Jangan Tengok Movie Julie & Julia...

9:40 am

Assalamualaikum...

Jangan tengok movie tajuk Julie & Julia... KALAU korang takut tak boleh nak buat kerja lain.. dan pulak lepas tuh asyik lah nak ulang2 tengok  aje cerita nih lagi lapan kali ok. Hahaha. Seriously cerita ni memang best gila. Kalau korang yang minat dengan masakan french, inilah dia filem yang sepatutnya korang semua tonton. Sebab bagi aku cerita ni dia mengajar banyak benda pada diri aku sendiri. Cerita ni bukan je cerita pasal food tapi jugak pasal blogging. How to success dalam ber blogging daripada pandangan aku lah.
My current addiction
Credit picture: Google
Cerita ni based on true story ye, jadi sebab utama yang lebih kukuh untuk aku tengok cerita ni adalah kerana dia based on true story. Aku memang pantang kalau ada cerita2 yang macam ni aku sanggup dan memang suka sangat dan tak sabar nak tengok dan tau apa kisah kehidupan dorang nih. Cerita yang mengisahkan perjalanan hidup Julia yang hidup pada tahun 1950-an datang dari Us tapi ikut suami kerja dekat embassy France. Si Julie yang kisah hidup dia pulak pada sekitar tahun 2000 dekat New York yang mana mengisahkan tentang latar belakang hidup dan kerja dia yang membosankan diri dia.

Bagi aku Movie ni dia duduk dalam genre "drama & comedy". Sebab watak Julia tuh memang ke arah comedy dan watak Julie tuh ke arah drama skit. Memang dua zaman yang berbeza yang filem ni cuba sampaikan memang kena dengan jiwa aku lah senang cerita. Cerita dia straight forward je ok.

Ketawa, menangis, antara simtom  yang korang akan alami kalau korang dah start tengok cerita ni. Tapi bagi aku yang paling best sekali korang akan terasa ter inspired dengan kisah hidup dorang ni tau. Jom aku cerita skit pasal movie Julie & Julia nih.

Kisahnye dia ceritakan pasal perjalan hidup dua orang yang berbeza dari segi watak dan masa. Tapi dorang ada persamaan dalam matlamat hidup. Julia ni yang focus pasal waktu2 dia awal nak membangunkan kerjaya dia sebagai seorang chef dan cita2 dia nak buat buku masakan. Pastu yang Julie ni pulak dia teruja dengan buku masakan yang Julia ni dah hasilkan, pastu sekarang dia challenge diri dia nak masak semua masakan hasil dari air tangan Julia dulu2 tuh. So dia buat challenge tuh dan dari situ jugak dia start ber blogging. Dia macam cabaran 1 resepi 1 hari tuh lah. Hahaha. Paham kan? Tapi dia challenge diri dia dengan 524 resepi dalam masa 365hari.

Setiap watak dia memang ada cabaran masing2. Yang Julia tuh dia dengan suami asik kena transfer dari satu tempat ke tempat yang lain, pastuh dengan tak paham bahasa france nye, dengan isu dengki2 nye, dengan publisher tak minat nak terbitkan buku masakan sebab tak variety and terlalu tebal sangat. Julie tuh pulak dia baru nak berjinak2 dengan dunia blogging. Aku rasa dah macam aku je si Julie ni. Macam same je. Kan aku baru start blogging. So cerita dia macam dia baru start blogging. Dia share2 resepi pastuh takde sape baca. Macam dia syok sendiri dalam blog tuh. Kan sama tuh macam aku jugak. Hahaha. Dah buat sampai 50 resepi still macam cakap sorang2 lagi lah kekdahnye.. Hahaha. Sadis aku rasa gelak2 aku tengok part tuh sebab aku rasa macam sama je. Macam forever alone je. Hahaha.

Antara cabaran2 awal yang Julia ni kena lalui... Bersaing dengan orang2 lelaki yang professional semuanya walaupon baru start belajar. Masa ni bersaing potong bawang aje pon. Gile betol sekolah masak dorang dekat France ni.
Credit picture: Google
Julia dengan lagi satu masalah dia nak terbitkan buku resepi dia sendiri. Dengan partner yang tak buat kerja nye
Picture credit: thisislandrod
Julie dengan cabaran blog dia takde orang baca. Yang baca suami dia dengan mak dia je time mula2 tuh.
Picture credit: gotmyreservations
Julie punya masalah masakan dia yang asik tak menjadi je. Tak sama macam Julie buat walaupon resepi depan mata.
Picture credit: intheframefilmreviews
Pendek kata cerita mengisahkan perjalanan 2 orang ni yang struggle nak masak lebih daripada 500 jenis masakan. Yang bezanya Julia dia belajar masakan france pastu dia create resepi dia sehari2 untuk tulis buku dia sendiri, tapi yang Julie ni dia struggle nak masak masakan Julia sebab cabaran yang dia create untuk diri sendiri selama 1 tahun untuk cabaran tuh. Julie cabaran dia semua dia kongsikan dalam blog. So basically dorang sama je sorang nak buat buku, sorang lagi dia buat blog. still dalam writing jugak cycle dorang berdua ni.

Masa aku tengok cerita ni memang kejap2 kang gelak terbahak2. Pastu tetiba touching sendiri. Bagi aku dedua story dorang ni memang ada terkena serba sedikit dengan aku. Sebab apa aku cakap camtuh. Sekarang aku tengah start dengan blogging dan at the same time aku memang minat masak2, baking2 and so on. Aku jadi teruja setiap kali dia tunjuk time Julia masak masakan french time2 tuh jugak lah aku rasa aku pon nak try jugak masak apa yang dia cuba tuh. And bila si Julie pulak excited2 bila ada reader comment dekat dia punya entry aku pon excited2 teringat ada reader2 yang comment dekat aku punya entry. Hahaha. saiko ke aku? Ah lantak. Dah memang betol. So aku fefiling jadi dorang dua je lah kan.


Selebihnya cerita ni aku nak korang pegi tengok sendiri. Sebab aku nak korang hayati sendiri apa yang aku dah alami. Sebab memang cerita ni best sangat. Memang sesuai dengan chef2 yang dah hebat ke, atau baru nak try2 masak ke, yang suka masak tapi perlukan motivasi ke... atau yang baru nak berjinak2 dengan dunia blogging ke, Haaaa.... cerita ni lah yang korang perlu tengok tanpa kompromi ok. Aku nak korang pon rasa touching2 gak sama macam aku tengok cerita nih tadi.

Thanks Zahid sebab recommend aku suruh tengok cerita Julia & Julie ni. Sebab dia cakap since aku suka masak2 dan tengah berjinak2 dengan dunia blogging ni, dia nak suruh aku tengok jugak cerita tuh. Actually semalam dia datang rumah aku, dia buat kerja dengan Mudme. Dah dari minggu lepas dia suruh aku download. Aku pon macam biasa suruh Mudme tolong download. So masa dia datang semalam dia suruh aku tengok sambil2 dorang buat kerja. Dia paksa aku tengok sebab dia cakap memang bagus untuk aku tengok.

Ternyata betul kata Zahid. Memang sangat bermotivasi aku selepas tengok cerita Julie & Julia ni. Thank you again Zahid sebab you know what i really need. Nanti banje air alpukat satu jug ok. Home made tau, bukan beli dekat kedai. Hahaha. Jadi please.. please.. please tengok cerita nih yeh. Jangan buang masa lagi g beli dvd atau download je sudeyyyy.

p/s: Tetiba teringat pulak sebab gigih sangat nak belajar buat Chicken Roasted dulu, sampai bahan2 dengan cara2 semua dah tersimpan dalam kepala hotak aku ni hah sekarang. Sebabnya? Asik lah dok try buat. Aku suka buat Chicken Roasted tuh lepas tuh paksa Mudme makan. Hahaha

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook