Trip Cameron Highlands - Penginapan 2 Hari 1 Malam Yang Ditaja untuk kali kedua! Part2 (Finale)

11:13 am

Assalamualaikum...

27 Jun 2014 | Jumaat

Sambung skit lagi cerita last day aku dekat Cameron Highlands. If nak baca Part1 Click Here. Bangun subuh macam biasa. Solat. Lepas tuh dalam pukul 6.45am kitorang keluar dari apartment. Nak pegi mana kau pagi2 kelala ni kan? Bukan ade kedai yang bukak lagi pepagi ni. Beria je lebih? Hahaha. Actually this morning kami nak pegi ke tea plantation yang lain pulak. Kami menghala ke Cameron Bharat Tea Plantation. Sampai je sana dalam pukul 7.15am macam tuh. Kedai dia pon tak bukak lagi. Takpe lah tak bukak pon. Sebab kami bukan nak pegi minum kopi kat situ. kami nak shoot gambar dengan video je. Just tumpang je tempat tuh.

Masing2 carik port nak pasang kamera. Aku pon beria lah nak keluarkan tripod. Sekali aku cek tengok takde pulak tapak tripod aku.  Sudah tertingal lah tuh dekat apartment.  So aku pon jalan je lah. Bawak Go Pro ke tempat yang aku nak pacak tripod. Ntah maca mana masa nak turun tangga tu aku punya Go Pro terhempas ke lantai. "Ya Allahhh" aku ter jerit. Terkejut aku. Alamakkkk abis la go pro baru beli tak sampai sebulan. Gelabah aku cepat2 angkat belek2 kot2 pecah ke apa ke. Cuma calar2 skit je lah. Tengah aku dok check Go Pro aku tu, tetiba Mudme kelam kabut datang dekat aku. "Kenapa? kenapa?" dia tanya, Alamak acaner nak cakap aku jatuhkan Go Pro tuh. Aku pon cakap je lah "Go Pro ni terjatuh. Macam mana ntah boleh jatuh". Pastu Mudme terus cakap. "La B ingatkan ma jatuh tadi. Sebab bunyi dia kuat giler. Tuh yang B datang sini nih". Boleh macam tuh? Hahaha. Adoiiii.. takpe la. Nasib bukan aku yang jatuh. Kalau tak nayaaaa.

Cameron Bharat Tea Plantation
Nampak tak? Cantik kan view dekat sini. Pagi2 time ni pekerja petik teh ramai tapi bukan dekat depan2 kami ni. Dia dekat belakang2 sana tuh. Nampak kecik2 je lah. Daun teh pon tengah menghijau. Dengan cuaca sejuknye. Sesekali angin tiup melambai... memang nyaman lah this time aku rasa masa aku pegi ni.

Tangga menyusuri ladang teh Bharat
View pagi tuh masih berkabus lagi. Kabus memang tebal. Tangga ni aku tak turun. Mudme je turun. Aku duduk dekat atas je menghayati pemandangan yang maha indah ini. Dekat sini sambil duduk sensorang tu aku pon try la bermuhasabah diri. Siap tarikh napas.. lepas... menikmati sangat okehh.

Nampak tak aku yang kecik dekat situ. Dari jauh memang lah kecik.
Tengok tuh! Jauh kan aku pegi. Aku pegi bahagian lain. Mudme dia stay shoot dekat bahagian Cafe tuh je. Dekat sini memang takde bergambar apa2 pon. Kami just buat timelapse aje. Untuk submit & jual. Buat duit sambil vacation lah katakan. Hahaha.  Dekat sini tak lama. Kitorang terus balik apartment. Sampai je dekat apartment parking terus kami pegi ke lobi hotel. Buat apa dekat situ? Takkan dah nak check out kan? awal lagi. Hahaha. Actually masa semalam nak check in aku ada tanya siap2 price untuk breakfast. Harga dia memang affordable. So aku just berkira2 la kalau hari ni tetiba teringin nak breakfast dekat sini nanti terjah je lah.

Sampai dekat lobi area aku terus ke coffee house. Dalam pukul 9.15am macam tuh. Kalau satu hari nanti korang menginap dekat hotel  Copthorne ni senang je.. kalau nak breakfast, and brakfast tu tak termasuk dalam pakej tak yah susah2 nak booking. Just walk in je ke coffee house and bagi aje no bilik korang. Senang kan? Hahaha. So masuk lah kitorang. Duduk je mana2 kosong. Tapi jangan la selfish pegi duduk meja yang seat nye boleh muat untuk 6 orang pulak ye. Time aku tu kebetulan memang meja tak penuh. Cumanya time tuh meja untuk 2 orang yang dah penuh. So aku ngan Mudme duduk dekat meja untuk 4 orang. Terpaksa lah. Nak buat macam mana.

Dalam coffee house. kaunter dia dari dalam sini sampai lah ke luar sebelah kanan gambar aku ini
Food dia variety. Banyak jugak, Sama je dengan hotel2 yang lain. dari yang heavy sampai lah yang ringan2. Jangan risau kalau aku kata pelbagai tuh memang pelbagai lah ye. Dia ada Asian food, Malaysian dan juga International cuisine. Food dia sentiasa je penuh. Staff semua alert. Kalau food dia habis cepat2 diorang top up. Antara yang sempat aku makan dia punya omelete, nasi lemak, english breakfast, cereal, bubur nasi roti canai, hot dog lah, baked beans la.. croissant. Semua ada. Air jus dia 3-4 kaler ade. So far bagi aku memang puas hati lah. Makan pon rileks2 je. Breakfast closed pukul 10.30am. Memang sempat lah nak rasa semua2 ni.

Tapi aku frust betul dengan satu keluarga arab ni. Dorang ni anak2 je. Mak bapak dorang ntah mana lah aku pon tak tau. Dorang ni ambik banyak giler ok. Penuh satu meja. Pendek kata apa je lah yang ada dekat dalam coffee shop tuh abis dorang ambik. Pastu.. dah ambik tak makan. Kau hangin tak? Aku tengok perangai dorang ni rasa nak taji je kepala dorang ni sambil cakap. "Kau ni dah kenapa? membazir macam setan". Haaaa geram aku tau. Pastu yang lagi aku tak tahan lepas dia ambik semua2 tuh. Makan 2-3 je lepas tuh terus belah keluar. Ya Allah sakit pulak hati kita ni. Haaaa. Hahaha. Geram okehhhh.


Pastu Chef dari kitchen siap keluar. Maybe staff mengadu lah tuh kot. Terus chef tu keluarkan henpon dia and ambik gambar table dorang yang penuh dengan makanan. Lepas je chef tuh ambik dua tiga keping gambar, dia suruh staff dia clearkan table dorang tuh. Aku tengok muka chef tuh pon dah ketat. Then dia pegi kaunter borak dengan person incharge. Tapi tuh la. Mesti dorang kena charge masa check out nanti. Sebab masa aku check in kan aku ada bagi tau yang customer kena bagi security deposit. So yang kes macam ni pon one of the matters lah. Price untuk breakfast dekat coffee house ni cuma RM25/person. Murah tak? bagi aku murah lah. Untuk guess sahaja dapat harga macam ni ye. Kalau yang bukan guess hotel ni dikenakan RM39/person.

After dah kenyang breakfast dekat coffee house, kitorang terus balik apartment. Rehat kejap buang apa yang patut. Sambil2 layan chika main. Kesian dia dekat sini memang kena tinggal selalu lah. Nak buat macam mana kan. Sorry Chika.

Kesayangan
Chika jom kita main kejar2 nak tak.
Taknak lah. Kita nak tengok  youtube ni. Cite tengah best ni. Tajuk Cats Compilation
Sambil melayan Chika sambil aku mengemas beg. 1 malam je meginap dekat sini. So takde apa sangat yang nak dikemaskan. Kemas sikit2 je lah. Buang2 sampah, bersihkan2 lantai sikit. Susun apa yang patut. Ape? Tak payah? Nanti house keeper datang kemaskan? Ala apa salahnye kalau kita takde apa2 nak buat kemas kan aje sikit2. Yang selebihnya takpe lah biar dorang yang buat kerja dorang kan. Dah siap semua tepat pukul 12 noon kitorang pon loading semua barang2 masuk kereta. Macam biasa Chika last sekali yang aku loadingkan. Hahaha. Dah settle semua cek kot2 ada apa yang tertinggal.. mana lah tau kan. Actually semalam lagi aku dah beli siap2 semua strawberry, segala jeruk, buah2, jagung semua. Aku simpan dalam peti ais dalam apartment ni. Sebab semalam orang tak ramai. And harini pulak hari jumaat. Orang dah start naik Cameron. Memang kompom penuh dekat Kea Farm tuh nanti. So malas nak berebut2 dengan orang lain. Aku nak layanan VIP. Hahaha.

Dah loading Chika masuk kereta, terus aku pegi dekat lobi. Nak check out. Ok time check out ni nanti kita akan dipulangkan duit security deposit kan. So aku bayar RM100 masak check in semalam. Tapi sebab kan pagi tadi aku dah pegi breakfast dekat coffee house, dia bgtau aku yang dia akan tolak RM50 untuk breakfast pagi tadi. See. Senang je kan. And aku pasti kompom geng2 anak pak arab tadi pon mak pak dorang kena tolak duit pembaziran yang dilakukan pagi tadi. Aku harap sangat. Tak guna punya budak buat pembaziran pada rezeki. Haaaa.. Kan ah kak dah marah2. Hahaha.

Settle ambik balance duit deposit and check out, kami terus je turun balik menghala ke ipoh ikut tempat yang kami naik semalam, iaitu Simpang Pulai. Masa on the way turun tuh sempat lah aku singgah Avant Chocolate. Dia bersebelahan je dengan Green View Garden. Dekat dalam tu ada House of Lavender. Location dia di Kampung Raja. Kalau nak pegi ni address dia aku bagi sekali.

Map ke Green View Garden
11, Taman Matahari Cerah,
39010, Kampung Raja,
Cameron Highlands,
Pahang, Malaysia.

Main
Open daily 9am – 7pm

Branch
Sunday – Thursday 10am – 7pm
Friday – Saturday 10am – 10pm
Public & School Holiday 10am – 10pm

Jalan dia menyusur ke bawah nak pegi ke Ipoh. Aku memang dah cakap dekat Mudme, masa nak ontheway balik nanti baru nak singgah sini. Sampai je parking terus turun kan tingkap. Kang mati pulak Chika dalam kereta tu. Walaupon tak panas sangat, still terkuap jugak kot dia duduk dalam kereta tuh. So masuklah kami kat dalam tuh. Memula aku memang plan nak makan dekat situ. Just nak makan dessert je. Tapi masa sampai tuh macam banyak benda dah abis dalam chiller dia tuh. Tak jadi lah duduk mengopi dekat situ. Tapi aku buat tawaf dekat kedai dia. Aku beli chocolate strawberry dengan lavender cordial. Dah abis tuh kitorang jalan2 dekat belakang tuh.. tengok2 pokok2 lavender dengan bunga2 lain. Last sekali bergambar lah. Selfie harus dekat situ.

Us at the House of Lavender
Lavender
Sunflower
Hopscotch @ Teng-teng
Husband & Wife.
Berakhirlah trip Cameron Highlands yang di taja penuh oleh satu company ni. So kami pon terus lah berangkat balik ke Kulim. Sebab Mudme selalunya kalau bulan puasa dia sebolehnya 1st day puasa dia nak berpuasa dengan Mak dia. I is ok. Sebab Mak dia pon dok sorang. So apalah salahnye kalau diizinkan waktu kami berangkat balik ke Kulim teman MIL aku berbuka puasa bersama kan.

Kitorang gerak dari Lavender Garden ni dalam pukul 1.30tghri. Masa ni perut dah rasa lapar2 skit dah. Tapi kami memang tak nak lunch dekat atas ni lagi dah. Nak carik food dekat Ipoh pulak. Sebab ingat kalau dah sampai bawah senang. Memang tak nak turun ke bawah time gelap2. Sebab bahaya jugak kan. Ada choice boleh turun awal why not pilih je. Lagipon kalau dah sampai bawah tuh tak lama dah nak sampai Kulim. Dalam 2 jam lepas tuh dah sampai.

Tapi bila dah sampai je ipoh dah dekat pukul 3ptg dah pon. So rasa macam dah malas2 skit nak makan lunch. Terus kitorang decide nak pegi carik kopi je dekat pekan lama Ipoh. Before tuh terus call Sholehah tanya nama tempat cafe yang dia pegi kat Ipoh tuh. Pusing 3 kali kat area tuh still aku tak nampak cafe nye. Last baru terperasan. Happy. Tapi satu hal pulak nak carik tempat parking. Susah betol lah pekan Ipoh ni. Dari dulu lagi. Aku tau parking sini susah sebab kitorang study diploma dekat Ipoh ni dulu.

Suddenly ada kereta nak keluar. Oh yes. Dapat jugak turun minum coffee dekat Ipoh ni. So bila dah parking semua. Bukak je pintu terus kitorang terdiam. Alamakkkk.. Chika ada lahh... acaner nak g minum coffee ni. Memula kitorang plan just nak bukak je tingkap untuk dia. Tapi time tu panas kot. Rasa macam tak sesuai nak tinggalkan dia dalam cage tuh. Pastu dalam kereta pulak kan. Memang tak patut lah pon. Kebetulan parking yang kitorang dapat tuh pulak dekat belakang cafe. So agak jauh la nak tinggalkan. Kalau dapat parking kereta tuh bebetul tepi cafe and duduk pon memang dekat tingkap kereta memang lah aku sanggup je turun kan terus tingkap kereta tuh. Tapi ni jauh ok. Terus kitorang masuk balik dalam kereta start enjin terus gerak balik Kulim. Ye lah nak buat apa lagi. Memang lah takde rezeki kitorang nak try coffee dekat Ipoh ni this time. Its ok. There's always next chance.

You Might Also Like

3 comments

  1. salam...tq singgah di blog ni.

    insyaAllah akan blogwalking jugak... :D

    ReplyDelete
  2. assalam isma...
    GEEEERAAAAAMMMM tgk ketam tu tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. samalah.dah teringat2. Dah 2 bulan tak balik kampung ni. Kalau balik kompom kena singgah ni. Kalau free nanti boleh la sya try jugak. Memang tak mengecewakan lah.

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook