Tempat Makan Yang Best Di Melaka Yang Wajib Di Singgah & Santai Di Melaka. Part3

2:28 pm

Assalamualaikum...

Aku nak sambung sikit lagi cerita tempat makan yang best di melaka yang wajib di singgah & santai di Melaka ni. So sila baca dulu Part1 & Part2 ok.

Entry sebelum aku ada cerita yang kami nak masuk ke Jonker Street kan? Marilah sama2 kita tengok apa yang ada dalam sana tuh yang ramai sangat orang tak kira siang dan malam ni? Untuk pengetahuan korang yang belum pernah jejak kan kaki di Jonker Street tuh, suasana malam dengan siang tak sama ye. Biasanya time malam memang happening habis lah. Banyak giler gerai2 peniaga time malam tuh. Kalau kat KL ni dia kira macam uptown danau kota tuh hah. Tapi sebab aku pegi time siang, peniaga yangmeniaga dalam kedai je bukak. Kira ok lah. Still meriah jugak.
Kedai ni jual slipper je. Gajah nye lah replika tuh
Baju Kebaya
Dekat sepanjang area Jonker Street ni, memang banyak sangat kedai2 jual Baju Kebaya. Yang ni salah satu daripada kedai2 Baju Kebaya yang ada. Kalau korang memang pengemar Baju Kebaya, wajib lah datang sini ye. Memang banyak sangat kedai Baju Kebaya yang korang boleh pilih. Masuk je mana kedai yang korang berkenan, lepas tuh pilih la mana2 kain yang korang nak di buat baju mengikut saiz badan korang. Tapi ada jugak yang dah siap jahit. Tinggal pilih je lagi. Dekat sini pon ada jual jugak kurung sulam. Uiii... cantik2 sangat. Boleh tempah terus kat situ jugak.

The Orang Utan House
Aku kalau pegi Melaka suka sangat nak singgah dekat The Orang Utan House ni. Sebab dia punya artwork painting sangat lawa. Kagum aku. Walaupon tak beli aku tetap nak jugak tengok painting dorang. Hahaha. Sebab bagi aku diorang ni unik. Lain dari yang lain. Tengok aje grafiti luar building dia tuh. Dah nampak keceriaan kedai dia tu.

Patung dalam The orang Utan House. Ni kalau malam2 kau bertenggek dekat tingkap macam tuh sure orang lari lintang pukang. Hahaha
Signage dekat luar The Orang Utan House. Sangat catchy
Simpang2 kecik dalam area Jonker Street
Rehat sebentar. Walaupon Acap dah penat tapi dia tak bising pon. Dia ikut kan aje Uncle2 and Cik Ja dia jalan2
Bicycle Rental at Sayang Sayang
Haaa... tak larat nak jalan pusing2 Jonket Street yang luas tuh? Takpe jangan risau. Korang boleh je singgah dekat kedai bicyle rental ni. Nama kedai ni Sayang Sayang. Kedai dia adalah kedai terbesar yang buat perkhidmatan sewa basikal  dekat Melaka ni. Korang boleh sewa basikal dari Sayang Sayang ni buat pusing2 sekitar Jonker Street, Red Square atau mana2 tempat yang korang nak pegi lah dengan basikal diorang tu dekat Melaka. Tapi awas. Jangan terngangga mulut pulak bila pusing2 tengok makanan kiri kanan. Fokus ye ketika bawak basikal tuh. Takut2 nanti ke longkang pulak. Hahaha. Dah la makanan dekat area Jonker Street tu sedap2 belaka kan.

Jalan Tukang Emas. Aku kalau dok sini kira boleh fefiling orang kaya lah kan
Welcome to Nyonya Restoran
Shopping bukan main lama lagi
Picture credit: Bro
Sama je aku perati dua orang ni. Kalau shopping satu benda tuh bukan main lama lagi. Ntah apa lah yang dok belek2 nye. Penat aku berdiri tepi nunggu diorang berdua ni shopping. Sorang kat hujung tuh dok try lah berkali2 cap yang dia nak beli. Yang pakcik dia dekat dalam ni sebok nak beli robot kecik2 tuh. Tapi kenapa la lama sangat nak pilih. Aku tengok Wan lepas dia tengok terus dia pilih je mana dia nak, pastuh terus bayar.

Depan hotel Hello Kitty. Cute sangat
Picture credit: Bro
Selfie dekat grafiti My Neighbor Totoro
Aku suka gila tengok cite anime yang ni dulu. Ulang2 tengok pon tak bosan. Pastuh tengok banyak2 kali pon nak nangis. Sedih tau cite dia.

Acap & Totoro. Sama je sengih kau dengan dia Acap
Dah abis window shopping (aku lah tu) dengan shopping, kitorang terus pegi ke Masjid untuk Solat Jamak siap2. Senang kang kalau nak jalan2 tak payah dah nak carik2 tempat nak solat kan. Dekat dalam area Jonker Street tuh memang ada ye Masjid.

Masjid Kampung Kling (Kampung Kling Mosque)
Selalu kalau berjalan mana2 pon. Masjid lah yang paling penting kita kena ambik tau kan. Sebab dekat tempat orang mana kita tau kalau kawasan yang kecil2 atau tourist spot macam susah skit nak nampak masjid2. Tapi dekat dalam area Jonker Street ni ada ye satu masjid untuk korang menunaikan solat. Masjid ni antara masjid lama di Melaka. Kalau korang lalu dekat Jalan Tukang Emas tadi tuh korang mesti tak akan miss Masjid ni. Lagipon korang boleh nampak masjid ni kalau ada dekat sekitar jalan tu. Tapi kalau risau sesat. Boleh siap2 google address Masjid ni.

Masjid Kampung Kling (Kampung Kling Mosque)

Address:
Jalan Tukang Emas,
75200 Melaka, Malaysia

View dari perkarangan luar Masjid Kampung kling
Aku tunggu dekat luar je. Tak bisa solat. Yang laki semua time ni tengah solat. Aku dok luar ambik angin. Syok. Dekat belakang tempat yang aku duduk ni pon ada kedai2 lagi jual macam2. Seronok lah rasa duduk dalam area Jonker Street time siang ni. Sunyi je tak bising sagat. Tenang je aku rasa. Haaa... nampak tak jubah dekat depan pintu masjid tuh? Itu khas untuk tourist yang nak melawat Masjid Kampung Kling ni. Masjid ni antara tourist spot tau. Nampak je kecik tapi ramai pengunjung. So kalau diorang nak masuk dekat dalam kena pakai jubah tuh.


Berselfie kenangan depan Masjid Kampung Kling
Lepas je semua selesai solat dekat sini kitorang terus jalan lagi. Time ni Ijan dengan Zahid yang tunggu dekat Hard Rock Cafe tadi terus pegi semula dekat Dataran Pahlawan Mall tuh. Diorang lepak2 dekat dalam Mall je. Tapi kami tak abis lagi. Still jalan pelan2 nak tengok2 bandaraya Melaka lagi. Bukan selalu dapat datang sini. And before ni bila datang tak pernah pon jalan semua tempat. So this time boleh la explore tempat yang tak pernah pegi pulak.

Eh kenapa beratur panjang sangat ni?
Nampak tu? Masa kitorang masuk dalam Jonker Street awal tadi, orang beratur tak lah seramai ni. Tapi bila kitorang keluar je ke jalan ni semula bukan main panjang lagi orang beratur. Sampai ke depan Hard Rock Cafe. Kalau nak tau diorang ni tengah beratur nak makan chicken rice ball. Dengar cerita kedai chicken rice ball tuh memang famous abis lah dekat Melaka ni. Bayangkan orang dah beratur dari pukul 9am. Haaa? Biar betul? Tapi memang betul. Memang tak tipu ye. Kiranye memang sedap lah kalau dah sampai tahap macam tuh kan.

River Cruise
Korang kalau pegi Melaka jangan lupa try river cruise tau. Melaka River Cruise ni memang seronok. Aku dah penah naik sebelum ni. Best!. Laju je naik boat, tak payah susah2 aku nak jalan. Hahaha. Dasar pemalas. Ala korang kalau pegi Melaka mesti ada je tempat yang tak merasa nak pegi kan? And at the same time mesti ada building2 yang korang tak dapat tengok. So kalau naik Melaka River Cruise ni dapat lah korang tengok building2 lama masa zaman perdagangan dulu2 yang masih ada di sepanjang Melaka River tu. Dapat jugak lah merasa nak tengok kampung2 lama masa naik cruise tuh nanti. Naik Melaka River Cruise tu adalah dalam 45 minit macam tuh. Kalau yang tak tau pasal sejarah Melayu Melaka, haaa... time ni lah korang nak dengar dari tour guide yang ada dekat dalam boat tu nanti. Dia akan bagi information pasal sejarah2 sepanjang Melaka River tu nanti. So secara tak langsung korang dapat lah tau pasal sejarah Melaka. Susah tak? Tak kan? Peluh pon tak keluar. Hahaha.

Beca Melaka
Korang penah naik Beca Melaka? Aku tak pernah. Hahaha. Actually aku pernah la naik beca dekat Hanoi, Vietnam dulu, and tau la feeling dia macam mana. Cuma belom berkesempatan nak naik Beca Melaka. Satu hari nanti aku nak merasa jugak naik Beca Melaka ni. Naik Beca pon salah satu perkara yang aku rasa wajib try jugak dekat Melaka ni. Aku rasa dia seronok. Ala2 fun ride gitu. Macam tuan2 pon ada sebab orang dok kayuh kan untuk kau kan. Boleh la tengok kiri kanan sambil rileks2 minum air jus (kalau kau nak lah). Biasa Beca ni kalau kita hire dia akan bawak kita pusing kota melaka.


Masa aku dekat Jonker Street banyak Beca masuk menyusuri jalan2 & lorong2 dekat dalam tuh. Ye lah kalau kau nak pegi sendiri mau berpeluh ketiak kan. So dengan cara ni pon boleh juga nak jalan2 dalam Jonker Street tuh. Beca pon bawak tak laju. So sempat lah korang nak menikmati apa yang ada sepanjang jalan2 dan lorong2 sempit tuh. Kalau aku tak silap korang boleh pilih nak sewa mengikut jam atau nak sewa mengikut jarak. Korang just pegi je dekat Menara jam atau paling banyak abang2 Beca ni dorang berkumpul dekat bangunan Stadthuys tu. Aku rasa diorang memang berpengkalan dekat situ lah.

Kota Melaka (The Malacca Fort). Sayang pulang tak singgah tempat ni
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Hebat tak? Dulu2 punya kincir air. Masa zaman kesultanan melayu melaka. Ini yang pertama dan yang terbesar tau dalam Malaysia. Tapi yang ni replika yang dibina semula.

Abang Sado? Hahaha

p/s: Ada banyak lagi nak cerita pasal melaka. Next entry aku cerita lagi ye.

You Might Also Like

2 comments

  1. pernah pergi melaka few times,tapi tak tahu pun pasal the orang hutan house tu.serius menarik!

    ReplyDelete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook