Tak Merasa Lah Aku Nak Pergi Liverpool Kalau Macam nih

10:24 am

Assalamualaikum...

Aku baru berangan yang sooner or later aku pasti sampai ke Liverpool. Berangan nak ke London sebenarnya pon iye jugak. Sebab seperti yang korang tau, Mudme kan penggila Club Liverpool, so anything about LFC pasti diturut walau ke Singapore sekali pon. Mari aku cerita sikit pasal perihal Singapore dekat korang.

Dulu, aku selalu ajak Mudme pegi Singapore jalan-jalan. Aku cakap balik hari pon takpe lah kalau tak nak tido dekat sana. Dia cakap "tak nak lah". "nak buat apa dekat sana". "apa yang best ada dekat Singapore tuh?". Jadi bila dah banyak sangat alasan yang dia berikan kepada aku, dengan sakit hatinya aku pon terima je dengan redha yang Singapore tu memang tak merasa lah aku nak jejak kan kaki kan.

Suddenly, pada suatu ketika di tahun 2009, Liverpool buat tour. "Liverpool Asia Tour 2009". Eh.. terus dia cakap jom lah kita pegi Singapore. Hoii bukan dulu dia yang cakap bukan nye best pon pegi Singapore? Bukan ada apa pon dekat Singapore? Alih-alih dia pulak yang nak pegi. Tapi aku tersedar sesuatu. Bagus jugak ye ada Liverpool Asia Tour tuh. Kalau tak kerana tour tuh tak merasa lah aku jejak kan kaki ke Singapore dulu.


Lepas tu Liverpool pusing Asia lagi, Ke Bangkok & Indonesia pulak ada suatu masa ketika dulu. Kembang-kembang hidung aku. Dalam hati merasa lah aku pegi Bangkok or Indonesia this time. Alih-alih kalau tak silap dia pegi ke Hong Kong. Lagi lah kembang hidung aku jadi nye. Berbunga-bunga hati aku ni hah. Dalam hati dok cakap. Merasa lah aku pusing dunia lepas ni kalau begini lah caranya Liverpool punya penangan. Tapi hajat tak kesampaian bila Liverpool terus melencong ke Australia. Memang punah harapan aku time tuh. Hidung yang memula kembang terus tersumbat kekuncupan. I is stressss.

Pastu aku selalu cakap satu hari nanti aku pasti akan jejak kan kaki ke Liverpool, sebab Mudme teringin nak pegi Anfield. Dekat sana pon boleh masuk Liverpool Store. Nak shopping-shopping tshirt ke, mafla ke, anything lah kan. Dia kalau shopping sanggup ye sampai ke Liverpool sana bershopping online. So aku memang tau chance aku pada Anfield kali ni adalah sangat tinggi. Tapi sekali lagi sesuatu seperti bakal mengecewakan diriku ini bila....

Liverpool FC
Picture credit: www.lot10.com.my/
Official Liverpool FC merchandise, with official clothing and great gift ideas for LFC supporters at the First LFC Boutique in Asia.
Picture credit: www.lot10.com.my/
Apa? First butik in Asia? Hai lah memang nasib aku lah kan. Tak merasa lah aku nak pergi Liverpool kalau macam nih! Sengaja kan dengki dengan aku. Kalau dah sedekat ini lah LFC Merchandise, memang lama lagi lah aku nak merasa jalan-jalan ke London. Huwaaaa~ sampai hati kamu bukak di Asia, lepas tuh pilih Malaysia pulak tuh, dan di KL lagi.

Tapi bila aku terpikir dengan waras semula, bagus lah dia bukak dekat KL ni, sebab nye kesian aku tengok Mudme angau je setiap kali LFC ada buat free shipping World Wide. Setiap minit mengadap online store tuh sambil tak berhenti-henti pilih baju la, jacket la, macam-macam lagi. Dari ada stock sampai stock habis dia dok belek online store tuh. Tak paham aku. Nak beli, beli je lah. Yang nak kena belek sampai stock abis tu pasaipa kan. Hahaha. Hai lah B. Kelakar betul lah kalau diingat-ingatkan kembali. Korang nak tau dekat mana kedai ni bukak dekat area KL ni? Meh sini aku share location. Kalau husband korang yang jenis penggila barangan or pakaian Liverpool ni haruslah korang sorok dari pengetahuan mereka. Kalau teringin nak pegi London lah. Kalau tak kisah nah bagi location ni  dekat diorang. Hahaha.

LFC - Official Liverpool FC merchandise (KL)

Address :
T1&2, 3rd Floor, Lot10 Shopping Centre

Tel : 0111-6235446 or 018-3524891

Website : https://www.facebook.com/liverpoolfcmy

Email: lfcl10@streamenterprise.com

Akhir sekali.... This is Anfield. Bukan dekat London sana tuh, tapi dekat KL ni ha. So jalan-jalan KL je lah aku. Hahaha

p/s: Angan-angan nak pakai baju sejuk dengan sarung tangan dekat london tak tercapai lah gamaknye kan. Nasib dah pernah pakai baju sejuk dengan sarung tangan dekat Vietnam.

You Might Also Like

4 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook