vacuum pon malas lagi nak bersihkan lantai bilik". Hadoiii sakit je telinga I ni dok menahan bebelan dia. Dah la kuat bebel. Kadang2 bila aku malas nak dengar cepat2 aku tukar topik lain. Hahaha. Jahat giler.

Ok lah nak pegi masak untuk lunch then nak vacuum bilik pulak. Daaa~

p/s: Tak sabar nak cerita pasal short vacation ni. Mood macam dah datang je nak cerita ni.


You Might Also Like

4 comments

  1. Bila penat bekerja, tidur atau bermalas2an di rumah mmg aktiviti yg sgt menyeronokkan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tuh noor. cuma kadang2 macam isma ni seronok sangat nak jalan2 keluar hari minggu sampai terlupa yang husband pon nak jugak rehat dekat rumah bermalas2an..huhuhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook